KLIK SAYA!

Wujud | Prolog

Assalamualaikum. 
Anda, my readers (or just simply someone who stumbles upon my shabby blog) how are you? ^_^

Lama tak menulis.
Semenjak sudah bekerja Alhamdulillah, masa semakin cemburu pada saya.
Dah dewasa ni pun saya tak pandai urus masa dengan efektif.
Atau mungkin waktu belajar dulu sangat pandai mencuri masa, sampai dalam sehari boleh tulis dua, tiga entri. heh.

Anyway, karya terbaru. Mudah-mudahan kali ni berjaya habiskan sampai epilog. Nampaknya kerjaya sebagai novelis masih jauh di seberang lautan tak mampu nak gapai heheh.


"Sudah ke belum?"

Beberapa gambar pasu bunga lusuh yang sudah pudar warnanya melekat di dinding dalam susunan rawak. Ada yang pitanya sudah tertanggal. Sebuah jam analog jenama Quartz terhenti pada jam 3:15 dengan jam saat masih bergerak.  Kipas beredar perlahan dengan bunyi berkeriuk seolah-olah ada skru yang tertanggal, perlahan-lahan memintas bayang jeriji kayu. Itu satu-satunya tingkap yang memberi ruang untuk cahaya masuk ke bilik sempit ini.

Suasana suram.

"Sudah ke belum?" Tanyanya lagi, nadanya tinggi sedikit. "Bukan apa, aku ni pelupa."

Aku menghalakan semula pandangan ke hadapan. Tangannya sibuk mengemaskan meja yang sudah tersusun rapi. Pasu kecil berisi kaktus plastik yang elok terletak di sudut kiri meja dibawanya ke tengah. Tiga mangkuk kayu yang disusun bertingkat yang pada mulanya di tengah meja disusunnya semula ke dalam laci. Kemudian jemarinya dilurut resah sebelum dia kembali mengeluarkan mangkuk-mangkuk tadi ke atas meja. Dia mengangguk sedikit sebelum memandang tepat ke wajahku. Menanti dengan sabar untuk apa yang aku bakal perkatakan, walaupun mungkin sama sahaja dengan permintaan pelanggannya yang sebelumnya.

Aku cuba menyusun ayat di kepala sambil kami bertentang mata. Kemudian, setelah menelan liur, aku cuba memulakan bicara namun sesuatu membuatkan keningku bertaut. Kata-kataku terhenti di tenggorok. Wanita berusia lingkungan 50-an ini tidak memandang tepat ke mataku. Lebih tepat lagi, tiada mata untuk memandang tepat ke mataku. Terkejut, aku mula tersedu.

Dia tersenyum pahit, menghela nafas lama dan menghembusnya dengan cepat, mengangguk sedikit dan menelengkan kepalanya ke kanan sambil menyusun ketiga-tiga mangkuk kayu selari di atas meja.

"Terkejut?" nadanya bersahaja, seolah-olah sudah biasa baginya melihat reaksi sepertiku.
Aku pantas menutup mulut yang ternganga, dan cuba berkelakuan biasa. Janggal rupanya. Aku tersedu lagi.

 "Jangan pandang lama-lama. Tak payah cari, sebab memang tak ada." sambungnya lagi ketika tanpa sedar aku merenung matanya. Seduku makin hebat. Aku membetulkan duduk. Sebotol air ku keluarkan dari beg dan ku teguk pantas. Dia membuka satu persatu laci di sebelah kiri meja dan mengeluarkan sebungkus serbuk berwarna hijau jed dan seutas rantai hitam dengan loket buah ruby merah. Serbuk itu dituang memenuhi mangkuk yang pertama sebelum tiba-tiba perbuatannya terhenti dan dia memandangku.

"Rasanya kau ni sama macam yang lain. Kau nak mati kan? Ke...nak hilang je? Baik bagitau cepat. Aku tak nak membazir masa dan serbuk mahal ni."

Aku tersentak. Seduku sudah hilang tapi nafasku pula jadi tidak menentu. Dia memang tahu sebab kehadiranku di sini. Sekali lagi aku menelan liur. Pandanganku jatuh ke pangkuan. Aku tak boleh menangis lagi. Cukup.

"Mati." ujarku pendek. Dia kembali menuangkan serbuk itu ke mangkuk hingga penuh, umpama mangkuk nasi musafir yang kelaparan. Namun tiba-tiba, seolah-olah baru tersedar dari lamunan, dia memberhentikan perlakuannya. Sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi diri sendiri, tergopoh-gapah dia memasukkan sedikit demi sedikit serbuk itu semula ke dalam bekasnya. Tinggal separuh sahaja di dalam mangkuk, lalu dia berhenti. Kembali dia membetulkan duduk di kerusi. Telapak tanggannya dilap ke baju.

Loket itu pula diletakkan di mangkuk yang paling hujung. Sekali lagi disusunnya elok biar selari. Dia mengisyaratkan padaku untuk memasukkan sesuatu ke mangkuk yang di tengah. "Ada bawa kan? Gambarmu?"

Aku angguk dan keluarkan sekeping gambarku 2 tahun yang lalu. Gambar itu ku letakkan di dalam mangkuk di tengah. Buat seketika aku pandang wajahku di situ. Segaris senyuman menghiasi wajahku yang sedikit pucat. Tanpa sedar aku tersenyum sedikit. Cuba tersenyum seperti aku di dalam gambar itu.

"Tak ada patah balik lagi tau. Jangan cakap aku tak bagi amaran."

Aku mengalihkan pandangan ke wajahnya. Wajah tanpa mata itu tidak lagi menggerunkan. Seolah aku sudah lali. Lali dari segala perasaan. 

Aku mengangguk kecil. Dia membuka laci kanan pula. Kali ini dia mengeluarkan sebilah pisau belati. Aku memejamkan mata, membiarkan dia memperlakukanku sepertimana dia memperlakukan pelanggan-pelanggannya sebelumku.

Petua menjaga kesihatan Ray Ban Wayfarer


Salam =)

Apa itu Ray Ban Wayfarer? Pastinya bukan sejenis alat pengeluar stim untuk menjadikan kulit muka lebih mulus. Dan pasti bukan sejenis snek yang kau makan petang-petang dengan teh panas.

Kau yang klik post ni pasti tahu apa itu Ray Ban Wayfarer.

Ini.




Sudah berpuluh tahun, koleksi kacamata Ray Ban Wayfarer sering jadi pilihan para selebriti kerana memberikan si pemakai penampilan yang klasik lagi bergaya. Vintage classy gitu.  Koleksi kacamata ini mempunyai rekaan bingkai yang tebal dan bersegi serta terkenal dengan keluaran edisi bingkai hitam. Tapi kini, kacamata Ray Ban Wayfarer juga boleh ditemui dalam pelbagai pilihan warna menarik.

Dulu aku sering melemparkan pandangan sinis terhadap orang yang pakai kacamata hitam ‘pehhh…kau rasa kau bergaya??’ (walhal memang ya. Ahem. Tak dinafikan) tapi sekarang aku tahu kacamata hitam bukan sekadar aksesori. Orang puteh kata sunglasses. Maka dari definisi itu kau boleh tahu kacamata ini direka untuk melindungi mata kau dari cahaya terik matahari dan ketika melakukan aktiviti outdoor. Haa…itu pasal la kalau orang bawak keta tengahari atau pada waktu matahari menyengat, depa pakai kacamata hitam dalam keta. Dulu aku fikir, wehhh kejadah nak pakai kacamata dalam keta, TETAPI sebenarnya kacamata hitam mengurangkan silau dan  menyenangkan mata ketika pemanduan. =) Begitu.

Bukan itu sahaja, kacamata juga dianggap sebagai salah satu aksesori penting yang menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Sebab ramai orang merasakan mereka tampil lebih menarik dengan kacamata, termasuklah aku. Dapatlah sembunyikan mata juling air sebelah ni.

 Oleh itu, kacamata merupakan antara aksesori yang paling disayangi dan memerlukan penjagaan rapi supaya tidak mudah rosak untuk jangka masa yang lama.  Termasuklah kacamata Ray Ban Wayfarer anda yang mahal dan gojes itu. Apa? Kau nak ganti baru?! Noooooo jangaaannnnn. Baca entri ni dulu sampai habis. ;-)



Langkah penjagaan yang paling utama adalah dengan membersihkan kacamata tersebut dengan kerap. Gunakan kain microfiber yang lembut untuk mengelap cermin kacamata tersebut dan pastikan tiada kotoran atau habuk yang terperangkap pada bahagian bingkai. Elakkan menggunakan fabrik yang kasar kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan permukaan cermin menjadi calar. Kalau scratch, pandangan akan terganggu.

Kacamata tu boleh juga dibilas dengan menggunakan air yang bersih dan tambahkan sabun sikit. Jangan sebotol, naya kacamata kau. Jemurkan kacamata anda sehingga betul-betul kering tapi jangan jemur ia di bawah cahaya matahari kerana ia akan menyebabkan warna kacamata tersebut menjadi luntur. Kau mesti terfikir nak sepit kat ampaian kan hahaha jangannn nanti kaler dia faded. Elok-elok warna hitam tiba-tiba luntur jadi warna hijau. Eh. haha


Dan yang terakhir, ingat lagi bekas yang disediakan untuk kacamata ni masa kau mula-mula beli dulu? Jangan cakap kau dah bagi anak kau jadi kuali untuk main masak-masak. Kalau tak gunakan kacamata ni, jangan letak di atas rak, tapi letak semula di dalam bekas itu elok-elok dan simpan di tempat yang sesuai dan mudah dikesan, contohnya laci, supaya kau tak terduduk atau terpijak kacamata berkenaan.


Okeh itu antara tips dan petua untuk menjaga kacamata anda supaya tahan lama. Saya pun amalkan petua ini untuk kacamata yang saya pakai sekarang. Tau la banyak duit tapi takkan nak tukar ganti kacamata berkali-kali dalam setahun. Kan membazir itu amalan syaitan =)

Batu nisan sepanjang jalan

Salam =)



Masa aku kecik-kecik, aku ingat batu tanda ni adalah batu nisan.

"Banyaknya orang meninggal tepi jalan." aku berfikir.

Kemudian waktu kelas Pendidikan Islam, ustaz kata setiap kali melintas kawasan perkuburan atau batu nisan, beri salam dan sedekahkan al-Fatihah.

Contohnya batu nisan di atas; aku akan beri salam dan sedekahkan Al-Fatihah pada Muadzam Shah yang telah meninggal pada tahun 1995 pada usia 75 tahun. Begitulah aku membacanya, begitu...pelik betul pemikiran budak 6-7 tahun. KBAT sangat. *mata ke atas tangan ke bahu*

Anda bayangkan berapa kali aku beri salam dan baca Al-Fatihah setiap kali on the road. Baca Al-Fatihah pun lintang-pukang lagi.

Dah besar sikit baru aku tau tu tanda jalan. Aku figure out sendiri. 

The Rat Fairy

Salam alaik . =)

I'm typing this after a long hiatus because of the inconsistencies of our internet connection. at home. because I didn't work nor study now so I'm hanging. at home. getting a visible increase in body weight, but getting fairer because of the lack expose to sunlight. pft.

my wrists are killing me actually. really really painful. but whatever. i'm going to update on ...well, whatever.

When I was a kid....
mum told us that if our teeth got removed by itself (or by the dentist), we should give it to some imaginary rats for replacement.

I guess it's our version of Tooth Fairy. (why rats? idk)

Anyway, it's either we bury it in the ground, or throw it to the roof. I tried both ways and it's amazing that the teeth did not fall back to me when it's thrown (that's after I learn about gravity).

"Please let my new teeth look good." I'll say.

And once I even asked the dentist to give me my teeth that he pulled off so I can give the rat for replacement.

He was gobsmacked.

And now at the age of 24, I had lost 2 teeth. 

anyway.

Bored of PowerPoint?

Assalamualaikum. =)

Talk Less, Learn More, Explore.
So here:

1. Powtoon


2. Prezi






4. Moovly



5. Wideo



For me, I prefer Powtoon, despite the annoying template at the end. The interface is easy, and there's a lot of free templates to choose from. As for GoAnimate, it's a fun experience to create your own animation, from the stick cartoons to anime template. What's interesting about this site is that you can make the character walk, talk (using your own audio or simply upload one, or record it on the spot!) and much more. Prezi's a good sample of 'mind-maps', as it uses that concept to relate one idea to another and you can zoom the ideas to get a better picture. I'm still adapting to Moovly and Wideo though, so not much I can say about these two, but with Moovly, you can create a doodle-like video, the ones like the trending Draw My Life videos made by YouTubers.

Well then, happy exploring!

[What. That's it?]