Entri ini dari draf pada tahun 2013. Dipublish sahaja tanpa dihabiskan sebab aku feeling nostalgik.
Assalamualaikum =)
Semalam aku ikut atiq dan abang Jepi pergi beli stationeries untuk praktikum. Ajak belanja baucar buku kot.
Aku suka kedai buku dan seperti letak kerbau dalam lumpur, aku memang payah nak keluar. Kalau masuk kedai buku sophisticated yang barang dia mahal2 memang la senang sikit nak tarik aku keluar, tapi bila masuk kedai yang ada macam2 barang fancy2 (pen glitter...boxes cantik...buku2 nota comel...etc) dan buku-buku best , aku akan pusing beberapa round dulu baru puas hati.
Dan kali ni memandangkan baucar buku aku cuma tinggal sekeping, jadi aku tak belanja sangat la. Cuma beli paper2 (paper warna, A4 kosong 1 rim, plastik transparencies) dan pen2.
Lepas tu kami singgah beli roti kat TAKA dan makan di Taman Sahabat.
Finally...after 4 years here...
Lepas makan dalam kereta kami jalan2 tengok2 kawasan taman yang lengang. Tengok makcik pakai topi jogging ahjumma bagi makan labi-labi dan ikan dalam kolam, rasa jeles jugak nak dapatkan perhatian ikan2 tu tapi pakcik jual makanan ikan tak datang2 lagi.
Jadi kami pusing2 jela tengok monumen. Dan wishing well. Yang baling syiling pastu buat hajat haha. Kecik-kecik aku suka baling syiling dalam kolam ikan arowana atau ikan gapi pelbagai kaler pastu buat hajat mintak 6A UPSR. Tu la khurafat sangat, tengok tersasar satu B.
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....