Salam =)
Apa
itu Ray Ban Wayfarer? Pastinya bukan sejenis alat pengeluar stim untuk
menjadikan kulit muka lebih mulus. Dan pasti bukan sejenis snek yang kau makan
petang-petang dengan teh panas.
Kau
yang klik post ni pasti tahu apa itu Ray Ban Wayfarer.
Ini.
Sudah
berpuluh tahun, koleksi
kacamata Ray Ban Wayfarer sering jadi pilihan para selebriti kerana
memberikan si pemakai penampilan yang klasik lagi bergaya. Vintage classy gitu.
Koleksi kacamata ini mempunyai rekaan
bingkai yang tebal dan bersegi serta terkenal dengan keluaran edisi bingkai
hitam. Tapi kini, kacamata Ray Ban Wayfarer juga boleh ditemui dalam pelbagai
pilihan warna menarik.
Dulu
aku sering melemparkan pandangan sinis terhadap orang yang pakai kacamata hitam
‘pehhh…kau rasa kau bergaya??’ (walhal memang ya. Ahem. Tak dinafikan) tapi
sekarang aku tahu kacamata hitam bukan sekadar aksesori. Orang puteh kata
sunglasses. Maka dari definisi itu kau boleh tahu kacamata ini direka untuk
melindungi mata kau dari cahaya terik matahari dan ketika melakukan aktiviti
outdoor. Haa…itu pasal la kalau orang bawak keta tengahari atau pada waktu
matahari menyengat, depa pakai kacamata hitam dalam keta. Dulu aku fikir, wehhh
kejadah nak pakai kacamata dalam keta, TETAPI sebenarnya kacamata hitam
mengurangkan silau dan menyenangkan mata
ketika pemanduan. =) Begitu.
Bukan
itu sahaja, kacamata juga dianggap sebagai salah satu aksesori penting yang
menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Sebab ramai orang merasakan mereka
tampil lebih menarik dengan kacamata, termasuklah aku. Dapatlah sembunyikan
mata juling air sebelah ni.
Oleh itu, kacamata merupakan antara aksesori
yang paling disayangi dan memerlukan penjagaan rapi supaya tidak mudah rosak
untuk jangka masa yang lama. Termasuklah
kacamata Ray Ban Wayfarer anda yang mahal dan gojes itu. Apa? Kau nak ganti
baru?! Noooooo jangaaannnnn. Baca entri ni dulu sampai habis. ;-)
Langkah
penjagaan yang paling utama adalah dengan membersihkan kacamata tersebut dengan
kerap. Gunakan kain microfiber yang lembut untuk mengelap cermin kacamata
tersebut dan pastikan tiada kotoran atau habuk yang terperangkap pada bahagian
bingkai. Elakkan menggunakan fabrik yang kasar kerana ia dikhuatiri akan
menyebabkan permukaan cermin menjadi calar. Kalau scratch, pandangan akan
terganggu.
Kacamata
tu boleh juga dibilas dengan menggunakan air yang bersih dan tambahkan sabun
sikit. Jangan sebotol, naya kacamata kau. Jemurkan kacamata anda sehingga
betul-betul kering tapi jangan jemur ia di bawah cahaya matahari kerana ia akan
menyebabkan warna kacamata tersebut menjadi luntur. Kau mesti terfikir nak
sepit kat ampaian kan hahaha jangannn nanti kaler dia faded. Elok-elok warna
hitam tiba-tiba luntur jadi warna hijau. Eh. haha
Dan
yang terakhir, ingat lagi bekas yang disediakan untuk kacamata ni masa kau
mula-mula beli dulu? Jangan cakap kau dah bagi anak kau jadi kuali untuk main
masak-masak. Kalau tak gunakan kacamata ni, jangan letak di atas rak, tapi
letak semula di dalam bekas itu elok-elok dan simpan di tempat yang sesuai dan
mudah dikesan, contohnya laci, supaya kau tak terduduk atau terpijak kacamata
berkenaan.
Okeh
itu antara tips dan petua untuk menjaga kacamata anda supaya tahan lama. Saya
pun amalkan petua ini untuk kacamata yang saya pakai sekarang. Tau la banyak
duit tapi takkan nak tukar ganti kacamata berkali-kali dalam setahun. Kan
membazir itu amalan syaitan =)
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....