Showing posts with label sayaJoin. Show all posts
Showing posts with label sayaJoin. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Liebster Award Part 2

Assalamualaikum. =))

[read recent post: When I was a kid | Soap Bubbles]

Untuk kali ke-3 ana menulis lagi. 

Bukan menulis nota, bukan menjawab sampel exam past years atau soalan latihan.

Tapi another Q&A Liebster Award.

Now that reminds me of this.



Anyway.

Haha sekarang ana nak jawab soalan detektif pulak.

1. Nama sebenar anda?

Wow. sangat straightforward. Jadi nama ana ialah مورني عفيقه اوسوف
atau 몰니 아피카 오섭 . Haha tak cakap pun nak dalam tulisan apa kan? hewhewhew.

2. Tarikh Lahir anda?

12 November 1991. Satu ketika dahulu ana sangat bangga selepas dapat IC sbb num kat depan ialah 911112. Bangga sebab banyak #1. haha. Lepas tu ada kawan punya IC num depan dia ialah 911119. Lagi unik pft.

3. Hobi anda?

Hm. Soalan payah ni. Let's just say...going online, watching videos, main arnab, duduk2 dan mengelamun sambil fikir cara mudah untuk kuruskan badan.

4. Kenapa anda berblogging?

Pada mulanya ... 'platform untuk meluahkan idea kreatifku...' then 'sharing2 is caring...' then 'blog2 sangat comel dan kreatif, so terasa nk buat jugaklah...'. Then now '...dah ada blog, takkan nak biar bersawang kot?'

5. Apa tema blog anda?

Like I said above, it's just me, and the world that revolves around me. Takda apa sangat, blog peribadi jah.

6. Siapakah blogger yang menjadi pujaan anda?

Sampai memuja-muja tu takdala sangat, tapi adore and respect ada lah quite a few. Antaranya Dr FL dan sis The Rocking Hijab.

7. Kalau anda blogger yang FAME, apa yang anda akan lakukan?

Buat liputan tentang tempat2 yang orang boleh buat charity. Pastu pegi travelling. (Calon tidak memahami kehendak soalan haha)

8. Dalam seminggu, berapakah jumlah entri yang anda post?

Bergantung. Masa tak ada praktikum dulu, boleh la satu dua post seminggu. Lepas tu berganda-ganda masa study week dan lepas exam. Masa ada praktikum ni biasanya ana akan menyepi dalam masa pertengahan semester (bulan Feb - awal April). Lepas tu berganda-ganda entri dalam seminggu haha.

9. Pendapat anda mengenai blog Df?

An avid fan of Conan, I must say. Ana sendiri suka baca komik Conan dan tengok kat tv tapi tak lah sehebat cik Df. It's a compliment really, because Conan ni byk info. Bukan sekadar manga 'Hanya kau seorang' atau 'Kedai Kofi Ren' atau 'Panahan Cinta' yang mana hero dan heroinnya kaki panjang muka terlebih jawline menghiasi kulit luar komik tehee (walhal komik sedemikian pn ana belek.) Blog Df simple dan layout tak menyakitkan mata.

10. Pendapat anda mengenai Df?

Hm? Ana tak tau, ana baru kenal Df, tak kenal dalam dunia nyata pn tapi overall Df macam senang nak diapproach je. Hihi. 

And so fuh sakit tulang belakang ana haha. anyway anda nak jawab Q&A ana pulak? Soalan di sini!

Oh yea anyone who read this is tagged! 
Share:

Liebster Award

Assalamualaikum = ) 

[read recent post : When I was a kid | Soap Bubbles]

Happy Tuesday everyone!

Beberapa minit yang lalu telah mengepos entri di blog ni, lepas blogwalking kejap, terpanggil pulak nak pos lagi. Dah terlebey pandai sangat kan, buku buka satu page je lepas tu tutup balik. heh.

Anyway ana baru skrol2 through dashboard dan terperasan banyak sangat entri tentang Liebster Award dari blog2 yang ana follow dan followers ana (sekarang baru nak revisit fellow bloggers. terharu x? aku ni penyayang lol). Maka ana pn buka blog sis Isabel and yeah this is going to be fun, jadi ana pn terpanggil nk jawab. Pantang sungguh dengan benda2 Q&A niihh haha

So here it goes...

01. Contohlah smartphone Samsung dengan iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.

Rasanya kalau smartphone ana yang jatuh dalam air, walaupun ninetology ana yang tak feymes ini jatuh sekalipun ana akan nangis dulu. Tapi kalau sdcard dpt diselamatkan xpe, buatnya jatuh dalam laut memang menangis tak berlagu la. Tp memandangkan ana tiba2 ada smarphone Samsung dan iphone, of course la iphone yg ana selamatkan dulu. Tapi kalau Samsung model latest mungkin ana akan terjun selamatkan dua2, baling ke daratan pastu terkapai2 selamatkn diri sendiri. Ah terlalu ridiculous jwpn ini. maaf. 


02. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?

Ini macam soalan INSAK. macam. Mula2 ana kena tengok dulu kejahatan yang dia buat tu tahap apa, spesies apa. Ana ni kalau melibatkan trust and honesty, kalau si dia tu buat jahat tang bahagian tu, rasanya ana lebih rela kot seorang diri. Jaga mak di rumah lagi best. Sebab kadang2 orang yang sedia ada baik ni dia ada Hyde jugak. his bad self. Imperfection is in everyone, so wallahua'lam Allah jugak la yg tau jodoh ana. 


03. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke.

Ini agak susah ya sis sebab ana ni tak kenal sis di dunia realiti. Jadi agak susah kalau sekadar bias penulisan di blog sis. Tapi kalau ikut penulisan sis, rasanya sis ni orang yang normal. 


04. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.

Ok tbh sis merupakan antara readers blog ni yang paling lama stay dengan ana. Rasanya since blog yang lama dulu kot. Terima kasih sis *teary-eyed.eseh* Dan rasanya kalau nak describe in one word blog ni : moody. Yeap ini blog peribadi dan ana menulis ikut sukahati ana je, kalau rasa nak merungut, ana pegi rant, kalau rasa nak share pengalaman, ana post pasal pengalaman tu. Tapi basically, blog ana ni peribadi jadi tak banyak benda interesting melainkan pendapat sendiri sahaja. hm. 


06. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?

Ana bukanlah high-end product buyers. Ana pakai yang biasa2 je. Macam garnier, eskinol, safi, maybelline, avon...itu je. Lagipun belum kerja lagi jadi tak pernah merasa la SKII, Nature's Republic, SimplySiti pa semua. So setakat ni bagi ana, gabungan Biore Acne-Clear dan krim malam Garnier Light sebelum tidur dah cukup bagus dah. Sekali-sekala pakai Iffah Exfoliating Gel. Ana basically tak pakai makeup unless untuk event; cukup la sekadar toner, krim siang, bb cream, bedak asas, lip balm - cukup. Nak kata jaga kecantikan tu taklah jugak, ana cuma nak jaga kesihatan kulit dan penampilan memandangkan nak jadi cikgu ni kena cantik nanti budak2 tegur khennnn. 


07. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?

Seorang pilot. Any aircraft.


08. Ciri perempuan / lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?

Hm. Tak pernah pulak ambik masa untuk fikir dengan mendalam tentang ni. Sebab ana memang kalau boleh nak mak ayah yang carikan haha sebab nak mencintai si suami tu je. eseh bajet romantik mintak sekeh. Anyway, entah.  Lagipun, ana rasa cukup la sekadar ok mata memandang, sudahlah. Ana rasa mana2 guy friends yg ana kenal, (dan ana tahu akan kenal lama) will be friend-zoned as early as after a 5 minutes chat. Anti-lelaki? I'm not. It's just that ana rasa meletakkan standard idaman untuk pasangan hidup tu agak menyusahkan. Barrier for heart-break kan.


09. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?

Anak tu saja dah cukup, alhamdulillah. Kalau rambut dia lurus, boleh diikalkan, kalau rambut dia ikal, boleh diluruskan. Syampu kan ada hewhewhew. Asal anak perempuan ana ada rambut bila dia dah besar sudah....


10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)

Ni soalan last sekali dijawab. Pasal kalau fikir soal nama anak ni memang payah. Bagi ana nama yang grand2 sampai terbelit lidah sebut tu takyah la...sebab nama ni doa. Bila orang sebut nama kita diorang doakan kita untuk jadi seperti nama berkenaan. Nanti bila nama pelik2 last2 orang panggil nickname je, yang biasanya lebih pelik dari nama asal. Dan tak ada maksud langsung. Jadi kalau bagi ana nama macam:
  - Siti Nur Ain Fatihah
  - Adam Malik
pun dah cukup. Kesian nurse2 nak tulis nama anak kita kalau trendy dan stylish sangat. 


11. Namakan tempat unik yang korang tau. Kalau setakat Paris tu tak yah ceritalah.

Banyak tempat unik dalam dunia ni. Bagi ana yang suka nak travelling tapi selalu tak kesampaian ni, ada banyak tempat unik yang ana nak pergi. Salah satu ialah Pokhara, Nepal. Tak tau la jatuh kategori unik ke tak, tapi yang pasti ana nak rasa Parahawk, iaitu aktiviti paragliding sambil bagi makan helang. Dan ZipFlyer. And lagi satu mungkin Ice Valley di Korea (see Human Condition) yang mana ada satu tempat tu ais dia cair jadi air di musim sejuk, dan jadi ais batu di musim panas. Sgt cool! Tapi kalau nak kira pengalaman masa kecik2 dulu tempat paling unik ialah bilik nenek dan datuk ana. Sangat unik sebab apa2 je boleh didapati dari bilik berkenaan - gula2, keropok, sticker, aiskrim, kucing, baju baru....unik kan? Bila dah besar ni ana dapati ada freezer dalam bilik mereka. Unik tu tau...


Jadi sekarang nak tag semua reader blog ni, atau siapa2 yg nak jawab. Tak kisah nak jawab semua atau beberapa soalan sahaja.

Soalan untuk anda:

1. (Untuk non-muslim boleh skip) Anda ada petua atau kebiasaan yang boleh dikongsi untuk latih diri bangun Subuh awal, dan lebih bagus lagi, berjemaah? Sebab kadang2 ada orang yang memang nak bangun Subuh awal tapi terbangun untuk tutup alarm kemudian tanpa sedar tidur balik.

2. Apa pendapat anda tentang fenomena kpop? 

3. Sebenarnya apa cita-cita anda? Put aside pekerjaan atau pengajian anda sekarang.

4. Anda baru menerima panggilan dinner dalam masa 30 minit dan sekarang anda sedang belek2 baju untuk dipakai. Baju mana yang anda akan pakai?

5. Lagu apa yang anda pernah dengar masa kecik dan masih ingat liriknya sampai sekarang? 

6. Anda nampak seorang buta cuba hendak melintas jalan semasa anda membeli-belah dengan mak dan adik-adik di suatu tengahari yang panas di Jalan Tar, KL / atau Segama di Kota Kinabalu / Satok, Kuching. Apa yang anda akan lakukan, sejujurnya, secara realiti?

7. Senaraikan laman sosial yang anda ada. Contoh : Instagram, Slideshare, LinkedIn. Kenapa anda ada akaun untuk laman2 berkenaan.

8. Nyatakan blog yang anda kerap kunjungi dan baca entri dan nyatakan kenapa.

9. Setelah mendengar lagu Let It Go dalam pelbagai bahasa, cover dan pengubahsuaian (e.g cover by The Piano Guys, Let It Go by Demi Lovato, Hyorin etc), mana yang anda rasa okay?

10. Anda rasa saya jenis orang macamana?

11. What are your thoughts before going to sleep? Apa yang anda fikirkan sebelum tidur?


Ok end. Selamat menjawab! nota kaki | ana rasa mcm nak jawab soalan2 sendiri kih2. 


Share:

Saturday, May 4, 2013

Segmen Blogwalking and Follow


Assalamualaikum =)

aku rasa memang tabiat aku..lepas renovate blog, aku akan mula join pelbagai segmen sampai jenuh laptop nak melayan. Jadi...




Segmen ni akan tamat hujung bulan Mei. Jadi jom join ramai-ramai =) Hadiah dia lumayan. Kalau nak tau, klik banner di atas!

Share:

Friday, May 3, 2013

Nak Aku Klik Iklan Korang?

Assalamualaikum =)

Tadi lori Nescafe datang dan aku telah minum 3 gelas (paper cup) Nescafe sejuk berkenaan and now I'm highly caffeinated. Menggeletar oh jemari tatkala menaip entri ini~ (shaky voice)

So datang idea gila nak buat segmen. Saja suka-suka kot. Dan nak tambah follower. Tak tau la akan berjaya atau tak tapi yang penting aku mampu buat kan. Selama ni aku tak berani nak buat segmen atau GA (dan seumpamanya) sebab takut (?) xdapat sambutan. Malu kot. But it's worth trying. 




Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan blogger memiliki papan iklan dalam blog masing-masing. Nuffnang, Churpchurp, Exabytes, Advertlets, Heartbeat dan sebagainya. Jadi sebab aku memang suka, selalu dan sering menyambil online (buat kerja sambil online. hehe) jadi aku rasa aku mampu untuk pergi blog korang dan klik every iklan on your blog, dan visit blog korang tiap hari untuk naikkan trafik korang.

So, interested? Here's how:

1. Follow blog ini. Yang dah jadi follower, terima kasih. Kalau nak follow Google+, Facebook page atau Twitter itu terpulang, it's up to you.

2. Buat entry tentang segmen ni, dengan tajuk "Nak Murni Klik Iklan Korang?" 

3. Letak banner di atas dan backlink-kan ke entri ini. (so as to invite ramai2 orang join =)

4. Letak link entri  berkenaan di ruang komen entri ni. 

UPDATED | Ini tak wajib. Kalau nak tolong klik ni dan biar load sampai habis pastu tutup la kalau nak. Thanks in advance =)


http://my.sharings.cc/duniamurni/share/PTPTNEng
http://my.sharings.cc/duniamurni/share/SamsungGalaxyS4
http://my.sharings.cc/duniamurni/share/NokiaAsha310


Senang kan? Lepas tu aku akan:

1. Senaraikan blog peserta dalam update entri ni nanti. Nanti peserta lain atau orang yang stumble upon entri ni akan blogwalk blog korang jugak =))

2. Blogwalk blog korang, baca entri dan klik iklan-iklan yang ada sampai habis load. Who knows perhaps I'll make a deal ;)

3. Blogwalk blog korang, baca entri dan klik iklan-iklan yang ada  setiap hari, bermula hari ini 3 Mei 2013 sampai insyaAllah 23 Mei 2013. 


Tarikh tutup penyertaan ialah 12 Mei 2013.


Nak aku klik iklan korang? =))


Update |
Atas kesedaran sebagai seorang candidate peperiksaan...aku menutup segmen ini sebab nak fokus study =) Mungkin sebab highly caffeinated semalam kot, jadi aku agak tidak rasional nak bukak segmen bagai padahal satu apa pun tak revise lagi. Jadi pada yang dah join, sebagai tanda penghargaan aku akan buka bloglist untuk korang, dan seperti yang dijanjikan, akan bw blog korang dan klik iklan. Walaupun aku tak jamin aku akan buka setiap hari dan baca entri setiap hari tapi aku akan make sure klik iklan anda terutamanya nuffnang dan churpchurp sebab aku tau bila ada promotion CPC. Jadi, sekali lagi thanks for joining and reviewing this segment, insyaAllah lain kali aku buat segmen yang lebih berbaloi. 

Share:

Thursday, March 14, 2013

Korang nak Samsung SIV PERCUMA?

Assalamualaikum =)



Haa... jangan tak tau, page Facebook Samsung SIV Malaysia tengah buat lucky draw sekarang. 1000 unit Samsung SIV PERCUMA untuk 1000 fans Malaysia yang bertuah. 

Anda pun ada peluang jugak, jadi jom join! Caranya senang sangat:
1. Like page Samsung SIV Malaysia.
2. Share gambar ini.
3. Bagitau warna apa anda nak (hitam / putih / biru / merah) pada ruangan komen gambar berkenaan. Bukan entri ni tau.

Dan tunggu 20 Mac ni untuk ketahui anda menang atau tak. Pemenang akan diumumkan pada page berkenaan atau diorang akan pm je. 

Dan btw, jemput klik link ni. Klik, biar load pastu tutup la kalau nak. Tapi tunggu habis loading tau.=) Hehe thanks in advance!

1. L'Occitane's Shea Hand Cream yang laris terjual setiap 3 saat di seluruh dunia!
2. 1GB pelan data + 60 minit panggilan untuk semua dengan hanya RM38/bulan!
3. Peluang muncul di kaca televisyen dengan artis tempatan!
4. Dapatkan Egg McMuffins PERCUMA di outlet McDonalds terpilih pada 18 Mac ini, sempena Hari Sarapan Pagi Kebangsaan! 

*bukan ditaja oleh Samsung SIV. Saya sekadar berkongsi =)


Share:

Thursday, February 14, 2013

Segmen Miss Hearty Mencari Bloglist Fresh 2013


Salam alaykum =)

Alhamdulillah sekarang blog sudah ada orang kunjung, ada orang baca, ada orang komen dan alhamdulillah ada orang jemput join segmen ^_^.

Segmen kali ni dari Miss Hearty. 

Klik banner kalau nak join. Join ramai2 kasi gempak =D
[deadline: 1 Mac 2013]

Saya ni tak reti nak berpantun bermadah bersajak bersastera etc etc, tapi cukuplah rasanya kalau saya nak cakap,

aku suka masuk bloglist orang. heheh

Done.

Share:

Monday, February 11, 2013

Sunday, February 10, 2013

Nak saya review blog anda? by Miss Ra

Salam alaykum =)

Haha, segmen ketiga untuk hari ini! Haha (gelak awkward) 

Baik aku suka segmen blog review sebab penganjur segmen akan review blog dan bagi honest opinion pada kita, dan aku suka komen membina (betulkah? asal tidak menusuk jiwa, ya ^_^) Jadi aku tak teragak-agak nak join segmen ni oleh Miss Ra,


"Nak saya review blog anda?"

Share:

Segmen Follower 2013 by Yaya NHA

Salam alaykum =)

Wah lama tak join segmen. Sengaja sebenarnya tunggu aku make-up blog ni dulu baru join segmen balik. Jadi sekarang touch-up dah complete, tak payah kot nak fancy banyak2 ni pun dah rasa terlalu fancy. Nanti muntah hijau pening kalau blog aku meriah giler. Ok done membebel.


Kalau nak join sekali sila klik banner ni.

Share:

Friday, February 1, 2013

Saya nak buka online shop!!

Salam alaykum =)

Akhirnya aku berjaya menjadi parasit lagi. Bukan virus, bukan trojan tidaaakkk saya hanya parasit berbentuk manusia yang hijack laptop orang sampai dua tiga jam dengan muka tembok sebab nak check laman2 sosial, bw bloggers kesayangan,   check email dan yes, UPDATE ENTRI.

Haruslah.

Jadi sekarang berita baiknya...saya ni nak jadi guru / usahawan. Masuk sem 5 degree ni cita-cita tu terevolusi sikit.
Share:

Wednesday, October 31, 2012

blog review with piqa

Salam alaykum =)

Saya join segmen lagi. Haha.

Dan lepas blogwalking sambil tangan kiri pegang modul PIM3107 yang kelihatan agak lusuh *bajet rajin study muehehe*, aku terlintas satu segmen yang sangat catchy, very the professional one, dan aku agak nervous nak join. Tapi tak salah cuba. 




Segmen blog review with piqa. 

Caranya mudah saja:

1. Follow blog piqa.
2. Buat satu entri dengan tajuk macam entri ni.
3. Paste banner berkenaan dan review sikit blog piqa dan tinggalkan link pada komen entri.

Very the mudah kan! *krew ohmyenglish akan mencari saya sebentar lagi. hihi merapu*

Alright, review tentang blog piqa:
- Saya dipanggil piqah kat rumah. Lebih kurang dekat2 la bunyinya kan? *takda kaitan saja nak gitau.

Saya suka blog piqa. Bukan nak bodek, bukan nak senyum plastik, tapi serius saya teringin nak buat blog dengan hiasan simple macam tu. Simple but sweet, tak payah nak bagi juling mata orang tengok kan. Tambahan lagi piqa buat doodle sendiri dan design hiasan blog sendiri, which I envied a lot kerana doodle beliau sangatlah comel! Sat lagi aku skrol cari freebies. 

Maka terjumpalah sudah candidate entri Sharing Doodle | #5. Hihi.

nota kaki | Roomate dah jeling sebab tengok asyik window blogger je dibukak dari tadi. Yela2 I bukak nota ppt nihhh...
Share:

Monday, October 29, 2012

Sharing Doodle | #4 Munirah

Salam alaykum =)

Alhamdulillah semalam dah lepas paper BAM 3116 : Pengurusan Sumber dan Penilaian dalam Pengajaran Bahasa Arab. In short, paper Arab. heheh. Every sem punya killer subject la walaupun tu minor aku. Dia punya tajuk kursus/subjek tu sentiasa la lain2 setiap sem (macam sem lepas kitorang ambik Pengenalan kepada Kurikulum Bahasa Arab, sem depan lain pulak), tapi aku tetap lemah asal dengar je Bahasa Arab. Serius, susah. Susah bagi aku je kot. Tapi kenapa kau ambik jugak? Entah. Misteri kan?

Kena duk Maghribi nih. Pastu balik Malaysia langsung tak reti cakap Melayu haha. I gurau je. Melampau la kalau sampai macam tu sekali. 

Anyway muqaddimah di atas sangat tidak ada kaitan dengan tajuk entri.

Jadi kita teruskan dengan blogger cum doodler yang baru aku jumpa melalui blog Cikgu Ma tadi. =) Sebelum tu kita tengok sampel doodle dia.




Cepat-cepat klik gambar berkenaan untuk ke entri sebab kedua-duanya adalah FREEBIES!

Comel kan? Jadi cepat-cepat la godek blog Munirah untuk ambik doodle free pakai buat header atau apa2 ikon kat blog korang pulak. 

Oh dan ya, sekarang beliau sedang menjalankan perniagaan, iaitu Art Trade. haha aku gurau je bukan perniagaan tapi lebih kepada bertukar-tukar doodle. Kira macam barter la. Kreatif kan cara menjalinkan silaturrahim sesama blogger / doodler macam ni?



nota kaki | Malu deh bila bukak blog Munirah sebab...sebab...dia guna Bahasa Inggeris. *supan kmk*  Memang aku ini anak orang kampung...*random*

Share:

Wednesday, October 24, 2012

Segmen Bloglist Pelangi Me & My Family

Salam alaykum =)

Hari ni aku akan balik rumah kawan di Samarahan, celebrate Raya Aidiladha kat sana. Jadi aku nak blogwalking la puas2 sebab lepas ni xde wireless dah heheh. Dan aku terserempak dengan contest yang membuatkan aku rasa nak balik rumah. hu~

padahal takde kaitan pun. =.=" . Nama blog ni je yang buat aku mellow2 syahdu nak balik kampung.



Misinya ialah untuk masuk dalam senarai bloglist Blog Me & My Family ni je. Tapi ada hadiah misteri tau kepada peserta terpilih, insyaAllah, Caranya cukup mudah, cuma

1. Letakkan banner yang atas tu dan linkkan balik ke blog Me & My Family. Kalau tak dapat buka gambar tu korang download je banner nih dari mana2 peserta segmen ni, antaranya ialah aku. ehem.

2. Lepas siap, tinggalkan komen penyertaan di entri tu pada blog beliau. Sekali dengan link.

Mudah kan? =D aku suka masuk contest simple2 gini ni. Due date segmen ni ialah 31 Oktober 2012. Dijemput ke blog beliau untuk usha GA lain jugak. =)

Dan kebetulan aku rasa macam feel2 balik kampung ni jadi teringin nak pos satu2nya family potrait yang aku ada kat bilik ni.

Sebab aku sayang family aku. haha. *awkward*
tetiba kan. heheh.



Nak habis ink dah tu =.=" Btw, meh nak perkenalkan...yang pakai jubah konvo tu Murni Susanty [24], yang pegang kamera dengan 'v' pose tu Murni Salwani [23], yang pakai tudung  hitam atas sekali tu Murni Amirah [15], yang pakai selendang kuning tu Murni Maslina [14] dan yang bergambar dengan mak aku tu Murni Masliza [11]. The bapak is Mr Usop [53] and the mama is Puan Ruhaya [46]. Yeah, we're one happy usrati! 


nota kaki | Korban raya tahun ni dah parking belakang rumah aku. 
Share: