Tuesday, May 13, 2014

Liebster Award

Assalamualaikum = ) 

[read recent post : When I was a kid | Soap Bubbles]

Happy Tuesday everyone!

Beberapa minit yang lalu telah mengepos entri di blog ni, lepas blogwalking kejap, terpanggil pulak nak pos lagi. Dah terlebey pandai sangat kan, buku buka satu page je lepas tu tutup balik. heh.

Anyway ana baru skrol2 through dashboard dan terperasan banyak sangat entri tentang Liebster Award dari blog2 yang ana follow dan followers ana (sekarang baru nak revisit fellow bloggers. terharu x? aku ni penyayang lol). Maka ana pn buka blog sis Isabel and yeah this is going to be fun, jadi ana pn terpanggil nk jawab. Pantang sungguh dengan benda2 Q&A niihh haha

So here it goes...

01. Contohlah smartphone Samsung dengan iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.

Rasanya kalau smartphone ana yang jatuh dalam air, walaupun ninetology ana yang tak feymes ini jatuh sekalipun ana akan nangis dulu. Tapi kalau sdcard dpt diselamatkan xpe, buatnya jatuh dalam laut memang menangis tak berlagu la. Tp memandangkan ana tiba2 ada smarphone Samsung dan iphone, of course la iphone yg ana selamatkan dulu. Tapi kalau Samsung model latest mungkin ana akan terjun selamatkan dua2, baling ke daratan pastu terkapai2 selamatkn diri sendiri. Ah terlalu ridiculous jwpn ini. maaf. 


02. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?

Ini macam soalan INSAK. macam. Mula2 ana kena tengok dulu kejahatan yang dia buat tu tahap apa, spesies apa. Ana ni kalau melibatkan trust and honesty, kalau si dia tu buat jahat tang bahagian tu, rasanya ana lebih rela kot seorang diri. Jaga mak di rumah lagi best. Sebab kadang2 orang yang sedia ada baik ni dia ada Hyde jugak. his bad self. Imperfection is in everyone, so wallahua'lam Allah jugak la yg tau jodoh ana. 


03. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke.

Ini agak susah ya sis sebab ana ni tak kenal sis di dunia realiti. Jadi agak susah kalau sekadar bias penulisan di blog sis. Tapi kalau ikut penulisan sis, rasanya sis ni orang yang normal. 


04. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.

Ok tbh sis merupakan antara readers blog ni yang paling lama stay dengan ana. Rasanya since blog yang lama dulu kot. Terima kasih sis *teary-eyed.eseh* Dan rasanya kalau nak describe in one word blog ni : moody. Yeap ini blog peribadi dan ana menulis ikut sukahati ana je, kalau rasa nak merungut, ana pegi rant, kalau rasa nak share pengalaman, ana post pasal pengalaman tu. Tapi basically, blog ana ni peribadi jadi tak banyak benda interesting melainkan pendapat sendiri sahaja. hm. 


06. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?

Ana bukanlah high-end product buyers. Ana pakai yang biasa2 je. Macam garnier, eskinol, safi, maybelline, avon...itu je. Lagipun belum kerja lagi jadi tak pernah merasa la SKII, Nature's Republic, SimplySiti pa semua. So setakat ni bagi ana, gabungan Biore Acne-Clear dan krim malam Garnier Light sebelum tidur dah cukup bagus dah. Sekali-sekala pakai Iffah Exfoliating Gel. Ana basically tak pakai makeup unless untuk event; cukup la sekadar toner, krim siang, bb cream, bedak asas, lip balm - cukup. Nak kata jaga kecantikan tu taklah jugak, ana cuma nak jaga kesihatan kulit dan penampilan memandangkan nak jadi cikgu ni kena cantik nanti budak2 tegur khennnn. 


07. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?

Seorang pilot. Any aircraft.


08. Ciri perempuan / lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?

Hm. Tak pernah pulak ambik masa untuk fikir dengan mendalam tentang ni. Sebab ana memang kalau boleh nak mak ayah yang carikan haha sebab nak mencintai si suami tu je. eseh bajet romantik mintak sekeh. Anyway, entah.  Lagipun, ana rasa cukup la sekadar ok mata memandang, sudahlah. Ana rasa mana2 guy friends yg ana kenal, (dan ana tahu akan kenal lama) will be friend-zoned as early as after a 5 minutes chat. Anti-lelaki? I'm not. It's just that ana rasa meletakkan standard idaman untuk pasangan hidup tu agak menyusahkan. Barrier for heart-break kan.


09. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?

Anak tu saja dah cukup, alhamdulillah. Kalau rambut dia lurus, boleh diikalkan, kalau rambut dia ikal, boleh diluruskan. Syampu kan ada hewhewhew. Asal anak perempuan ana ada rambut bila dia dah besar sudah....


10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)

Ni soalan last sekali dijawab. Pasal kalau fikir soal nama anak ni memang payah. Bagi ana nama yang grand2 sampai terbelit lidah sebut tu takyah la...sebab nama ni doa. Bila orang sebut nama kita diorang doakan kita untuk jadi seperti nama berkenaan. Nanti bila nama pelik2 last2 orang panggil nickname je, yang biasanya lebih pelik dari nama asal. Dan tak ada maksud langsung. Jadi kalau bagi ana nama macam:
  - Siti Nur Ain Fatihah
  - Adam Malik
pun dah cukup. Kesian nurse2 nak tulis nama anak kita kalau trendy dan stylish sangat. 


11. Namakan tempat unik yang korang tau. Kalau setakat Paris tu tak yah ceritalah.

Banyak tempat unik dalam dunia ni. Bagi ana yang suka nak travelling tapi selalu tak kesampaian ni, ada banyak tempat unik yang ana nak pergi. Salah satu ialah Pokhara, Nepal. Tak tau la jatuh kategori unik ke tak, tapi yang pasti ana nak rasa Parahawk, iaitu aktiviti paragliding sambil bagi makan helang. Dan ZipFlyer. And lagi satu mungkin Ice Valley di Korea (see Human Condition) yang mana ada satu tempat tu ais dia cair jadi air di musim sejuk, dan jadi ais batu di musim panas. Sgt cool! Tapi kalau nak kira pengalaman masa kecik2 dulu tempat paling unik ialah bilik nenek dan datuk ana. Sangat unik sebab apa2 je boleh didapati dari bilik berkenaan - gula2, keropok, sticker, aiskrim, kucing, baju baru....unik kan? Bila dah besar ni ana dapati ada freezer dalam bilik mereka. Unik tu tau...


Jadi sekarang nak tag semua reader blog ni, atau siapa2 yg nak jawab. Tak kisah nak jawab semua atau beberapa soalan sahaja.

Soalan untuk anda:

1. (Untuk non-muslim boleh skip) Anda ada petua atau kebiasaan yang boleh dikongsi untuk latih diri bangun Subuh awal, dan lebih bagus lagi, berjemaah? Sebab kadang2 ada orang yang memang nak bangun Subuh awal tapi terbangun untuk tutup alarm kemudian tanpa sedar tidur balik.

2. Apa pendapat anda tentang fenomena kpop? 

3. Sebenarnya apa cita-cita anda? Put aside pekerjaan atau pengajian anda sekarang.

4. Anda baru menerima panggilan dinner dalam masa 30 minit dan sekarang anda sedang belek2 baju untuk dipakai. Baju mana yang anda akan pakai?

5. Lagu apa yang anda pernah dengar masa kecik dan masih ingat liriknya sampai sekarang? 

6. Anda nampak seorang buta cuba hendak melintas jalan semasa anda membeli-belah dengan mak dan adik-adik di suatu tengahari yang panas di Jalan Tar, KL / atau Segama di Kota Kinabalu / Satok, Kuching. Apa yang anda akan lakukan, sejujurnya, secara realiti?

7. Senaraikan laman sosial yang anda ada. Contoh : Instagram, Slideshare, LinkedIn. Kenapa anda ada akaun untuk laman2 berkenaan.

8. Nyatakan blog yang anda kerap kunjungi dan baca entri dan nyatakan kenapa.

9. Setelah mendengar lagu Let It Go dalam pelbagai bahasa, cover dan pengubahsuaian (e.g cover by The Piano Guys, Let It Go by Demi Lovato, Hyorin etc), mana yang anda rasa okay?

10. Anda rasa saya jenis orang macamana?

11. What are your thoughts before going to sleep? Apa yang anda fikirkan sebelum tidur?


Ok end. Selamat menjawab! nota kaki | ana rasa mcm nak jawab soalan2 sendiri kih2. 


Share:

2 comments:

  1. hye..Syira dtg dr segmen Nak Url Blog oleh Mia Liana :)
    jom singgah rumah pink Syira ^_^ insyaAllah tak rugi ..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha :D. nak taknak jawab jugak :P hehehe

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....