Dah 10 Zulhijjah dah!! Allahuakbar! Salam Aidiladha 1434H, Maaf Zahir Batin. Esok pakat ramai2 sembahyang Raya ye...sembahyang Raya dan dengar khutbah Raya ye. Kesian tau tengok khatib bersungguh baca khutbah sedangkan jemaah sorang2 keluar masjid. Bukannya benda tak berfaedah pun yang dia bacakan tu. Dapat pahala lagi.
...dan akhirnya aku berjaya renovate blog. Seperti biasa aku tak tau konsep apa aku nak pakai dalam deko2 kali ni jadi aku main redah je dan eureka...pastel lagi. Lagi lagi pastel. ah lantak janji tak menyakitkan mata (angguk2 puas hati dengan diri sendiri. haha). Aku banyak ambil tutorial dari Qazeh Hafizah dan Nys Anis jadi banyak2 terima kasih pada blogger berdua ni. Bila blog dah diubahsuai baru ada feeling nak taip entri.
Alhamdulillah lepas habis praktikum (last day at SKMJ : 20.9.2013) maka berlangsunglah Festival Kesenian Islam IPGKBL dari 26 - 29 September 2013. Ada Musabaqah Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan, Festival Nasyid, Karnival dan sebagainya. Aku AJK Karnival (bahagian jualan dan pameran) jadi seminggu sebelum karnival aku dan Atiq duduk tepi DKA, call wakil agensi dan pihak yang kami jemput untuk pastikan dorang ikut ke tak. Kitorang siap tulis skrip pastu peluk tiang sambil cakap haha naves punya pasal. Ketaq tangan bhai...cakap pun formal. (pastu muka bajet pro padahal phone call je pun. heh) Tapi agak sedih sebab ramai yang tak dapat surat jemputan tu lagi dan kata tak dapat pergi sebab lambat sangat inform. Adoh. Takpela. pengajaran.
Anyway walaupun karnival kami kecik tapi sekurang2nya IA BERJALAN LANCAR dan LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS. Aku yang urus tahun lepas dan ianya nightmare. Pasal tu la aku takut sikit tahun ni sebab karnival tahun lepas tak berapa menjadi.
Tahun ni best sebab murid-murid sekolah datang, pastu banyak aktiviti sampingan bukan setakat jualan dan pameran, antaranya
Spell it right versi Jawi
Pertandingan Karaoke Lagu Nasyid
Peragaan Busana Muslim dan Muslimah Kanak2
Pertandingan Khat
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Memasak
Memanah
Menunggang kuda
Kuda datang awal pagi. Mula2 sampai bising dia meringkik..."aku kat mana ni?". Jadi ramai yang eksaited dan tanya, kuda boleh tunggang ka? Boleh, kitorang cakap, tapi tunggu instructor dia. Boleh tangkap gambar dulu, kami cakap. Pastu instructor dia blah, orang kata nak ambik kuda sekor lagi. Jadi makin eksaited orang, tanya lagi, kami cakap, tunggu instructor sampai. Sampai ke tengahari kuda tu berpanas, kami pindah bawah khemah. Kesian, dia panas dan lapar, pastu semua orang berkerumun tengok dia ambik2 gambar dan sua2 lalang. Petang pukul 5 baru instructor dia datang, rupanya dia bukan ambik kuda sekor lagi. Katanya tak nak bawak orang naik kuda sebab tadi panas, biasanya orang naik kuda petang. Oo..kami cakap, padahal karnival dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Orang dah makin kurang ramai yang pulang. Jadi yang merasa naik siapa lagi...kalau bukan warga ipbl, ajk sendiri dan wakil agensi yang berjual dan buat pameran (abang dan kakak MPH naik kuda dengan eksaited. ;3)
tengok jela kuda tu ye dik. kesian.
Tapi petang tu aku sempat naik. First time tau. Kesian. RM5. Tapi jalan round padang jela, takde nak lari. Kalau reti kontrol kuda boleh la kot. Instructor tu cakap kuda tu bosan sebab asyik berjalan je. Kesian.
Kenapa ada memanah dan menunggang kuda? Sebab tu sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pun anjurkan berenang tapi kami tak mampu la nak bina kolam renang indoor sebuah ^_^".
maaf back profile. adik2 pakai baju oren ni dari Sekolah Sukan, ambik Archery. Malu malu jugak sebab dorang expert. Tapi malu tu tak lama, aku main sampai 3x (1 kali = RM3 = 4 panah) dah la tak malu mintak belanja Nisah bahahaha. Dan dari 12 panah aku berjaya sangkut hitam 2, biru 2 dan satu kuning. Yang lain melencong ke tanah.
haha. aku gelak sorang2 tengok orang2 kat belakang tu. priceless.
Pertandingan Memasak pun ada. Atiq pun join sekali dengan Azri dan Maya. Dari 6 kontinjen (?) dorang dapat no.3. Terer gitu.
Menu utama belut. Diorang pelbagaikan jadi masak lemak, kari etc. Nama kemain fancy, aku tak ingat langsung.
peserta-peserta lain.
pemenang2 Kids Fashion Show. Tahniah!
Lepas Majlis Perasmian oleh Tuan Pengarah, kami berebut belon helium dengan budak2. Pasal pa? Nak makan helium. nak buat suara comel. nak buat gwiyomi. haha. nak makan penampar sungguh. tapi banyak yang terlepas jadi dia terbang ke atas dan tersangkut. Sekarang tak tau apa jadi. Kempis dah kot.
...masa orang dah ramai balik, ajk sendiri yang berkaraoke. tehee.
Last2 aku post gambar je haha. Sekarang dah pukul 12 malam sebenarnya. Esok nak bangun sembahyang Raya. Gilos aku tak tidur lagi ni. Anjing dah menyalak2 kat luar. Kucing dah menangis-nangis dah. Brr seram.
Sebab blog dah renovate setelah sekian lama tak post entri maka ada baaaanyaak cerita aku nak update ni. Tentang Program di SK Buntal dan Raya esok insyaAllah.
Till then, Salam Aidiladha!
Salam Aidiladha, sis! Ada juak nangga banner ya tergantung rah entrance gate ya ariya. And penah skali masuk sinun teman geng top up. Ahaks.. Mun da bjumpa pn lom pasti kenal ka sik. Hihii..
ReplyDeleteThanks Vee! Tokrg pun enjoy cuti juak nk...heheh. nangga banner jk?? ceh. x agak skali riya. aok eh ntah2 ada bselisih sblm tok. nway tdik mkrg nk g skolah ktk ya mok beli makanan rah kantin....skali dekat gate trus naves, alu xbrani kensel jk. haha.
Deletecomel betul embiak ngekot fashion show ya...kejawak jak hehe
ReplyDelete