Tuesday, September 24, 2013

kerana laptop ini sudah usang...

Assalamualaikum. =)

Pada suatu hari aku buka blog aku. Nak taip entri baru tapi setengah jalan xsempat publish sebab RPH dan BBM nak ajar budak belum siap.

Beberapa hari kemudian aku buka lagi blog aku. Aku view blog dan rasa sangat kesian dan menyampah dengan diri sendiri sebab hilang selera tengok blog yang semak ni.

Keesokan harinya aku tersinggah ke sebuah blog yang oh-so-omey dengan warna pastel yang sangat menggugah jiwa tapi pada masa yang sama tak menyakitkan mata untuk dok fokus tengok tulisan yang berwarna lebih kurang background. Aku tiba-tiba ditiup semangat baru untuk mendandan blog. Trafik naik macam siput, barang kat blog takde satu pun yang menarik kecuali feed blogger otai yang ada kat sidebar tepi. Jadi aku setelkan semua keja dan berusaha untuk mencari wallpaper yang best (nampak sangat pirate gambar kat google. xde integriti langsung. pergh)....tapi tiba-tiba aku berada di shopping mall main tarik-tarik nametag dengan Gary dan JaeSuk. 

Maka keesokan harinya lagi aku kuatkan tekad, aku nak update entri best pasal Praktikum Fasa 2 yang baru habis minggu lepas dan...

keyboard aku...

...lupa macamana nak buat huruf I dengan cara menekan shift+i ...
... gagap bila aku tekan huruf t, kadang-kadang dia xsedar aku dah tekan button t berkali-kali...
...button k aku dah perlahan-lahan kehilangan deria rasa bila disentuh...
...button shift bawah caps lock dah jadi ala-ala touchscreen sebab dah tanggal habis...
...button '' patah kaki...

....lalu aku pun hilang selera nak menaip entri (masa menaip ni gigih sangat. padahal berapa kali aku backspace sebab ketinggalan huruf k, t, i)

Jadi aku buat keputusan.
Aku cuma nak hias blog.
Sekian.

*dush. merapu. maaf habiskan masa korang. aku cuma nak bermellow-mellow kesiankan diri sendiri sebab laptop dah usang...*

dia pernah terjatuh, berjaga beberapa malam, seringkali disuruh hibernate saja dan ...
i'm sorry my fingers' too abusive. i just enjoyed typing too much. hyperactively.

Share:

3 comments:

  1. Sama la kita pakei laptop old school...yang penting tahan lasak jak haha

    ReplyDelete
  2. Hahaha, kesian mewk nangga laptop kitak sis. Laptop kamek pun sama kedak ya jwak. Selalu tugok and malas nak dishut down. Mun mewk tido, alu tandah cam ya jark. Nasib bait nya towk tahan lasak tapi penah jwak diformat sekali.

    ReplyDelete
  3. My HP ProBook sangat tahan lasak and always keep it hibernate too - much faster than turn it on, kan?

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....