Assalamualaikum . =)
Tiba-tiba membuat entri khas buat pendidik. Hari Guru? Tidak. Hari-hari Hari Guru~ Tapi saja hendak berkongsi post yg Kak Ros kongsikan kat FB. Boleh diamalkan, dengan izin Allah berkesan. Yang penting kita usaha kan. Usaha tanpa tawakal dan doa tak ada maknanya, lagila doa dan tawakal tanpa usaha, ye dak?
Macam kisah seorang lelaki pada zaman Rasulullah SAW, yang sengaja membiarkan kudanya tidak diikat, kerana kononnya dia telah tawakkal (kalau kudanya dicuri, dicurilah. kalau selamat, syukur alhamdulillah. macam tu kononnya). Lalu Rasulullah SAW menegur supaya dia mengikat kudanya dulu baru bertawakal.
Jadi nak kata di sini...memandangkan aku ni guru baru, aku sangat risau bila student bising, nakal sangat, malas ke sekolah etc. Di samping berusaha menjerit dan membuat ganjaran kalau behave, aku perlu usaha meminta dari Allah jugak. Maka sangat sesuai tips ni untuk diamalkan bermula dari sekarang. Biar doa seiring usaha kan. [tips ni berguna buat SEMUA pendidik, bukan guru sahaja. Jadi mak ayah pun boleh cuba untuk anak2 juga!]
1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca Surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas Solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa.
2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca Surah Al-Baqarah ayat 102.
3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca Surah Al-Anbiya' ayat 69, juga Surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.
4. Bagi anak-anak yang malas ke sekolah, bacakan Surah Taha ayat 1-5.
[credit: images from Quran.com]
Insya Allah, selamat mencuba! Jangan lupa baca Bismillah dulu ya. =)
Nice sharing sis
ReplyDeleteterbaeklah cikgu murni...keh3
ReplyDelete