Tuesday, August 27, 2013

Kerana aku dah lama tak menulis

Assalamualaikum. =)

Yosh! Writing again after a month!

There's a lot to talk about.

Like, 3 days before Hari Raya aku cat dinding rumah. Yesss my fevret job (no sarcasm intended) and I got to do it as much as I like since bapak said;

"Lepas cat di sini cat di luar lagi. Cat coating."

Aku amatur jadi aku cuma cat coating pastu cat warna untuk 3 dinding (ooh so precise. haha) di dalam rumah. Then ingat nak cat coating untuk dinding luar rumah tapi sebab aku suka sangat bertangguh maka pada hari raya dinding rumah masih warna simen =_="

Apa-apa pun Raya kali ni sangat menyeronokkan sebab:
1. Siling rumah dah cantik!
2. Perabot baru
3. Biasanya baju raya aku sepasang je. (bukan nak mintak kesian, bukan. aku jugak yang malas beli sebenarnya)
4. AKU BERAYA DENGAN GENG!!

hoyeah the last one rocks! Satu pagi di hari raya keempat, aku sangat malas tapi bagaikan ada instinct someone akan datang beraya (memang la kan dh nama hari raya). Then datang mesej dari Miya, ajak beraya. Wah. Tapi aku boleh pulak berbelah-bagi. You see, aku ni pemalu. Aku segan walau dengan geng sendiri yang pernah tidur sebantal. heh. Dah la lama tak jumpa, adalah dua tahun kalau tak silap, dan aku semakin rounder and uglier, ugh, cermin pun retak tengok aku lama2. ok, kidding. Tapi sebab Aimi dan Adeng dah balik nak praktikal maka ini peluang keemasan! Tak boleh tak sebab nanti bila diorang balik Mesir n UK respectively, maka amat susah mahu bertembung di pekan Lawas yang kecik itu. 

Sebenarnya aku je yang lama diorang tak jumpa, sebab asal diorang cuti aku kuliah lagi, yelah kan IPG. Kalau sekolah cuti, kitorang pun cuti. Mana sama dengan budak U. Dalam kami berenam, aku je yang masuk IPG. Lain semua U. 

Anyway, dari KFC (Miya, Aimi, Adeng, Arep) --> Kerangan (aku) --> Kuala Lawas (Noiey) --> Sundar (Hijrah) --> Batu Dua (Juan). Ohya anda yang tidak mengetahui Lawas sudah semestinya tidak mengetahui tempat2 ini. Apa2 lah. hihi. entri ini memang bertujuan untuk syok sendiri kihkih. Yang pastinya semua muka2 ini last aku tengok ialah pada 2011. Sepatutnya dalam tempoh berkenaan aku dah kurus. sepatutnya. adalah masalah teknikal sikit. heh. Walaupun beraya dari pukul 3 petang - 8 malam, kami hanya beraya ke 5 buah rumah sahaja. Rumah nenek aku + Noiey + Hij + Arep + Juan.

dan pada raya kali ni aku jumpa kazen dan anak2 buah baru...let me just say their names : aiman, ayuni, naufal, asyraf, syahmie, amar. 3 orang baby lagi. 3 orang lagi dah besar tp aku x pernah jumpa sebab mak ayah dia sibuk...

raya kali ni jugak aku try test buat biskut raya. Dapat resepi dari Famous Amos. Semangat yew. Tapi biskutnya x menjadi..haha...dah diedit dengan crispy rice, kacang, coco crunch etc sedangkan pada resepi asalnya nggak ada haha. Lantak la asal boleh makan. Dan aku kemain nak buat kek, konon nak yang mudah asal ada pakai display atas meja tamu, so merancang nak buat kek lumut la kononnya. Tapi raya ke 10 baru aku buat. haha. sekali lagi suka bertangguh. haiya.

Kesimpulannya raya kali ni agak best bagi aku. Mungkin untuk certain people pengalaman macam ni simple dan nothing much (beraya dengan kawan, jumpa family, perabot baru, baju raya baru, etc - same thing every year right?). Tapi bagi aku yang jarang nak merasa, it's really precious. 

Dan ehem. Sekarang tengah break buat kerja. Tadi kena observe lec untuk PI dua masa dan BA semasa. Semalam kena observe lec jugak untuk PI dua masa. Esok kena lagi dua masa. Habis minggu ni memang boleh dengar kriuk kriuk tulang kot sebab buat kerja berganda-ganda daripada biasa. Moralnya ialah kerja jangan bertangguh. hehe aku xblh bagitau apa yang aku tangguhkan tu, korang pernah praktikum, korang pahamlah apa ya. 

Isnin. Masa perhimpunan. Text lec.

Aku : Salam ust. Minggu ni ust nk obsrve bila?

Beberapa minit kemudian...

Lec: Ana dah kat depan sek enti.

Nak tercabut bijik mata aku tengok skrin henpon. Ish. Pulak. 

Will be back to blogging soon. Can't wait.
Habis praktikum --> FKI --> Program rehlah --> Annual Dinner --> Tasmi' . 
Haiyo. The most hectic semester. So far.  

 
Share:

1 comment:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....