Lama tak update. Sebab tak ada apa pun nak update. Surah ar-Rahman dari minggu lepas asyik sangkut sampai 20 je. Haiya makan megi banyak sangat ke tengok benda lagha banyak sangat?
Dua-dua.
Jadi pada anda yang kaki video dan kaki movie macam aku ni...marilah bermuhasabah diri. Cut aktiviti "browsing videos" dan "mintak movie dari member" serta "mengulangkaji video lama" sempena Ramadhan ni. Sebab kita kena bagi ruang dan masa untuk banyakkan ibadah dan zikirullah, kan? Gitu.
Jadi memandangkan syaitan dah di-offday-kan bulan ni, maka marilah sama-sama ramai-ramai berlumba-lumba membuat kebaikan. Al-Baqarah, ayat 148. Fastabiqul Khairat.
Masa kecik-kecik dulu, bila ustaz / ustazah bagitau yang syaitan dibelenggu masa bulan Ramadhan ni, aku rasa selamat. Dari kecik sampai ke besar aku rasa selamat. Nak berjalan sensorang bolehh...takde nak paranoid macam hari-hari biasa. Tapi tu la, sebab takde syaitan ni laahhh sangat best kalau nak solat malam. Bukan nak hadkan pada bulan Ramadhan je baru nak solat malam, tidak...tapi untuk yang sangat suka tidur mati macam aku ni, eloklah ambik peluang masa bulan puasa ni. Double the prize. Gitu.
"Awak tau tak hari ni hari apa? Hari Rabu! Maknanya kita dah puasa sehari! Yeayy!!"
kata senior aku kat FB. haha. parody kapel seminggu. kesian walaupun video tu dah ditake-down, tapi masih ada pihak yang upload balik. Sampai aku pun sempat tengok. Kesian la minah tu. Kalau dah kahwin seminggu takpe la jugak. Tak haram lagi dah.
Balik kepada hal solat malam.
Aku sebenarnya, sejujurnya, tak pernah qiamullail sorang2. Tapi terdetik di hati tu ada. Nak zahirkannya tu, masyaAllah...susah kot. Membuta lagi senang. Jadi, sebagai pembaharuan untuk Ramadhan tahun ni, aku nak cuba. Jom!
Kalau dah solat witir untuk lepas terawih, kemudian terbangun dan rasa nak qiam, takpe, boleh. Tapi lepas habis solat2 sunat tu, lengkapkanlah dengan witir...
Kalau tak nak semput masa terawih, pastikan ko jangan senak masa berbuka. Maksudnya berbuka ala kadar jelah, takyah nak habiskan semua periuk dan tapau. Berjimat lebih bagus. Tak payah nak rembat semua makanan di bazaar. Kalau rasa nak bangun malam, jangan makan moreh banyak sangat. Dan niat nak qiam sebelum tidur. Pastu set alarm dalam pukul 2 atau 3 pagi gitu. Boleh terus stay up sampai Subuh. Wah syoknya Ramadhan!
Dan tadi terasa nostalgik, belek2 gambar lama di FB. Ini masa Tingkatan 3 (2006). Aku kat mana? Haha.
Selamat berlumba!
Nice pic....kenangan lama mengusik jiwa hehe...selamat berpuasa sis!
ReplyDeleteselamat berpuasa
ReplyDelete