KLIK SAYA!

Demam Keychain Plushies

Assalamualaikum. =)

Lepas beberapa hari tak dapat connect wireless maktab sebab adapter rosak.

Lepas beberapa hari tak bukak emel dan FB.

Maka aku menemui hobi baru - buat keychain plushies.


Apa tu?

Ni.


credit to the owner. 

Tapi aku buat tak secantik ini. Yelah kan, amatur. Sekali cuba terus gian. (^^")

Sebenarnya ni salah satu aktiviti usrah. Buat keychain untuk dijual, nanti boleh salurkan untung untuk badan kebajikan Palestin. Kain pun bukannya aku beli. Jadi tukang buat je.

Masa mula-mula dapat kain felt pelbagai warna + key chains + kapas yang macam dalam patung teddy bear tu, aku buntu nak buat apa. Rajin tidak, kreatif pun tak. Jadi aku buat yang ala kadar je....


Dan yang wajib - bendera Palestin.

Kemudian lepas buat eksperimen sikit, aku pun reti buat bentuk love...


Dan kakak aku turut menyumbangkan idea. "Bag Gucci..." katanya. Dan dia pun buat handbag hitam pink. Lepas tu aku pelbagaikan idea dia...


Kemudian aku mintak ihsan butang dari Nisah (barter dengan riben). Dan google design keychain. Pastu ubahsuai sikit dan jadilah...


Lepas tu aku terfikir nak buat huruf dan ikon-ikon yang tengah in sekarang. Macam wechat, Play Store, Blogger, FB, RSS Feed etc, tapi ni je yang aku mampu buat...


...dan give up apabila merasakan ia agak kurang lawa. 

Lepas ni aku nak beli kain felt, buttons, riben dan benang lagi. Baru semangat buat bila pakai barang sendiri, ye tak? =)


Kalau tengok dekat memang nampak tak kemas heheh. Tapi aku suka buat dan practice makes perfect, right? Jadi...

siapa yang yakin dengan aku, dan nak mintak buatkan benda-benda macam ni, bolehlah hantarkan design yang anda nak (atau nyatakan saja. e.g.: logo Instagram) ke emel akuskalo@gmail.com atau di ruang komen di bawah. Harganya...boleh nego, dan tengok saiz. Rasanya takdelah sampai lima ringgit kot. Lagipun kalau korang rasa tak kemas ke apa, boleh je kurangkan harga. Dan aku buat sekadar suka-suka.

Or perhaps I should do a Giveaway? ;)

Tapi kena tunggu aku beli barang dulu baru boleh mula buat. So for the time being, bolehlah hantar request keychain / phone strap pilihan anda =)

Thanks for reading.

4 comments:

  1. buat GiveAway!! pastu kasi free byk2...or sape yg beli otomatik kasi kat tabung palestin :D

    ReplyDelete
  2. comel comel je ^^ . hehe . Yang beg tuh cun . Comel ++ . *obses ngan beg sikit :)

    ReplyDelete
  3. heweee rajinnyaaa..tp comel2 kot sume nye

    ReplyDelete
  4. Giveaway :D Tp kmk ada order juak ;D Ilek ahh. Mok order tok ;D

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....