Assalamualaikum. =)
Salam Nisfu Sya'aban. InsyaAllah tak lama lagi nak Ramadhan.
"Alamak tak lama lagi nak puasa. Harus makan puas2 ni."
Tak. Bukan. Begini.
"Alhamdulillah tak sabarnya. Bulan rahmat dah nak datang. Kena bersiap awal2 ni. Jaga mata jaga hati jaga mulut latih perut."
Bukannya
"Wah Bazaar Satok~~~ lalala." ;atau
"...cendol...abc..." walaupun hakikatnya aku pun craving benda yang sama tapi cuba fikir2 kalau berbuka bersungguh sangat, nak terawih pun semput, apatah lagi nak baca Quran dan bangun malam. Wah. Aku dah sesak nafas. Kadang2 membeli bagai nak rak tapi makannya tak habis, last2 basi. Kan dah membazir. Lagi2 yang masih bergelar student. Macam aku *hempuk bahu sendiri*.
Apa2 pun kita nantikan Ramadhan dan tengok apa yang jadik. ngeh2.
So...what's with the title?
Aku belek2 satu2nya majalah al-Ustaz yang aku ada dan nampak satu tajuk artikel yang sangat menarik.
Biar aurat terbuka, asalkan solat terjaga?
Jadi, dah lama tak buat comeback tazkirah...kan?
Soalan : Saya beranggapan bahawa apa guna bertudung tetapi tidak ikhlas? Bukankah itu dinamakan munafik? Saya tidak mahu hipokrit dan berubah kerana disuruh.
Pertama sekali sama2 kita fahami bahawa Allah SWT mengarahkan muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung. Maka sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh orang atau keinginan sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu. Bukannya
"...nak jumpa bakal mentua ni, kena pakai tudung!" - dia mewajibkan dirinya bertudung kerana manusia. Syirik? Nak hampir dah...
Itu peraturan agama Islam. Mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain. Setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut!
Pendek kata hipokrit bukanlah penghalang untuk mengerjakan semua kewajipan agama sama sekali.
Usah gandakan dosa. Dalam apa jua keadaan, semua arahan dan larangan Islam wajib dipenuhi sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Selebihnya dia perlu terus berusaha mengikhlaskan diri semasa melaksanakan tuntutan itu.
Jika dia belum ikhlas, tetapi masih melaksanakan kewajipan bertudung, dia sudah menjalankan tanggungjawab yang zahir dan hanya berdosa kerana masih belum ikhlas.
Namun jika dia tidak bertudung juga, dosanya jadi dua kali ganda!
Dosa itu akan berganda-ganda lagi apabila menjadi penyebab kepada maksiat lain. Contohnya apabila ada mata lelaki bukan mahram yang melihat auratnya, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun orang yang menutup aurat tadi biarpun tidak ikhlas, paling kurang dia terselamat daripada penggandaan dosa ini.
Kesimpulannya,
"Tunggulah bila aku ikhlas bertudung baru aku pakai. Tak nak la hipokrit!"
Istighfar lekas2 sebab yang empunya kata ini ialah syaitan laknatullah. Kau peduli apa nak hipokrit ke tak, bila Allah dah suruh, jangan kata TIDAK!
Sengaja berterusan dalam dosa, besar kemurkaan Allah padanya.
dipetik dan diadaptasi dari "Biar aurat terbuka, asalkan solat terjaga?" oleh Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Ruangan Kemusykilan Remaja, al-Ustaz Isu no.10.
[Seterusnya : Bertudung tapi tidak berakhlak??]
nice entry/... :)
ReplyDeleteCantik dan indah N3 ini. Kakak suka. Sangat bertepatan apa yg Allah perintah tak ada istilah 'tak nak hipokrit'. Kalau dah kata tutup aurat itu wajib maka tak perlu nak tunggu lagi. Selagi tak buat memang dosalah ditanggung - na'uzubillahimzalik...
ReplyDeleteMy hijab... my pride... my choice...^^
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteAda wanita berhijab, ada byk hikmahnya disamping ianya menjadi kewajiban agama...bukankah kecantikannya hanya layak dilihat oleh orang yg digelar suami? Islam itu adil...hehe nice sharing sis
ReplyDelete