Monday, May 6, 2013

Hooked with Fairy Tail

Assalamualaikum =)

*entri xbermanfaat. harap maaf*

Ini minggu study week. Selepas buka buku beberapa minit, aku akan tengok movie / drama / anime beberapa jam *pokerface*. 

Sebenarnya aku banyak movie / drama / anime / variety show...(it's quite normal actually) tapi aku xteringin pun nak tengok sebab kalau bosan tahap gaban sekalipun aku akan memilih pejam mata atas bantal daripada bersengkang mata tengok cerita. TETAPI bila sekali aku dah tengok..aku akan lekat, dan bila berhenti sebagai contoh dalam episod 4 gitu...akan ambil masa berkurun untuk aku resume balik.

Macam tengok Moon Embraces the Sun dulu..mula2 aku tengok 3 episod. Best memang best tapi lepas tu ntah pasal apa aku berhenti tengok. Weeks later masa tension buat assignment aku pergi sambung tengok. Hoho. Sampai member tegur;

"Asal aku masuk bilik ni...ko duduk depan laptop. Tengok video..tengok video...tengok video..."

Freak, huh? I know. 

Jadi, sekarang I'm hooked up with an anime. Bukan anime baru la tapi I'm quite sure ramai yang tahu...

FAIRY TAIL. 

Hahahhh! I know you know. Fairy Tail ni baru habis ditayangkan bulan March lepas di TvTokyo from back in 2009 dengan 3 season yang termasuk 175 episod 'rasmi' (xtermasuk special edition dan movie). Kat aku ni cuma ada sampai episod 90 lebih je tu pun rongak. 

Dan aku terjumpa Plue. Macam pernah tengok. Jadi aku google. Oh patutlah...dulu dia ada keluar dalam Rave Master!! 


Dulu channel AXN ada satu slot pukul 7 malam dan 7 pagi, di mana separuh skrin tu jadi chatroom. Masa tu rancangan yang ongoing ialah anime..antaranya Rave Master, Ranma 1/2 dan Here and there, Now and Then. I watch every anime every day every 7 am and 7 pm. But only on school holidays though.

 Lepas tu masa ANIMAX ada free 3 bulan tu kan, memang pulun habis tengok anime. Nak 24 jam menengoknya. Jigoku Shoujo, Blood+, Yakitate Japan etc macam makanan aku dah. Untung pulak lepas PMR hihi jadi aku dapat freedom untuk tengok puas2. Mak...kalau rumah dah kemas, adik2 duduk diam dalam rumah, dan kitorang semua dah mandi; dia takkan bising dan bagi aku dan adik2 tengok je tv puas2. huu rindunya zaman itu. 

Jadi tengok Fairy Tail ni semacam nostalgik. Sobs.

Oh Gray!


So random ini hari. hohoho..kbai.




Share:

4 comments:

  1. Saya layan tv series saja semenjak dua menjak ni mcm Spartacus, Tru Blood, Game Of Thrones & Grimm...asal time lunch ajer confirm sy akan layan cerita ni...perghh lebih kurang sama mcm awak jugak la tapi awak lebih ke anime haha

    ReplyDelete
  2. Kamek dah malas nak nangga cite katon kinek towk (^_^)

    ReplyDelete
  3. wah rajinnya melayan anime or cartoon or yang sewaktu dengannya... ^_^

    ReplyDelete
  4. salam, akak di tag :') http://husnamujahidah.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-gieaway-by-osm.html

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....