Dah lama tak update entri bermanfaat.
Jadi kita mulakan dengan hadis ini dahulu:
"Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tarmidzi)
Baik, faham tak apa yang dimaksudkan dengan hadis di atas?
Satu, hadis ini menyebut tentang kepentingan ilmu. Sebab tu zaman Rasulullah dulu memang ramai huffaz (penghafaz Al-Quran dan Hadis) sebab semua berebut-rebut nak menyampaikan ilmu. Apabila seseorang itu menyampaikan ilmu, dia takkan dapat rugi.
(Sebagai contoh) Hawa hendak berkongsi dengan Sarah tentang sebab penurunan Surah Al-Kafirun.
Untung #1 : Mungkin Sarah tidak pernah tahu tentang itu, jadi Hawa dapat pahala kerana menyebarkan ilmu.
Untung #2 : Mungkin Sarah tahu lebih mendalam mengenai surah itu, jadi Hawa dapat menambah baik ilmu yang dia ada.
Untung #3 : Mungkin Hawa tidak memahami dengan jelas mengenai sebab penurunan Surah al-Kafirun, atau tersalah dengar mengenainya. Jadi Sarah boleh menolong menjernihkan dan membantu Hawa memahami perkara berkenaan.
Tak rugi kan?
Jadi kawan-kawan, tak perlu ragu-ragu nak sampaikan ilmu dan kebaikan...biar sekecil-kecil butang share. Hehe =)
Nak tahu tak kenapa Surah al-Kafirun diturunkan?
Selepas kewafatan putera terakhir Rasulullah SAW, orang Kafir Quraisy terutamanya Abu Lahab bersorak kegirangan sebab mereka menyangka selepas ini agama yang disebarkan oleh baginda akan terputus, seperti terputusnya nasab keturunan baginda dengan kewafatan puteranya. Kononnya hendak berlaku adil, mereka pun bertemu baginda untuk menyampaikan beberapa tawaran, antaranya ialah harta, wanita dan pangkat; dengan syarat Rasulullah SAW sendiri perlu mengamalkan ajaran mereka, dan mereka pun akan mengamalkan ajaran Rasulullah SAW yakni ajaran Islam. Bagaimana?
Separuh-separuh. Contohnya. Apabila ada perayaan mereka, Rasulullah SAW perlu datang dan ya, menyembah berhala mereka juga. Apabila tiba waktu solat, mereka akan datang berjemaah dan ya, menyembah Allah juga. Tetapi mereka tidak perlu meninggalkan agama nenek moyang mereka. Dan Rasulullah SAW juga tidak perlu meninggalkan Islam.
Tapi perbuatan itu sama dengan menyekutukan Allah. Sangat terang-terangan pula. Semestinya Rasulullah tak setuju. Lalu turunlah Surah ini untuk menunjukkan betapa kukuh pendirian Rasulullah SAW tentang Islam dan keyakinan baginda terhadap Allah.
Seperti kisah yang diceritakan oleh Ibnu Sina, tentang dua pemuda Islam yang mana seorang masuk Neraka, dan seorang masuk Syurga; kerana seekor lalat. Ketika keduanya sedang bermusafir, mereka ditahan oleh satu kabilah yang menyembah berhala. Ketua kabilah itu berkata:
"Jikalau engkau mahu selamat dan meneruskan perjalananmu, berilah satu hadiah (offering) kepada Tuhan kami. Jika tidak aku akan membunuhmu."
Lalu pemuda A mencari sesuatu untuk dipersembahkan kepada berhala berkenaan kerana sayang akan nyawanya, namun dia juga tidak memiliki apa-apa. Tiba-tiba melintas seekor lalat. Dibunuhnya lalat itu dan dengan gentar bertanya kepada ketua kabilah berkenaan:
"Aku tiada apa-apa melainkan lalat ini untuk dipersembahkan pada Tuhan kalian."
Dia selamat dan dibebaskan. Manakala pemuda B pula enggan berbuat apa-apa. Dia cuma berkata:
"Aku lebih rela mati dari mensyirikkan Allah." Lalu dia dibunuh oleh ketua kabilah berkenaan.
Namun belum pun jauh langkah pemuda A tadi, dia rebah tak bernyawa. Dia terselamat dari dibunuh oleh ketua kabilah berkenaan, namun dia mati dalam keadaan mensyirikkan Allah. Maka dia diheret ke Neraka.
Dan pemuda B tadi mati kerana keyakinannya pada Allah, lalu dia ditempatkan di Syurga.
Jadi dalam entri kali ini, ada dua teladan yang kita boleh ambil:
1. Jangan sekali-kali ragu untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat.
2. Jangan sekali-kali menyekutukan Allah.
Tiba-tiba hati rasa tercuit. Pernah seorang senior berkata:
"Kita memang bertuhankan Allah. Tapi dalam tak sedar, zaman sekarang ni ada banyak Ilah (Tuhan) lain yang muncul, dan kita tak sedar pun yang kita sedang berilahkan benda-benda itu. Bagaikan berhala pada masa dahulu."
Aku mengerutkan dahi.
"Antaranya, Ilah Facebook, Ilah Running Man, Ilah AJL...dan banyak lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan."
Aku mengerutkan dahi lagi.
"Apabila berFacebook, kadang-kadang kita mengabaikan tuntutan untuk menunaikan solat di awal waktu. Dengar saja azan, tetapi 'tunggu la sekejap lagi. Nak like gambar ni.' Dengar saja azan, tetapi 'alah alang-alang dah nak habis ni Running Man...' Susah nak ingat Allah sebab dalam kepala dan dalam hati ni..sibuk fikirkan siapa yang menang AJL ..."
Sentap. Astaghfirullah aladzim...
Hm. Sebelum tidur, jom kita selawat ke atas Rasulullah. Minimum 100 x. Selamat beristiqamah! =)
p/s: Kalau ada salah, tolong tegurkan ~~

Nice sharing (^_^)
ReplyDeletePerghh nasihat makan dalam ni, terasa jugak saya tapi saya ambil sebagai teladan...benar pasal berhala zaman moden tu, kdg2 terfikir jugak Facebook ni sentiasa mengkhayalkan...apa2pun kena kurangkan sikit la kecanduan terhadap benda2 mcm ni huhu
ReplyDelete