Wednesday, May 22, 2013

Exo.

Assalamualaikum . 

Entri ini bakal merapu. Kalau tak nak buang masa pergi tutup cepat.

Exo.

Xkenal? xpe...anda tidak bersalah. Mengetahui perihal Korea bukan perkara wajib....

Dulu masa zaman aku kecik2 belum masuk sekolah rendah lagi aku dah memang dengar radio. Yela kalau TV1 dan TV2 dan RTB (tv Brunei) dok pasang talkshow untuk orang dewasa mana kami budak2 ni nak tengok kan? Jadi kami pasang la radio dan lompat2 sambil nyanyi2. (padahal salah lirik. bajet. haha.) Tak ada keluar lagu Korea. Lagu Inggeris adala. Kalau ko tanya lagu Bon Jovi aku kenal lagi. Roberta Flack pun aku kenal hoho..D'lloyd...Robbie Williams..Westlife..VengaBoyz hikhik. nostalgik sungguh

Tapi sekarang melambak kan lagu Korea? Siap ada carta bagai. Aku bukan nak hipokrit 'aku benci Korea'...aku pun layan drama Korea, Running Man, ada la dua tiga (muka tembok) lagu aku dengar gitu2 (lagi muka tembok). Tapi dalam zaman serba maju ni. Semua benda masyuk. Kalau tak tau trend semasa ko rasa malu. Kalau tak reti menari kuda ko rasa malu. Kalau tak paham maksud anyeonghaesayo ko malu. Tak, tak payah malu. Kalau ko dah ber'ilahkan diorang, itu baru ko patut rasa malu. Idol, kau kata? Ha idol. Sangat. baju koyak rabak tak cukup kain. Fesyen, sangat.

...asalnya aku ni nak cakap pasal double meaning MVs tapi termerapu pulak ke lain hoho maaf. 

Ok aku faham kalau apresiasi seni tu lain cerita. Those yang memang nak jadi penyanyi sejati tu sukati la. 

Yang kesian ialah bebudak yang digelar idol ni. Yang 24 jam kena maintain hensem n cantik sebab diorang idol. Yang kena belakon jadi budak baik sebab dia idol. 

Sebelum aku sebut tentang EXO, ko kenal x SME? SME ni agensi bakat, kira company besar la sebab SNSD, SuJu, SHINee etc yang femes2 tu under company ni. EXO ni boyband baru diorang. Ko kenal YG? YG pun talent agency macam SME. Kenapa aku sebut SME dan YG? Sebab diorang ni memang sangat terer cari bakat baru...dan...

mempromosikan iluminati. Oh aku tak cakap diorang ni puppet Illuminati atau Freemason...not directly, yes...tapi diorang jadikan Illuminati sebagai marketing strategy diorang. Sangat berkesan tau.

Sebab orang sangat alert dengan isu sensitif. Illuminati Freemasonry ni isu sensitif. Jadi bila SME dan YG buat MV selit2 unsur2 dua menatang ni memang menjadi la..memang keluar analisis review bagai. Hot debate gitu. maka naiklah populariti..

Aku tak reti buat review. Kalau nak baca review pergi google. Puas kot aku baca pasal MAMA MV - Illuminati (dan MV lain yang ada unsur2 berkenaan) ; ada yang bersungguh2 bash, ada yang bersungguh2 sokong idol dia, ada yang atas pagar buat review so-so sebab takut kena bash (ko jgn. kpoppers / netizens ni kalau dh mengamuk diorang boleh hack site ko.). MV tu memang seram, sangat bold, tapi CGI dia best, tapi seram. Lagu dia takyah dengar dua kali, nanti kalau dah sangkut kat kepala susah nk buang. Macam aku. eh

Jadi maaf entri ni terlalu panjang padahal aku nak kongsi gambar je. Isu MAMA ni pun dah so yesterday. Cuma tu la aku pun nak ingatkan diri aku dan diri korang...Kpop memang dah jadi trend sekarang. Don't get yourself swept away too. Aku ni sekejap hanyut sekejap berenang balik ke tepian. Sebab sejak tahun 3 aku dah tengok cerita Korea, susah nak kikis korea ni. yang penting kita jaga diri, jangan sampai berilahkan Korea. Nak melancong ke Korea takpe lagi, jangan sebab nak pergi fanmeeting ko sanggup tinggalkan solat. Jangan sebab nak tengok MV dia ko pergi lambatkan solat. Aku ingatkan diri aku. Dah lalai sangat dah ni.

Dan buat yang tak teringin pun dengan Korea, syabas. Tak payah dekati pun. Kalau nak tengok, tengok gitu je, jangan sampai lekat dalam hati. Teruskan, tak payah nak malu kalau tak tahu pasal Korea. 

Ok maaf agak emo. So here's the picture: [taken from kaoskakibau.] Err yang dah tengok MV MAMA - EXO, baru paham kot. 




Please respect other's language. This is for humor only. =)

k. entri tak bermanfaat sudah tamat. esok last paper. chiao.

Share:

1 comment:

  1. Kamek sik suka kpop tapi mewk suka cite korea.. Hihi..

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....