Friday, February 22, 2013

Teladan | Pencuri Mengajar Ayat Kursi

Salam alaykum =)

Alhamdulillah sedap sungguh cuaca hari ni. Allah tahu ada hamba-Nya yang basuh baju hehe =) Cerah berangin...rasa nostalgik pulak.

Kisah ni dipetik dari buku Shahih Bukhari (Terjemahan), 1997, Klang Book Centre, Klang. Hadis no.1122, ms 316-319(ii). Aku dapat dari buku diari Islam 1431-1433H (2010).





Hadis sahih Bukhari, dari Abu Hurairah r.a., katanya:

Rasulullah SAW menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. Saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah SAW."

Katanya, "Saya memerlukan, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat."

Kata Abu Hurairah: Kerana itu saya lepaskan sahaja dia.

Esok paginya Nabi SAW bertanya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?"

Jawabku, "Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya pun yakin dia akan datang lagi, kerana kata-kata Rasulullah SAW itu, lalu saya intip dia. Memang benar, dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan. Terus saya tangkap dia, sambil berkata, "Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah SAW."

Katanya, "Lepaskan saya. Saya sangat memerlukan, dan saya punyai keluarga. Saya tak akan buat lagi."

Saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia. Esok pagi-pagi Rasulullah SAW bertanya saya, "Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?"

Saya jawab, "Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."

Nabi bersabda, "Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."

Saya intip dia lagi untuk kali ketiga. Memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. Lantas saya tangkap dia seraya berkata, "Aku akan adukan engkau kepada Rasulullah SAW. Ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga."

Katanya, "Lepaskan saya, nanti saya ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." 

Kataku, "Apakah kalimah itu?"

Jawabnya, "Apabila kamu hendak tidurm bacalah Ayat Kursi. Allahu laa ilaaha illa huwal haiyul qayyuum...(hingga akhir ayat 255 Surah al-Baqarah). Maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."

Setelah itu saya pun lepaskan dia. Esok pagi Rasulullah SAW bertanya saya, "Apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu dia saya lepaskan."

Nabi bertanya, "Apakah kalimah itu?"

Jawabku, "Dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir, yakni Allahu laa ilaaha illa huwal haiyul qayyum...dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."

Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?"

Jawabku, "Tidak."

Sabda baginda, "Itulah syaitan."

Jadi...:

  • Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki, ambil wudhu dan baca Ayat Kursi, insyaAllah syaitan takkan dekati kita sampai pagi, walau dalam mimpi atau pada jasad kita yang sedang dimatikan sebentar itu. Dulu ustaz saya masa sekolah rendah, Ustaz Mazlan bin Mat Zin, pernah bercerita yang ada seorang hamba Allah ni sering amalkan baca Ayat Kursi sebelum tidur. Satu malam, seorang pencuri datang menceroboh rumahnya dan berniat jahat hendak membunuh hamba Allah yang sedang tidur ni tadi. Esok paginya hamba Allah ni bangun dan tengok pencuri tu di sebelah katilnya, dengan kaki terlekat dalam lantai rumah berkenaan. Masya Allah, hebat kan Allah? Apa pun boleh jadi dengan izin Allah =)
  • Sebenarnya ada banyak rahsia Syaitan yang pernah syaitan / iblis sendiri bagitahu pada Rasulullah SAW. Tujuannya ialah untuk kita persiapkan diri untuk tangkis serangan mereka, tak kiralah lahir atau batin. Dan syaitan datang dalam pelbagai bentuk, bukan hantu je ye =)
Yang baik itu datang dari Allah dan moga anda beroleh manfaat darinya. Yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri dan mohon ditegur ya! ^_^


Share:

6 comments:

  1. nice and good sharing dear...thanks... ^_^

    ReplyDelete
  2. hadith yang harus dijadikan pedoman hidup...hampir setiap malam (kalo kamek x lupak la) saya akan bacakan Ayatul Kursi untuk saya sekeluarga sebelum tidur

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. nice post :) smoga bisa bermanfaat untuk orang banyak .

    ReplyDelete
  5. Ala, mewk slalu jark lupak baca =( Gurin jark alu terus mata sa mowk tido

    ReplyDelete
  6. pesanan yg baik utk diamalkan semua..:-)

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....