Friday, February 22, 2013

Rebate RM200??

Salam alaykum =)

Kaifa halukum ? *apa khabar korang?

*Alhamdulillah, nahnu bikhair.*

Oleh sebab aku memang kaki tulis entri, jadi seminggu xupdate rasanya agak lama. =) Jadi perkembangan terbaru aku?

Orang tak tanya pun. Kan.

Nevertheless aku nak bagitau jugak. 

Ana sudah beli smartphone Android. kihkih bahagia~ Tak mahal pun. Tak branded pun. Sungguh, sebelum ni aku pun tak tau brand ni wujud. 




Ninetology Insight. 

Hoh apa tu?? 


Ni jenama smartphone Malaysia, under PKB, rebate RM200 tu.. aku pakai rebate beli handphone ni jadi harga dia cuma RM499 je. Beli kat kedai yang terima rebate tak perlu beli pakej pelan data / broadband. Kalau beli kat centre e.g Maxis Centre, Digi Centre, Tune Talk Centre etc, memang kena subscribe broadband. T&C applied. 

Bagi aku berbaloi beli handphone ni sebab aku tak semangat sangat nak beli upper-range Android Smartphones macam SIII, HTC One-X, Xperia P etc tu tapi aku nak beli handphone yang ada decent camera. Handphone ni ada kamera depan 2MP dan kamera belakang (utama) 8MP. Kira ok la kan. Lepas tu salesman tu cakap, handphone ni dia punya software ala2 SII gitu tapi aku tak expect sangat pun. Dalam erti kata lain macam tiru2 SII. Tak la amazing sangat *sombong*. Tapi serius cakap beli ni memang berbaloi. Kalau korang spesies yang tak nak spend banyak duit beli handphone la, macam aku. Lagipun teknologi handphone ni cepat je berkembang. Tak lama lagi Note II tu orang akan kata kuno.

Ramai orang tanya macamana nak apply rebate. 

1. Pergi google "Pakej Komunikasi Belia", dan klik search result yang atas sekali. Laman web SKMM - Pakej Komunikasi Belia. Klik permohonan dan isi borang.

2. Lepas habis isi dan pastikan maklumat semua betul, kalau permohonan diterima dia akan bagitahu terus. Tapi tak perlu cetak page berkenaan. Tunggu diorang hantar emel.

3. Bila emel dari Pakej Komunikasi Belia dah sampai, download pdf / attachment yang diorang hantar. Print dan simpan dalam purse.

4. Google handphone yang anda nak. Kalau nak beli dengan pakej pelan data / broadband sekali, boleh pergi ke laman2 web network services (Digi, Celcom, Maxis, YES, Clixter, Tune Talk, U-Mobile, etc) dan klik tab Services > Pakej Komunikasi Belia > Devices.

Pada asalnya aku nak beli ZTE Acqua. Harganya cuma RM299 selepas rebate. Bagi aku at least ada Android. ZTE Acqua ni agak berbaloi bagi anda yang tak pernah ada handphone Android sebab walaupun dia brand China, tapi pernah menang anugerah smartphone paling berbaloi dibeli. 




Jadi aku pergi tengok reviews yang orang buat. Bukan satu tau, semua kot aku baca, review dari Rachel, CleverMunkey, Siew Mann, Vernon Chan, Jackie Loi dan Prasys. Semua kira ok, 


Android 4.0 Ice Cream Sandwich,  
Skrin 4.0 inci
Bateri 1600mAh
1Ghz Processor Snapdragon
512 RAM
2.3 GB memory lebih untuk user 
Sound pun bagus

Cuma masalahnya yang kat Malaysia cuma ada unit yang kamera utama dia 3.15MP dan kamera depan 0.2 MP. Agak tak best la sebab bagi aku aspek kamera pada handphone itu penting sebab aku spesies suka tangkap gambar. Tapi harganya dah kira elok la.

Lepas tu aku buat ni:

1. Aku cari dealers yang ada senaraikan handphone ni dalam pakej PKB diorang. Yang aku jumpa cuma satu : Tune Talk.

2. Aku contact (emel) Customer Care di Tune Talk tu. Bagitau yang aku nak ZTE Acqua dan kat mana aku boleh beli. Dia akan bagi respon dalam 48 jam; dan bagitau kedai mana dekat dengan anda yang boleh offer handphone berkenaan. Bukan semua kedai handphone offer rebate tau. Cuma kedai yang ada letak label "PKB Rebate Offered Here" yang bagi. 

3. Customer Care tu kata aku boleh dapatkan di Wisma Saberkas, Amtec Marketing. Tapi masalahnya nak cari kedai tu pun dah semput, bila jumpa je diorang cakap handphone tu dah habis. 

4. Jadi aku cari di Mudah.my . Search ZTE Acqua dan tengok yang harganya RM299. Tengok dealer dan bawah specification tu dia ada cakap kedai mana yang jual unit ni dan terima rebate SKMM tu. Bagi aku kedai yang paling hampir ialah Aaron Teleshop, Plaza Merdeka. 

5. Jadi aku bawa slip baucer rebate, kad pelajar dan IC dan pergi kedai tu tanya stok ZTE Acqua ada lagi tak? Tapi dia cakap takde. Mulanya aku tak jadi beli apa2 handphone pun. Tapi lepas tu aku dan roomate pergi lagi kedai tu tanya betul ke takde? Dorang cakap betul dan kata handphone yang masih boleh dibeli dengan rebate tu cuma tinggal Ninetology Insight dan Stealth II. Black Pearl II pun dah habis. Mulanya aku tak berkenan sebab harga dia over RM200 dari bajet aku tapi bila tengok betapa cantiknya handphone ini dan segaknya kamera dia, terus aku beli. Roomate aku pun tak tahan nak jugak. Jadi sekarang kami dua2 ada handphone yang sama =_="

Dan kesimpulannya aku tak jadi beli ZTE Acqua tapi Ninetology Insight instead.   

Apa yang best sangat Ninetology Insight ni? Dah la brand Malaysia...

Ehhh jangan main2. Walaupun tak segah SIII dan Note II dan iPhone 5 yang tengah hangat (hangat ke?) dipromote kat tv sekarang, Ninetology Insight ni agak berbaloi tau. 

1. Macam aku cakap tadi, dia built in almost like SII.
2. Dual SIM.
3. Dual core processor 1.0 GHz
4. Bateri 1800mAh
5. Android Ice Cream Sandwich 4.0.4
6. Rear Camera 8.0mp, front camera 2.0mp dengan dual LED flash. Boleh pilih scene, gaya shot, white balance dan ada shot panorama etc.
7. HD Video Recording.
8. Skrin 4.3 inci.
9. Berat cuma 160 gram
10. WiFi ada, boleh jadi portable hotspot via fungsi tethering dan dengan bantuan simcard broadband =)
11. Screen sensitivity agak sharp. 
12. Tak rasa se-plastik ZTE Blade dan Ninetology Black Pearl II. Sleek design dan agak cantik =))
13. And many more. Discover yourself. Buy one today!

Kalau nak baca review boleh tengok sini dan sini dan page Ninetology. Cuma yang kurang bestnya ialah casing yang ada di pasaran sekarang cuma ada satu jenis je. Yang cuma cover belakang (back snap cover case). Standard harga casing dia RM48, tapi kalau anda bertuah boleh cari casing yang sekali dengan screen protector FREE atau dengan harga less.

Aku beli protector je. Hu menyesal.

Btw, kalau nak info lanjut, boleh tanya pada ruang komen. Dialu-alukan. Insya-Allah nanti aku buat hands-on punya review sekali dengan gambar =)

Share:

23 comments:

  1. This phone looks cool tho walaupun Malaysian-made. Hehee.

    ReplyDelete
  2. Belilah barangan Malaysia...tahniah kerana dpt RM200 haha

    ReplyDelete
  3. Waahh best dia dpt hp baru...nak tanya, email yg diorang bg tu lambat x? sbb dah register, dia ckp lulus, tp x print la...pastu sampai skarang x dpt pape email lg..huhuu

    ReplyDelete
  4. Tengok komen cam positif..cam berbaloi baloi je beli,....apaun duit booking dah bayar amik 9tology insight

    ReplyDelete
  5. so.... kalau nak beli hp yg harga dlam 1k mcm tu mmg xleh lah guna rebat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. beli iphone5 dan Samsung S IV boleh, tapi depend pada orang kedai tu la. Kalau dia nak jual, dia jual, kalau tak, tak la. Tapi kan, kalau dh mampu beli hp 1k, apa sangat laa RM200 tu kan. Rasa mcm buang taik idung je kot. heheh.

      Delete
  6. Ad sstgh kedai yg tab pn bole pki rebat so ✗ mustahil la hp 1k pn leh pki rebat k, btw psl emel tu mmg lmbt sb sy isi awl feb tp dpt notify dr pkb tu mgu lps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya apply dulu dalam seminggu je dah dapat baucer (emel). Sekarang agak lambat sebab ramai yg dah apply, jadi ada persaingan . Kena sabar je la kan. Kalau untung tak lari dikejar.

      Delete
    2. sy dpt baucer (email) dlm tmpoh 1 hari je, tp apply bln 1 hri tu.. tp tarikh luput dia 1 bulan je.. xsmpat nk beli pas2 dpt email tarikh dilanjutkan smpai bln 21/4/2013.... hehe..sblm tamat tarikh luput kali ke2 akan ku beli guna rebet rm200.. nipn tngh usha2 lg nk beli tepon ap.. huhu.. ;)

      Delete
  7. salam..hai..fiqah dah beli hp guna rebat skmm ni jugak..thanks sebab share info ni haritu! ;)
    http://lovep-qah.blogspot.com/2013/03/pakej-komunikasi-belia-skmmrebat-rm200.html

    ReplyDelete
  8. ada no.kedai Aaron teleshop tu x?

    ReplyDelete
  9. kalau yg dah daftar tp tamat tmph plu daftar lagi or kna reniew balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sebulan lagi kalau tak silap, untuk pohon balik. boleh rujuk website skmm untuk maklumat lanjut =)

      Delete
  10. SIYES ENTRY NI SGT MEMBANTU SYA YG BARU JEK MOHON PKB SBNTAR TADI...HEHE... BTW ENGT NA CARI ENST COKIA JE..NA BELI TUK MAMA...BUT MMBER SMUA CKP ENST TUK REBAT NI SMUA YG TOUCH SCREEN...HADOI...MANE LA MAMA I TAU NA GNE TOUCH2 NI..TA PASAL2 I YG JADI S/U TA RASMI DIA KANG..ASIK2 NA KOL I YG KNE TEKANKAN..HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe...pegi kedai dulu dan tengok kalau dia nk jual henset bukan touch screen dan terima rebate tu =)

      Delete
  11. bentuk lebih kurang mcm XPERIA J... tp spec fon ni jauh lg bagus sbb XPERIA J punye spec mcm sampah..

    ReplyDelete
  12. tumpang Kali..Ok sp mahukn price supplier pm me..tq..insyaallah berjimat100,200 asl berbaloi mahalkn 1 pembaziran..0123446862. Utk pertanyaan ty

    ReplyDelete
  13. saya nak tnye...penggunaan bateri dia mcam mana..tahan ke

    ReplyDelete
  14. Bateri dia so far mcm smartphone biasa. kalau slalu sgt main game and online paling2 pun tahan sehari. kalau biar dia standby je insyaAllah tahan dua tiga hari mcm tu.

    ReplyDelete
  15. nak cari kedai yg terima rebat ni susah. saya nak cari yg qwerty la, sbb touch screen ni agak susah..

    ReplyDelete
  16. bp yer harga smartphone ninetology tu

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....