Salam alaykum =)
Semacam nak buat summary.
KURSUS PEGAWAI TEKNIK GRED 3|
Alhamdulillah Rabu - Jumaat lepas aku dah ikut Kursus Asas Pegawai Teknik Olahraga supaya bila dah jadi cikgu nanti aku boleh terlibat dalam jawatankuasa sukaneka / sukan sekolah.
Aku suka.
2 hari sesi ceramah menghabiskan 91 muka surat buku peraturan Olahraga KOM 2012-2013 yang tulisannya mungkin menggunakan font Times New Roman saiz 8 dengan spacing 0. Adalah beberapa ketika aku pancing ikan tapi sedaya-upaya nak fokus sebab nak habiskan buku tu sorang-sorang kompom tak mampu.
Dan pada hari ketiga kursus kami habiskan lebih kurang 2 jam untuk sesi praktikal, bukanlah praktikal tapi lebih kepada lawatan di tempat lapangan, untuk simulasi dan penerangan lebih jelas lagi tentang semua tugas (yang asas la) dan pegawai2 yang terlibat dalam acara berikut :
1. Lompat Jauh & Lompat Kijang
2. Penjaga Masa & Hakim Penamat
3. Pelepas, dan acara lari 400m, 800m, 1500m (secara tak langsung buat amali larian)
4. Rejam Lembing
5. Lontar Peluru
6. Lompat Tinggi
7. Lempar Cakera
8. Lari Berhalangan
Dan aku enjoy sensorang tangkap gambar. Nanti aku update ngeheheh
Walaupun sunburn tapi perasaan berada di balapan dan padang sukan tu sangatlah best (^_^). *muka tegang dan hitam
MAKAN DOA SELAMAT|
Dan pada waktu malam Jumaat tu ada majlis bacaan doa selamat masuk bangunan baru - Blok Pentadbiran - yang dah siap tu.
Taken from FB page Masjid al-Muallimin IPGKBL. Credit to Sumanti.
Tayangan video ceramah
Laungan azan di kesemua tingkat bangunan serentak dengan azan Maghrib
Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat berjemaah
Bacaan Yassin berjemaah
Solat Isyak berjemaah
dan Makan =) Nasi Briyani.
Dan ya of course aku sentiasa dilihat berusaha menapau nasi lebih.Tak, tak, aku bukan tak tahu malu. Dah orang suruh tapau, takkan nak tolak, rezeki tu. Di samping mengelakkan pembaziran. Sambil kemas2 haruslah makanan lebih diasingkan ke tepi untuk senang aku tapau nanti. Lepas tu duduk meja VIP habiskan buah-buahan dan air sirap.
Tapi ada yang ambik kesempatan suruh aku tapau semua bawa balik. Dan ini yang terjadi.
Briyani Cap Junjung.
Nah. Lepas tapau tak ingat dunia. Tak tahu siapa nak habiskan.
Aku tidur awal malam tu jadi aku tak tau siapa yang makan. Cuma adalah See Ling ngan Anis datang ambik sebab Nisah ajak. Buntu kitorang tak tau nak ajak siapa lagi makan sebab dah tengah malam dah tu mesti ramai yang dah kenyang. Tapi esok paginya talam tu kosong heheh.
TAKLIMAT PENULISAN DAN DISKUSI BUKU|
Dan esok paginya, Sabtu, aku terlibat dengan satu program anjuran PROFES. Asalnya aku ingatkan program under HEP ni macam program biasa2 - dengarnya taklimat penulisan je. Jadi aku pun ingat 'oh dulu masa 2007 aku pernah ikut bengkel penulisan. Sambungan kot.' Tapi yang hadir hari tu ialah professor2 madya, orang2 kuat penulisan macam Jais Sahok dan guru-guru yang dah senior. Bukan calang2 taklimat ni.
Mula dari jam 8 pagi sampai kira-kira 10 pagi, satu taklimat ringkas berkenaan penulisan thesis dan jurnal akademik oleh Professor Madya Simon Faizal Hakim dari UiTM. Terkejut beruk aku. Lagi2 dia cakap awal2 yang dia mungkin akan bercakap lebih tentang jurnal akademik sebab ramai yang hadir masa tu ialah orang2 yang sedang tulis thesis Master. Brrr kerdilnya diri.
Keseluruhan taklimat ringkas tu dalam Bahasa Inggeris. Tiba2 aku perasan study overseas, ambik kuliah dalam bahasa Inggeris. hwhwhw mimpilah kau mimpi.
Associate Professor Simon Philip Botley @ Faizal Hakim.
Alhamdulillah ramai cendekiawan Islam zaman sekarang =)
Tajuk taklimat beliau ialah "Writing for publication: Getting Started". Aku rasa tajuk ceramah ni agak kacang bagi beliau memandangkan beliau dah banyak hasilkan jurnal pendidikan. Kalau aku nak kongsi semua isi ceramah beliau...agak mustahil ye sebab dalam kelam-kabut tangkap apa dia cakap (walaupun dia cakap slow2, tapi RAM otak aku agak lembab pagi tu), dan mostly aku tak tulis nota. Adoyai bila overestimate diri boleh hafal semua benda sekali tengok je...
Jadi dalam nota yang aku tulis, ni yang aku rasa dapat kongsikan.
Strategies for turning your thesis into a book.
1. Think carefully & consult your supervisor. (No man is an island -quote)
2. Write a prospectus including:
- What your book is about.
- Why it is important.
- A proposed table of contents.
- Likely audiences for this book.
- Likely adoption on specific programmes.
- Competing similar books, if any.
- Proposed revisions.
- Optionally - a sample chapter or two.
3. Choose a good publisher
- Make contacts & networks (Mencari publisher yang bagus dari satu sumber saja tak berbaloi kan? Biar thesis kita lambat diterbitkan, sebab semakin lama masa diambil untuk thesis tu diterbitkan, semakin ramai sebenarnya ahli akademik yang dah review thesis tu, menjadikan ia lebih berkualiti dan thrustworthy untuk dijadikan rujukan.
- Self-publish or not? (Zaman sekarang ada publisher yang bergerak secara online. Anda cuma bayar dan mereka lakukan selebihnya untuk anda. Tapi tak pasti samada yang review tu ialah ahli akademik yang berkaliber atau sekadar 'orang sebelah rumah'. Dan adakah orang yang baca e-thesis / e-jurnal anda akan yakin 100% untuk mengambilnya sebagai rujukan mereka.
4. Revise your thesis in-line with editors and reviewers' comments.
- This is ongoing (Proses memurnikan ni perlu berterusan bagi menjamin kualiti sebab setiap kesalahan atau kekurangan yang baru dijumpai boleh terus dibetulkan atau ditambah)
- Think of the audience (Mungkin skop audiens / pembaca anda akan bertambah)
- Revise structure & metastructure
- Remove all the 'thesisy' bits (Oh sorry did I forgot something? Heheh sedari tadi aku dok sebut thesis. Maaf. bukan thesis, tapi journal article. Berbeza ya. Sebab thesis ni skop pembacanya lebih kecil, paling minimum 3 orang je : penasihat anda dan 2 orang reviewer. Sedangkan artikel jurnal meletakkan target pembaca lebih luas sebab aim dia ialah untuk dijadikan bahan rujukan. So in short, journal article is more reliable than thesis)
Cara dia cakap thesis tu macam kacang buat aku menggigil. Buat esei saja dah semput. Apatah lagi thesis. Dan dia cakap senang??
Lepas tu minum pagi. Aku makan bihun sorang2 sebab takde member lain yang ikut (nama aku je yang sangkut). Lepas tu balik ke dewan kuliah dan tengok kartun kat henpon. ^..^
Dan sesi seterusnya ialah diskusi dua buah buku oleh dua orang professor madya jugak. Sebut nama professor madya ni aku rasa macam masuk drama kolej *hei merapu*
Prof. Madya Nor Asiah & Prof. Madya Nordin Ahmad
Pembentang pertama Professor Madya Nor Asiah. Beliau ni pernah jadi guest speaker untuk satu konferens melibatkan pakar2 neurologi di Tehran, Iran. Jadi pasti anda dapat agak apa genre buku yang dia tulis dan yang dia akan bentang hari tu. Aku tak ingat tajuk buku dia tapi yang pastinya tentang kanak-kanak istimewa yang mengalami masalah colour-autistik. Kanak-kanak ni agak lambat melakukan perkaitan (which is very vital for learning development) sebab hemisfera kiri dan kanan otak dia sukar nak berhubung. Kanak-kanak ni dia nampak sihat dari luaran tapi macam dalam case study prof ni dia cakap ada yang tak pandai menulis walaupun dah masuk Tingkatan 1. Mak dan ayah budak ni tak faham kenapa anak dia dilabel 'bahlul' oleh cikgu dia sedangkan anak dia nampak normal. Masya-Allah aku tak ingat apa tajuk dia tapi aku ingat cover depan dia ; satu stripe kuning dengan gambar otak besar, latarbelakang putih.
Professor Madya Nordin bin Ahmad, pembentang seterusnya mengemukakan dua buku, yang mana kedua-dua buku bercerita tentang kesan penggunaan pujian dalam peningkatan prestasi pelajar. Masa sesi Q&A, penulis Cikgu Jais Sahok dari SMK Batu Kawa menganjurkan yang sebenarnya guru2 di sekolah yang perlu didedahkan dengan kepentingan pujian terhadap murid-murid, walaupun murid sekolah menengah. Even aku kat IPT dah ni pun perlukan pujian dan dorongan. Fitrah manusia.
BUKU BARU|
Dan sekali lagi alhamdulillah kali ni dapat baucar buku BB1M lagi, dan nilainya bertambah jadi RM250! Dan macam biasa aku excited rancang nak beli buku dan alat tulis apa tapi tersasar beli barang lain. =_=" But they're still books.
1. Furu' Al-Masa'il wa Usul al-Wasa'il *RM80
(terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani)
tak rugi beli. Grab yours today!
2. 1Q84 by Haruki Murakami *RM52.90
(International Edition. Translated from the Japanese by Jay Rubin and Phillip Gabriel)
oh maaf kulit dia cepat je melengkung. Dari tahun lepas aku dok usha buku ni tapi tak mampu nak beli huhu.
Tadi masa masuk MPH tu automatik sesak nafas sebab tengok orang ramai giler. Bila orang dah ramai, buku-buku yang dijual tu jadi semacam tak best heheh jadi aku pilih untuk beli buku-buku ni sebab dah lama nak beli.
Belek-belek buku Hilal Asyraf, 'Batu-bata Kehidupan' dan jumpa quote ni.
Jadilah da'ie yang berblog.
Bukan sekadar blogger berdakwah.
Yup. Jangan lemas berblog.
rajin kitak g program2 kedak towk ow.. good.. Good.. =]
ReplyDeleteTaklimat penulisan tu mcm menarik saja, bagi blogger yg amatur mcm saya ni, rasanya bagus juga ikut program sebegini hehe...
ReplyDelete