Salam alaykum =)
Aku jenjalan pergi blog The Rocking Hijab tadi dan pergi ke blog dia yang lagi satu = Being FST.
Dan baca entri dia tentang Ahn Jun Sung, seorang pemain violin yang banyak buat cover lagu tanpa skor muzik, which is by listening. Not entirely about him though because the whole idea is about dream.
I have ears too. Why can't I?
It has to do with something called WILL.
(Not Will Smith. Duh!)
Now I have one real story to tell.
Adik aku namanya Murni Amirah. Sekarang 16 tahun dan sangat gilakan muzik. Kalau setakat gila melalak tu perkara biasa heheh tapi this one have really great love towards music. And for diverse genre too.
Dia bukanlah jenis orang berjaya yang sejak baby memang attracted pada alat muzik atau lagu-lagu orkestra tidaakk bahkan kami tak perasan pun minat dia ni sampailah satu insiden.
Masa tu aku 13 tahun, and she's 7.
Adalah satu pagi ni aku tak dapat tidur. Masa tu kira-kira pukul 4 lebih kot, dan aku seriously tak dapat tidur sebab tak kena kipas haha. Jadi aku pergi ke ruang tamu dan untuk hilangkan rasa seram sebab duduk sorang2 maka aku buka radio ASTRO, Channel OPUS. Sila google kalau tak tahu. OPUS ni channel yang siarkan lagu-lagu klasik, persembahan orkestra dan solo / accompaniment. Jarang nak dengar suara orang sebab DJ pun tak ada. Aku suka sebab it's a great lullaby.
Jadi tak lama lepas tu adik aku ni pun bangun dan join aku kat ruang tamu. Aku tak perasan bila sebab bila aku bangun je jam dah pukul 6 dan adik aku tengah baring kat lantai.
Radio OPUS tu tak ditutup sampailah semua orang bangun. Dan memandangkan aku dah tak duduk di ruang tamu lagi jadi semua orang salah sangka dan gelak kat adik aku sebab dengar lagu orkestra. Walaupun aku tak tau part mana yang lawaknya tapi aku pun gelak sama walhal aku yang buka radio tu. Adik aku mmg innocent dia ye2 je.
Dan selepas tu makin selalu la dia buka radio berkenaan. Aku tak berani dah sebab takut kena gelak (apakah?) dan bila kakak2 aku tukar ke channel lain aku tak halang sebab diorang kata:
"Haiyo mesti Mirah yang buka ni kan hahahaha."
Jangan tak tau budaya mengejek dan mengusik dalam family aku ialah sesuatu yang common dan boleh merapatkan silaturrahim =D
Beberapa tahun kemudian...2007.
Ayah aku cikgu muzik. Satu hari dia bawa balik keyboard untuk compose lagu untuk pasukan boria sekolah dia. Dan keyboard tu ayah letak la di rumah kalau tak silap seminggu. Dan dalam tempoh tu adik aku ni asyik usha2 keyboard ayah; mula2 tu main tekan2 je pastu sedar tak sedar, not yang dia tekan2 tu dah menjadi lagu.
Dan suddenly semua gatal nak main jugak. Nak buktikan yang main keyboard ni senang kot. Tapi aku give up awal sebab memori tak kuat. Aku main yang muzik demo tu je haha.
Macam-macam cara kitorang guna, habis berconteng keyboard hak sekolah tu dengan nombor dan huruf. Kitorang pun ada music score tau heheh. Setiap key ditanda ikut susunan 'kedudukan dia dalam lagu'. Haha nasib baik 54-key je kalau piano betul tak tau la macamana. Masa ni tak reti buat chord lagi, jadi main pakai tangan kanan je la.
Lepas beberapa hari ayah aku bawa balik ke sekolah mungkin sebab tak tahan tengok keyboard berconteng kot. Lagipun tak dapat dia nak compose lagu sebab asyik kitorang je yang conquer. Maka sunyilah rumah untuk seketika.
Lepas tu ayah aku bawa balik xylophone. Dia tak cakap apa2 tapi xylophone tu masih dalam rumah lagi jadi rasanya dia punya. Adik aku ni pun gatal tangan cuba. Yang dia tau cuma susunan pitch, tapi dia boleh buat balik lagu-lagu yang dia cuba mainkan dengan keyboard dulu tu. Padahal takde siapa pun yang ajar.
Rasanya ayah aku nak buat eksperimen kot. Sebab lepas tu dia tunjukkan modul2 oum dia dan buku2 muzik suruh kitorang belajar macamana nak baca music score. Tapi semua buat dunno haha malas sebab susah kot. Pening.
Tapi memandangkan xylophone tidak se-exciting keyboard / piano, kami tak main lama. Tapi adik aku yang sorang ni setiap hari buka, setiap hari ada saja lagu baru dimainnya. Masa ni kami mula request lagu dari dia.
"Mirah lagu Mirai."
"Mirah lagu UNIC." etc.
Dan quite amazingly she did composed the cover for those songs we requested. Walaupun agak sukar nak mainkan chord, but she tried.
Then we tried too. But failed. Ok it was just me.
Then an idea struck us.
"Kita hantar Mirah pergi piano lesson?"
"Tapi mahal. Lagipun, mana?"
Lawas is just a small town and piano lessons is just too expensive and plus, it's not for a day only! Dan adik aku ni sekolah berasrama.
So we sort of buried that idea. But sometimes it floats up again whenever we're just too amazed by the sound of her composing new songs.
Sebab xylophone tu diletak atas meja di ruang tamu jadi bila kazen mazen pakcik makcik datang diorang akan mintak adik aku ni mainkan apa2 lagu untuk diorang. Ada la bangga sikit.
Lepas tu ayah aku bawa balik keyboard lain. Keyboard ni ayah aku cakap dia bagi kat adik aku ni. Keyboard lama la tapi adik aku suka sungguh. Semenjak tu dia selalu melekat depan keyboard tu dan kami pun pandai rajin cari piano tutorial dan lagu-lagu piano solo atau cover anime (sebab dia minat) dengan tutorial piano cover macam lagu Naruto dan Fruits Basket dan It's only a Fairytale by Mai Hime. Aku enjoy tengok dia main sebab nampak beno bersungguhnya. You know, that sisterly feeling =D
Dan buka channel OPUS isn't something laughable sebab semua dah suka dengar lagu orkestra, piano / violin solo /accompaniment dan lagu-lagu klasik. Kitorang siap download lagi. Masa tu baru perasan yang lagu sedih2 yang selalu kitorang dengar buat background slideshow majlis perpisahan dulu2 tu ialah lagu2 Kitaro ^_^. [Kitaro - Aengemiya]
One day keyboard dia rosak. Kesian. Ayah aku dah repair beberapa kali dah tapi useless. Sebab selalu sangat main kan. It's kinda heartbreaking watching her trying to repair it herself too and her longing gaze at the broken keyboard afterwards.
Kemudian dia jumpa recorder ayah, which was used by my oldest sister when she took music classes in sekolah rendah. Dan sejak hari tu dia asyik main recorder tu dan mainkan lagu2 yang dia pernah main masa main keyboard tu.
Pendek kata, baling je instrumen apa pun dia akan main jugak. Tapi recorder ni dia main sorang la sebab...recorder tu...ditiup. heh. you know why. =D
Dan kesimpulannya, walaupun aku pun dah reti baca music score dan main sikit2 ikut skor berkenaan [hasil kelas Seni dalam Pendidikan, PISMP Sem 4] , tapi adik aku tetap the best, sebab dia guna telinga je.
Everything that she listens to, even rock music, she'll transfer it into piano cover / xylophone cover / recorder cover. I wonder if we got violin after this. Who knows, the house itself is a treasure chest =D
And she didn't even attend any music classes. She only got the WILL to learn music.
Dan dia suka melukis. Memang jiwa seni la adik aku ni.
[was reading this: Yoona's Malaysian Doppelganger]
she's talented though...hopefully bakat dia x terkubur di situ saja... ^_^ In Shaa Allah... amin...
ReplyDeleteNanti kitorang nak belikan piano utk dia. Cukup la yang kecik je =)
DeleteRemind me when i was just a little boy. Dulu saya bukan budak yg aktif sgt, selalu duduk di rumah saja. Situasi saya sama mcm adik anda, tgk instrumen ayah mcm kibod ataupun gitar, terus gatal tgn nak cuba main, alhamdulillah minat tu terus melekat sampai skrg...saya pun sama mcm adik anda...self-taught dan xda sebarang formal education dlm muzik, skrg zaman dah moden, kita boleh tgk tutorial video di youtube, senang saja kalo dah minat...pesanan saya, biarlah adik anda minat dgn dunia dia...kalo nak pergi jauh pun why not kan? Cuma pesan saya yg satu lagi, jgn jadikan muzik sebagai benda cari rezeki yg utama cth nya nak jadi full time musician...trust me, i've been there and done that, the industry is not as pretty as u think....besederhana saja hehe....ikhlas dari saya
ReplyDeleteYup. as expected from an expert. Bapak kmk pun xsokong rasanya kalau nya mok jadi musician full time.
Delete