Salam alaykum =)
Seharian ni penat bersegmen dan blogwalking, jadi moleklah kiranya aku nak tutup entri kali ni dengan sebuah cerita yang diambil dari buku 87 Kisah-kisah Teladan.
Isteri Khalifah Umar al-Khattab telah dihadiahkan seutas rantai emas oleh seorang pembesar Rom. Namun ternyata Khalifah itu tidak menyenangi isterinya memakai rantai itu.
Khalifah Umar pun bertanya:
"Dari manakah engkau mendapat rantai ini?"
Isterinya menjawab, "Ini adalah hadiah dari isteri pembesar Rom. Bukankah semalam dia telah datang ke sini bersama suaminya?"
"Kalau begitu engkau tidak berhak memakainya. Ia adalah milik negara!" kata Khalifah Umar tegas.
"Mengapa pula? Bukankah isteri pembesar itu yang menghadiahkan rantai ini untukku, bukan untuk negara!" Isterinya tidak berpuas hati.
"Sekiranya aku bukan khalifah, adakah engkau pasti akan mendapat hadiah darinya? Tentu tidak! Berapa ramai wanita di Madinah, tidak ada seorang pun yang mendapat hadiah darinya. Oleh itu, hadiah ini ada kaitan dengan negara!" Khalifah Umar menjelaskan.
Barulah isterinya memahami mengapa Khalifah Umar bertegas dalam hal ini. Dia terus membuka rantai itu dan diberikan kepada suaminya untuk diserahkan kepada Baitulmal.
Hmmm... Kalau la pemimpin kita macam tu, boleh bagi pendidikan percuma kepada semua rakyat! ;)
Wow! Betapa adilnya khulafa ar rasyidin di zaman dahulu...mampukah pemimpin kita di zaman ini berbuat demikian? Renung2kan...
ReplyDeleteNice sharing =D
ReplyDeleteFantastic post but I was wondering if you could write a litte more on this topic?
ReplyDeleteI'd be very grateful if you could elaborate a little bit more. Cheers!
Feel free to visit my website ikea furniture assembly service
apa aku tahu kan, kalo pemimpin negara dapat hadiah dari pemimpin negara lain, hadiah tu kena declare, dah tu tak boleh gunakan sebagai harta peribadi, samada kena hantar muzium, atau jadi pameran kat bangunan rasmi kerajaan, atau dalam stor kerajaan.
ReplyDeleteSo what that khalifah did was right.
Tapi kan, tak tahu la ada pemimpin yang dapat hadiah gini jadi undertable gitu hehe.
zmn sekarang susah nk cri mcm tu kan. #subhanallah mulia nya khalifah umah kita. :)
ReplyDelete