Tuesday, February 12, 2013

Edisi Khas Pre-Valentine | Pemuda Berwajah Buruk

Salam alaykum =)

Seorang pemuda amat merasa sedih kerana wajahnya amat buruk. Kulitnya gelap, hidungnya lebar dan matanya seolah-olah juling. Namun dia amat rajin beribadah.

Dia amat bimbang dengan keburukan wajahnya itu tidak dapat memasukkan dirinya ke Syurga. Pada suatu hari dengan rasa sedih dia bertanya Rasulullah SAW:

"Adakah dengan keadaan seperti ini saya boleh memasuki Syurga?"
"Sudah pasti tiada halangan bagimu, asalkan engkau rajin beribadah dan ikhlas. Kerana di hadapan Tuhan, semua manusia adalah sama. Orang yang mulia adalah orang yang paling bertaqwa kepada-Nya." jawab Nabi SAW.

Pemuda itu sungguh gembira. Dia berkata lagi, "Wahai Rasulullah, saya telah terpikat kepada seorang gadis cantik, anak kepada seorang sahabat dari suku Ansar. Tolonglah pinangkan gadis itu untuk saya."

Rasulullah SAW memberi cadangan kepadanya supaya dia sendiri pergi menemui orang tua gadis itu dan mengatakan dia mewakili baginda meminang anaknya untuk dirinya.

Pemuda itu pun pergi menemui ayah gadis itu dan menyatakan apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW kepadanya.

Ayah gadis itu menyangka Rasulullah sendiri yang ingin mengahwini anaknya, jadi dia sangat gembira dengan peminangan itu. Katanya, "Rasulullah menyuruh kamu melamar anakku? Sesungguhnya ini merupakan penghormatan buat keluargaku. Katakan kepada Rasulullah, aku menerima pinangannya."

Pemuda itu menjadi serba salah kerana orang tua itu telah tersalah faham. Namun dia mesti menjelaskan kedudukan sebenarnya. Dia pun berkata, "Tetapi maksud Rasulullah, baginda melamar anak tuan untuk dijadikan isteri saya."

Orang tua itu merasa terkejut dan marah. Dia menyangka pemuda itu telah mempermain-mainkan mereka. Pemuda itu dihalau keluar disertai dengan kata-kata kesat yang menghina wajahnya.

Pemuda itu dengan segera berlalu dari situ. Dia merasa amat sedih kerana keburukan wajahnya telah menyebabkan peminangannya ditolak dan dirinya dihina.

Gadis yang dipinang itu telah mendengar perbualan ayahnya dengan pemuda itu. Dia bertanya kepada ayahnya mengapa menolak peminangan Rasulullah SAW itu.

Ayahnya menjelaskan, "Sebenarnya kamu dipinang untuk menjadi isteri kepada pemuda itu, bukan untuk Rasulullah."

"Walaupun begitu, Rasulullah telah melamar saya untuk menjadi isteri orang lain. Saya menyukai pemuda itu dan mahu menjadi isterinya." kata gadis itu dengan lembut.

Kata-kata itu telah membuatkan orang tua itu tersentak dan sedar kesilapannya. Dia merasa kesal kerana telah menolak peminangan Rasulullah.

Dengan segera dia pergi menemui Rasulullah SAW. Ketika itu Rasulullah SAW ada bersama pemuda itu yang sedang dalam kesedihan. Baginda menyambut kedatangan ayah gadis itu dan bertanyakan keputusannya. Lelaki Ansar itu menyatakan dia menerima peminangan itu tetapi dengan syarat mas kahwinnya adalah sebanyak 700 dirham.

Kemudian ayah gadis itu berlalu pulang. Walaupun peminangannya telah diterima, namun pemuda itu masih lagi bersedih. Rasulullah bertanya kepadanya mengapa masih bersedih sedangkan lamarannya telah diterima.

Pemuda itu menerangkan bahawa dia adalah seorang yang miskin. Oleh itu, dia tidak dapat menyediakan wang sebanyak yang diminta.

Rasulullah tersenyum mendengar penjelasannya. Baginda berkata, "Pergilah kepada tiga orang sahabatku iaitu Abu Bakar, Uthman dan Abdul Rahman bin Auf. Katakan bahawa kamu memerlukan mas kahwin dan aku yang menyuruhmu."

Pemuda itu melakukan sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. Dari ketiga-tiga orang sahabat itu, dia mendapat 900 dirham, telah melebihi dari apa yang diperlukannya.

Dengan wang itu, 700 dirham sebagai mas kahwin dan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan keperluan perkahwinannya. Ketika barang-barang yang dibeli akan dihantar ke rumah gadis itu, terdengar seruan di jalan-jalan Kota Madinah.

"Al-Jihad! Al-Jihad!" yang bererti panggilan untuk ke medan perang. Ini adalah pengumuman untuk mempelawa kaum Muslimin menyertai perang Uhud.

Penggilan tersebut telah menyebabkan pemuda ini melupakan hasratnya ketika itu lalu dia bergegas menggunakan wang 700 dirham tadi untuk membeli seekor kuda dan senjata. Kemudian dia turut serta bersama para tentera yang lain menuju ke medan pertempuran.

Dalam peperangan itu, pemuda tersebut telah gugur sebagai syahid. Inilah idamannya yang lebih utama, memasuki Syurga!

Moralnya sahabat sekalian:
  • Apa yang penting ialah keredhaan Allah, jihad di jalan-Nya lebih baik dari segala sesuatu yang lain, termasuklah kahwin.
  • Mak ayah dan anak-anak dara serta anak-anak bujang sekalian, tak perlu pilih rupa. Zaman sekarang rupa tu tak menjamin apa-apa, sekalipun dia cantik / handsome dan anak orang kaya, yang penting budi dan kesungguhannya untuk menjaga anda. Kalau kacak tapi cuma kaya harta mak bapak pastu malas nak kerja, saya pun tak nak ;)
  • Jangan berputus asa tau. heheh.
  • Dan oh ya, couple itu tidak menjamin apa2. Wahai si anak dara, cabar si dia untuk bertemu mak ayah dan katakan hajat untuk memperisterikan anda. Kalau dia berani, dia akan buat. Kalau dia tak ada duit, dia tidak akan selalu bazir masa dating dengan anda / bazirkan duit beli reload semata-mata nak bergayut dengan anda saban malam - dan akan sentiasa kumpul rezeki halal untuk kahwin dengan anda. Yang ni lebih berbaloi buat teman!
Dipetik dari 87 Kisah-kisah Teladan karangan Abu Mu'az, terbitan Nasyeed Edutainment Publishing.
Share:

7 comments:

  1. Nok tok la saya suka baca blog kitak..nasihat mcm tok harus dibaca oleh semua kita x kira apa agama sekalipun...haha nice! Mok share dgn bini mek lok haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekali-sekala molah entri bermanfaat. X la slalu gilak merapu. =D Haha share la. Moga bermanfaat =)

      Delete
  2. Insya Allah kamek akan cabar gerek mewk.. Hahaha.. Semperena kamek eh, ruk sem 1 dah rengat nak kawen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai kan bagus mbina masjid awal. Syaitan kecewa bila ada anak Adam yang kahwin muda. Xsalah kmk dekat IPTAR tok ajak dh rami kawin. Semenjak sem foundation gk ya. Ada yg dh beranak dh pun =)

      Delete
  3. nice sharing dear :)
    jom join segmen saya yang terbaru ! :)
    http://heartylolipop.blogspot.com/2013/02/segmen-miss-hearty-mencari-bloglist.html

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....