Sunday, February 10, 2013

Edisi Khas Pre-Valentine | Cinta Khadijah

Salam alaykum =)

Alhamdulillah hari ni masih sihat segar dan gembira. Alhamdulillah sekali lagi.

Pagi ni (10.30 . Ya masih pagi.) aku terbangun sebab dengar pengumuman di luar foyer hostel:

"Perhatian kepada semua penghuni asrama, boleh dapatkan makanan tapau di luar foyer asrama sekarang. Terima kasih."

Thank YOU my dear! Aku terus bangkit dari tidur, literally bangkit buka mata dan bangun cuci muka sambil bawa wallet =D Hari ni Isnin tapi masih cuti CNY jadi cafe pun tak buka, kedai makan jauh jadi pengumuman tu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. In my case, ditarik bantal =D

Ok done membebel.

Jom countdown Valentine Day. Hmm...lagi 3 hari kan. Ui tak lama lagi mesti ramai yang dok cari hadiah dan bunga untuk pasangan masing-masing. Oops dearie, I didn't celebrate Valentine's Day. Not because I've no boyfriend / husband but because I have a lot of people who love me, and didn't need any special day for that. Everyday's applicable since Rasulullah SAW once said that we (muslims), are brothers and sisters. Thus, we cherish each other, and love each other lillah (because of our love for Allah SWT).

So instead of celebrating love at Valentine's Day, let's reminisce the great love once upon a time ago, and still is, of our Prophet Muhammad pbuh and his first love, Saidatina Khadijah al-Khuwailid.

Tukar ke BM =D 

Rasulullah SAW berkata tentang Khadijah r.a;
  • Khadijah r.a beriman kepada seruan nabi SAW di saat manusia lain menolaknya.
  • Khadijah r.a percaya kepada kata-kata nabi SAW di saat manusia lain tidak percaya kata-katanya.
  • Berkongsi hartanya dengan nabi SAW di saat manusia lain menyekatnya.
  • Mengurniakan nabi SAW zuriat sedangkan isterinya yang lain tidak memberikan zuriat.
Hadis ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad dan at-Tabrani. (Sumber: Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW, Sahrulazmi Sidek. Mazni Irfan Publication,2011)

Ingat Asbab Nuzul Surah Muzammil? Sewaktu Rasulullah SAW menerima wahyu pertama, baginda menggeletar ketakutan dan isterinya, Saidatina Khadijah r.a yang selimutkan baginda dan menenangkan baginda. Sweet kan? Kaum Hawa sekalian, waktu macam ni lah kasih anda sebagai seorang isteri diperlukan oleh si suami. 

Sebab tu Rasulullah SAW sendiri menggelar Saidatina Khadijah r.a sebagai Ummul Mukminin; "Ibu kepada Orang-orang Mukmin."

 For the ladies, she is the exemplary wife for you to be.

Jadi readers sekalian, tak payah la sambut Valentine. Baik baca kisah RasulullahSAW dan Khadijah r.a dan Aisyah r.a dan kisah para sahabat r.a. 

Info Mesra |
  1. Lepas baca 'Rasulullah' atau 'Muhammad' atau 'nabi', ucaplah Solallahu alaihi wa sallam. 
  2. "r.a" selepas nama Saidatina Khadijah dan Saidatina Aisyah atau mana2 sahabat perempuan nabi SAW disebut sebagai radiallahu anha, yang bermaksud "Redha Allah padanya".
  3. "r.a" selepas para sahabat lelaki disebut sebagai radiallahu anhu, yang bermaksud sama seperti di atas, tapi penggunaan kata ganti "hu" itu (ha bulat) untuk lelaki.
  4. "r.a" selepas nama ramai para sahabat, disebut sebagai radiallahu anhum, yang bermaksud "Redha Allah pada mereka." "Hum" (Ha bulat + mim) ialah kata ganti diri ketiga untuk ramai.


Share:

2 comments:

  1. Nabi muhammad = the great example of kindness within our humanity

    ReplyDelete
  2. Wah, makin kacak belog kitak kak =)

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....