Thursday, November 8, 2012

DIA yang sangat sweet

Salam alaykum =)

Berbeza dengan dua minggu lepas hari ni aku rajin. Tiba-tiba. Ingat nak tengok Running Man (ni lagi!xde keja lain...) tapi tiba2 petir menyergah diriku yang sengaja nak melalaikan diri dari mendengar khutbah Jumaat. Oh ya hari ni hari Jumaat ya kawan-kawan. Ada khutbah Jumaat, biasanya kalau mic masjid ok aku boleh dengar khutbah dari awal sampai habis sebab bilik dekat je dengan masjid, tapi hari ni suara khatib tenggelam-timbul. Jadi daripada membahayakan nyawa laptop kena sambar petir baik aku belek buku. Waseh. Entertainment manual.

Lama renung buku yang tersusun elok bajet rajin baca buku walhal berhabuk tu (MasyaAllah) aku tergerak hati nak baca Travelog Haji oleh Ustaz Muhd Kamil Ibrahim. Rasanya dah selalu sangat aku bawak ulang-alik Lawas-Kuching konon nak baca dalam plane tapi sampai hari ni tak habis2. Ish2. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk teruskan baca, walaupun aku tak ingat sampai mana dah. Sejuk cuaca hari ni, hujan di tengahari tadi walhal kemain panas dari pagi. 

Buku ni best, serius. Sangat menyentuh hati, tak pandai nak explain lebar2. Anda belilah sendiri. Yang aku beli ni sekali dengan CD ceramah beliau, jadi harganya RM32 bagi Sabah/ Sarawak, dan RM29 je untuk Semenanjung. Ada versi yang jimat, harga dia lebih murah tapi isi tetap sama. Kalau tak silap dalam RM20 je.

Dan bila baca quote2 dalam buku ni aku terfikir nak tulis entri ni. Kira entri last kot sebelum aku fly gi KK tengahari esok. 

Muqaddimah melebih. Maaf heheh.

Aku tertarik nak berkongsi dua hadis...

"Allah Subhanahu wa Taala turun ke langit dunia, ketika sepertiga waktu malam masih tersisa, Allah menyeru: Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku, supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku, supaya Aku mengampuninya? Adakah di antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku, supaya Aku memenuhinya?"   (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kawan-kawan, ini Hadis Sahih sebab yang meriwayatkannya ialah Bukhari dan Muslim, dan kedua-duanya memang perawi hadis yang terkenal kerana banyak merekodkan hadis-hadis sahih dan sangat teliti dalam perbincangan hadis mereka. Dan Hadis ini ialah Hadis Qudsi, yakni hadis yang lafaznya dari Rasulullah SAW tetapi maknanya dari Allah SWT. Tapi maaf ye, ini saya petik dari buku Travelog Haji tu, tak sempat nak cari yang full version punya sekali dengan sanad.

Ok sini nak cuit sikit. Siapa pernah bercinta? Siapa pernah terbangun tengah-tengah malam pastu tiba-tiba rindu kat awek/pakwe lantas terus mesej say 'hi sayang I tiba2 terkenangkan you.' dengan harapan dia akan terfikir 'oh shuwwiiitt sungguh gerek aku.' padahal sebenarnya dia tengah annoyed sebab anda mengganggu tidurnya? ...tak pun dia tak sedar langsung dengan mesej anda sampailah keesokkan paginya haha.

Atau cuba anda try gini: Bangun tengah-tengah malam sebab gelisah pastu merengek kat mak mintak buatkan mi hailam. Tak pun cakap kat ayah ko nak pergi kedai beli reload. Sangat jarang ye ibu bapa anda akan kabulkan hajat anda yang tak menyempat-nyempat nak tunggu matahari keluar itu tanpa mengerutkan muka / marahkan anda atau at least 

"Dah buang tebiat?"

Mungkin hajat anda akan tercapai tapi of course akan timbul rasa bersalah sebab menyusahkan mak ayah. 

Tapi Allah turun ke langit dunia, semata-mata sebab sayangkan hamba-Nya, nak dengar rintihan kita, nak dengar taubat kita, nak dengar yang kita rindukan DIA. Allah tu bukan mak ayah, itu Pencipta kita Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Anda gelisah anda terbangun tengah malam pastu ambil wudhu' dan solat dan merengeklah puas-puas dengan Allah. Cakaplah apa nak diluahkan pada Allah. Tau tak perasaan tu, bila kita ada masalah yang kita malu nak ungkap kat mak ayah walau serapat manapun kita dengan mereka; atau malu nak ungkap kat kawan-kawan walau setinggi manapun tahap understanding mereka; atau tak sanggup nak luah pada cikgu kaunseling walau hebat manapun mereka dalam menasihati orang - tau tak perasaan tu? Rasa malu, in short. Dan cara paling best untuk lepas kan masalah tu ialah dengan bangun, ambil wudhu, solat dan lepas tu mengadulah dengan Allah puas-puas. Biar sampai 3,4 pagi pun takpe. Kalau nak mengadu pada manusia...tak lama dah dia tidur. 

Dan part yang bestnya bila mengadu pada Allah ialah,
1. takkan ada orang yang nak criticize apa yang kita luahkan pada Allah.
2. takkan tempayan tumpah. (faham?)
3. takkan rasa awkward sebab mengadu dengan Allah bukan dengan manusia.
4. rasa lega sangat-sangat sebab kita dah berserah pada ketentuan Allah seterusnya.

^_^

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., dia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW, "Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menuliskan dalam kitab-Nya ketetapan untuk diri-Nya sendiri: Sesungguhnya rahmat-Ku (kasih sayangKu) mengalahkan murka-Ku."

(Diriwayatkan oleh al-Muslim, al-Bukhari, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Maknanya pintu taubat tu luas. Sehebat manapun dosa kita, takkan Allah berpaling dari kita kalau kita dah merayu sungguh-sungguh pada DIA. Terkenang satu kisah tentang seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang dan dia nak bertaubat...

Hadis Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

Sebelum kalian, ada seorang laki-laki yang telah membunuh 99 orang. Kemudian dia bertanya kepada penduduk sekitar tentang seorang yang alim. Maka dia ditunjukkan kepada seorang rahib (pendeta Bani Israil).

Dia pun pergi berjumpa pendeta tersebut dan menceritakan yang dia telah membunuh 99 orang. Dia bertanya apakah dia boleh bertaubat? Pendeta itu menjawab "Tidak." Maka pendeta itupun dibunuhnya, sehingga genaplah jumlah orang yang dibunuhnya menjadi 100 orang.

Kemudian dia terus bertanya di mana dia boleh bertemu seseorang yang paling alim di atas bumi ini. Dia pun ditunjukkan pula kepada seorang lelaki alim. Ketika menghadap orang alim itu, dia bercerita bahawa dirinya telah membunuh sebanyak seratus jiwa. Dia bertanya, "Bolehkah aku bertaubat?"

Orang alim itu menjawab, "Ya, siapakah yang akan menghalangi orang bertaubat? Pergilah kamu ke kota ini (sambil menunjukkan ciri-ciri kota yang dimaksudkan), kerana di sana terdapat orang yang menyembah Allah Taala. Beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka, dan jangan kembali ke kotamu, kerana kotamu merupakan daerah yang jelek!"

Lelaki itupun berangkat menuju ke kota yang dimaksudkan. Ketika menempuh separuh perjalanan, maut menghampirinya.

Kemudian terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab - siapakah yang lebih berhak membawa rohnya? Malaikat Rahmat beralasan bahawa orang ini datang dalam keadaan bertaubat, lagi pula menghadapkan hatinya terhadap Allah. Sedangkan Malaikat Azab beralasan bahawa orang ini tidak pernah melakukan amal baik.

Kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat yang menyerupai manusia, mendatangi keduanya untuk menyelesaikan masalah itu dan berkata, "Ukurlah jarak dari tempat dia meninggal ke kota asalnya, dan kota yang ditujunya. Mana yang lebih dekat maka itulah baginya."

Para malaikat itupun mengukur, lalu mereka mendapati bahawa ketika meninggal si pembunuh itu jaraknya lebih dekat ke kota yang ditujunya. Maka Malaikat Rahmatlah yang berhak membawa ruh orang tersebut.

(Imam Nawawi, Riyadhus Shalihin (Terjemahan), 1992, Pustaka Azzam, Jakarta, ms 48-49)

p/s ....aku pulak asyik layan tengok movie, drama dan variety show sampai kadang-kadang tak sedar dah nak Subuh. =_=" Astaghfirullah...

nota kaki | Ini bukan nota ceramah jadi saya minta maaf kalau bahasa yang digunakan agak kasar dan inappropriate, tapi sekadar peringatan dan nak share ilmu. Kalau ada yang salah harap betulkan supaya sama-sama kita tak tersasar jalan. 

Share:

2 comments:

  1. MasyaAllah best nya entri kitak kali tok sis...terjaga di waktu mlm n teringat Allah lalu buat Qiamulail...sapa jak yg mudah buat mcm ya?zaman skrg x byk org camya,tapi apa2pun mudah2an dgn perkenan Allah SWT kita dpt buat solat malam yg sememangnya digalakkan ya...amin.

    ReplyDelete


  2. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....