Wednesday, October 24, 2012

Buku Autograf dan handphone

Salam alaykum =)

Hari ni skrol2 entri Finie Ramos, tiba-tiba tergerak hati nak join contest dia ni. 



Tapi lepas tu baru perasan entry contest ni ditulis 15 Jun 2011. Tarikh hari ni ialah 24 Oktober 2012.

 =_="

First time jumpa contest nostalgik macam ni, menarik. Jadi teringin nak join tapi semacam xda idea pulak sebab feel menulis biodata tu dah faded2 dah. heh. Kalau dulu masa sekolah rendah la terutamanya, pantang nampak buku cantik kawan punya,

"Aku tulis biodata dalam tu boleh?"

ataupun sengaja belek-belek buku tu dan kawan akan tanya,

"Aku rasa ko belum tulis ko punya (biodata). Tulislah. Cantik2 tau."

atau tulis sembunyi2 dengan harapan bahawa satu hari nanti bila dia jumpa biodata yang aku tulis tu dia akan 

"hihi. sweetnya. bff ehh..."

Tehee~

Best sungguh. Lepas tu pergi pinjam pen glitter atau pen stabilo 0.7 yang pelbagai kaler tu atau pen gel yang sophisticated dan duduk diam2 di meja sendiri sambil cover2 macam dalam exam takut orang tiru sebab nanti bila dah kantoi tak surprise dah. Atau takut idea hiasan kena curi. haha masa tu semacam jadi persaingan biodata siapa paling kreatif. Baru beberapa hari lepas aku sembang dengan kawan2 pasal betapa childishnya benda ni.

Berbalik pada contest Finie Ramos ni tadi, beliau belum maklumkan atau edit entri tu untuk bagitau due date nya jadi aku pun geledah buku2 aku kot2 ada terangkut sekali buku biodata lama2 dulu. Tapi tak jumpa. Barang vintage aku yang ada cuma diari yang disimpan sejak tahun 2007. Tak cukup antik. Aku rasa nak balik rumah je sekarang pi geledah stor. 

Tapi macam biasa pantang pegang diari ni aku akan baca dari mula sampai page latest. Dan terserempak dengan satu entri ni. Tentang handphone dan accessories.

Meet the Minah Jenin in me.

"aku tengok brochure pasal MBF cards (kad bank). and i found one of my biggest lust.
Handphone 3G.
Nokia 5320 & Nokia 5800.
dua2 Express Music.
How I wish I can get them. ..I mean, one of them.
Kalau aku ada duit banyak nanti aku mau beli handphone yang ringan dan berkamera dan Xpress Music.
tapi aku nda kisah asal ada GPRS, loud speaker, MP3 ringtone and camera. Pas2 ku beli MP4 simpan lagu, tapi ni syubhah sikit. Sbb mana tau tgh2 dengar lagu, nda pasal2 datang ajal. Nauzubillah, nda sempat mengucap..."

Adeh2. Zaman ni kan mana ada Android lagi. Handphone touch screen pun macam limited edition je. Teringat pulak antara ciri2 handphone yang aku nak dulu tu 'harus ada JAVA, boleh mainkan video, infrared dan ada MP3' sebab masa tu kalau ada JAVA dalam handphone, ko boleh download game dan main. Tapi mahal la sebab xda wiFi lagi kan. haha. Infrared. xleh blah.

Cukup sifat dah handphone aku punya sekarang. Cukup la sekadar essentials handphone zaman ni, walaupun bukan Android. Kira hajat aku yang ni dah langsai dah. Alhamdulillah. 
  
....

boring ah entry kali ni. haha. saja nak reminisce zaman comel dulu. tapi tadak idea nak tulis pasal apa. takde manfaat pun. hu maaf. 

Tapi terima kasih baca. =))

Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....