Cepat sungguh aku ada masa lapang kan. Heheh tak sampai seminit tadi aku publish entri #1,
Sebaik selepas sesi taaruf, kami tanya macamana mereka masuk ke STB ni. Ceritanya aku ada sebut dalam entri #1. Lepas tu kami main permainan kotak beracun. Dalamnya ada soalan-soalan dalam bentuk situasi. Antara yang aku ingat:
1. Apa akan anda lakukan apabila anda melihat seorang perempuan tua bukan Islam (not-yet-muslim sepatutnya) sedang membawa barangan yang banyak?
2. Apakah harapan yang anda ingin capai sempena Ramadhan ini?
3. Apakah sumbangan yang anda hendak berikan kepada ibu bapa selepas keluar dari sini?
Untuk soalan 1, masing-masing sepakat kata 'mestilah tolong makcik tu dulu.' "Walaupun bukan seagama dengan kita, namun dia tetap orang tua."
Untuk soalan 2, masing-masing blurr. Ini pertama kali ditanya pada mereka kot, dan mereka nampak blank sekejap. Lepas kami bagi hint sikit2, barulah ada yang cakap, nak kurangkan dosa, dan tambahkan pahala.
"Jadi dengan?" kami tanya. Mereka blurr balik. "...dengan menambah banyak amalan baik.meminta ampun akan kesalahan..contohnya..?" sambung kami lagi. Mereka masih garu-garu jari. "...dengan bersolat tahajud.."kata Syahir. Aku tengok Syahir dengan pandangan. "mereka tahu ke?" Tapi lepas tu aku terfikir, tak salah bagitau mereka, cuma arasnya cukup tinggi, jadi aku sesuaikan dengan kata "dalam sehari kita ada solat 5x. Dalam setiap solat kita akhiri dengan berdoa. Jadi dalam berdoa itulah kita minta keampunan pada Allah akan kesalahan-kesalahan kita yang dulu." Allah tahu ada sebabnya takdir mereka begitu, tapi tidak bermaksud Allah akan biarkan mereka hanyut dengan kesalahan tu. Sebab tu lah Allah bagi mereka masuk STB ni untuk berubah. Jangan malu untuk berdoa pada Allah, aku cakap. Dan mereka angguk.
Untuk soalan 3 pula, masing-masing muka determined. Kami dimaklumkan oleh timbalan pengarah awal tadi bahawa didikan di sini banyak menjurus mengenai kepentingan institusi rumah tangga, yakni mak dan ayah. Jadi mereka banyak diingatkan tentang kasih sayang mak dan ayah, budi dan jasa mereka, dan di sini memang mereka akan merindui rumah dan keluarga, jadi tak hairan bila tengok riak muka mereka yang confident masa jawab.
Adik #1 kata dia nak jaga mak ayah dia lepas keluar dari sana. Adik #2 kata dia nak kerja dan support dari segi kewangan keluarga. Adik #3 kata nak support dari segi kesihatan mak ayah dia, Adik #4 kata dia nak jaga mak ayah dan Adik #5 kata dia tak nak masukkan mak ayah dia ke rumah orang tua. Aku senyum dengar jawapan2 mereka. Bagus betul la diorang ni. Sebab masa jawab tu nampak kesungguhan kat muka diorang. Means they really mean it.
Aku pun cakap, "ok, ini janji kitakorang semua, jadi ktkorg mesti pegang janji ktkorg." Lepas tu Nisah sebelah aku cakap, bila masa diorang cakap diorang berjanji?Tapi aku buat dunno je dan cakap ayat diorang tu tak boleh kata-kata atas angin sahaja. Mesti dipegang sampai bila-bila. =)
Masa duduk semeja nak berbuka puasa dengan rakan fasi (kami xbuka puasa dengan mereka) , kami masing2 open up cerita tentang anak-anak STB dalam kumpulan masing2.
Aqeelah cerita tentang seorang nama dia A *bukan nama sebenar* , yang nampak bingung dan bengang masa diorang tanya perihal harapan mereka dan apa mereka nak buat lepas keluar STB tu. Lepas nampak bersusah-payah menahan perasaan, dia cakap
"Macamana kalau mak saya tak nak kat saya lagi nanti."
Lepas tu mereka tanya, mak ada call tak masa dia kat STB tu. Dia cakap ada, sekali. Tu pun nak kata yang mak dia dah kahwin baru dan num telefon dah tukar. Adik2 dia ditinggalkan terbiar, yang tu aku tak sure cerita dia macamana tapi dengarnya sekarang dengan relatives. Ayah dia dah lama menghilang, dia cakap lagi dan macam tak ambil kisah pun dengan ayah dia. Dia nampak sangat tak puas hati sampaikan tanya kenapa hidup dia perlu susah. Dan Qeelah cakap lagi dia nampak macam terlalu banyak yang dia nak ceritakan tapi sebab kekangan masa yang singkat jadi dia tak puas hati sebab banyak yang dia nak luahkan.
Dan kami terfikir, dia perlukan seorang listener dan ibu. Qeelah tak henti-henti cakap kesian kat dia.
Lepas tu salah seorang dalam kumpulan Qeelah jugak. Lepas perkenalkan nama dia dengan sopan dia pun bagitau macamana dia boleh masuk sekolah ni.
"Rogol." Ok, itu sahaja dan fasi kumpulan tu terkejut. Lepas tu dah tak berani nak korek apa-apa lagi.
Tapi Qeelah yakin yang perbuatan tu bukan rogol melainkan sukarela antara dia dan teman wanita dia, mungkin mak ayah perempuan tu tak suka dan terus failkan kes rogol di mahkamah . Muka baik je, Qeelah cakap. Butang baju pun sampai atas. Bak kata timbalan pengarah STB, ada remaja yang disabitkan dengan kes rogol namun sebenarnya ia merupakan sukarela kedua-dua pihak. Tapi sebab dia bawah umur, dia bernasib baik sebab dihantar ke sekolah tu untuk menjalani pemulihan.
Aku terdiam je masa dengar cerita Qeelah. Itupun seringan-ringan jenayah yang pernah mereka buat, kata Qeelah lagi. Nampaknya ahli kumpulan aku kira baik-baik la kalau setakat mencuri dan pecah rumah. Kami sedar yang kami perlu konsisten menjadi fasi mereka sebab mereka memang perlukan listeners dan bimbingan agama. Aku ingat lagi Adik #4 cakap dia nak 'masuk Quran', which means nak memahami al-Quran sempena bulan Ramadhan ni. (i like this adik. hehe) Dan untuk itu, dia tak boleh sorang-sorang. Dia kena ada pembimbing. Aku tak cakap harus kami yang jadi pembimbing mereka, tapi kalau ditawarkan aku besar hati terima. InsyaAllah, ini kan salah satu latihan nak jadi pendidik jugak.
nota kaki | Sebenarnya kan, aku malu dengan diorang sebab apa yang aku preach kadang-kadang menyimpang dari idea asal, pendek kata melalut la kot. Lepas tu terkulat-kulat nak balik ke topik asal. huu~ *mintamaafmintamaafmintamaaf*
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....