Saturday, August 4, 2012

Lawatan Ilmiah Ke Sekolah Tunas Bakti | #1 : Anak-anak Tunas Bakti

Salam alaykum =)

Alhamdulillah kerja projek untuk PIM3107 Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah iaitu Lawatan Ilmiah ke Sekolah Tunas Bakti, yakni satu-satunya cawangan sekolah pemulihan akhlak STB di Sarawak untuk lelaki, berjaya dilaksanakan dengan lancar. Alhamdulillah sekali lagi..



Jadi budak-budak yang ada di sini berumur lebih dari 12 tahun, tapi tidak lebih 18 tahun. Mereka semua budak remaja yang pernah melakukan kesalahan juvana namun masih berada di bawah 'jagaan' Children Rights Convention (CRC) yang termaktub di dalamnya satu fasal menyebut bahawa "Kanak-kanak perlu hidup." 

Kalau orang dewasa, atau berumur lebih 18 tahun, kalau tertangkap oleh polis sebab kesalahan-kesalahan seperti mencuri, pecah rumah, hidu gam, hisap dadah, rogol, rempit dan memiliki harta curi, polis boleh tangkap terus dan bawa ke jail/lokap. Tapi kalau remaja bawah umur 18 tahun, mereka terselamat dengan CRC ni, yakni mereka diberi peluang untuk berubah dan buka buku baru, sekaligus diajar kemahiran-kemahiran untuk berdikari dan menyara diri sendiri sebaik keluar dari pusat-pusat pemulihan. Dan semua kesalahan yang disebutkan di atas adalah antara yang pernah dilakukan beberapa orang. Kesalahan macam pecah rumah dan mencuri macam benda biasa je aku dengar, lepas duduk sebulatan dengan diorang dan berkongsi pengalaman sedikit dengan diorang.

Sesetengah mereka datang secara 'sukarela', bukan sukarela mereka, tapi sukarela mak ayah diorang. Mungkin dah tak tau nak buat apa dah dengan diorang, dah mati akal kot nak nasihatkan dan suruh diorang berubah, dan ini kira last choice diorang la. Jadi mak ayah mereka ni pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mintak anak mereka dimasukkan ke sini. Lepas tu JKM akan siasat layak ke tidak anak mereka tu masuk STB. Bila didapati layak barulah failkan permohonan ke mahkamah. Sesetengah mereka dimasukkan lepas disabitkan bersalah oleh mahkamah tapi memandangkan umur mereka masih muda, jadi mereka diberi peluang untuk berubah melalui sekolah ni. STB tak terima sebarangan mana-mana budak yang bermasalah, budak2 di sini dimasukkan atas arahan mahkamah. 

Bagi budak2 perempuan yang bermasalah dan berumur bawah 18 tahun pula, mereka dimasukkan ke Taman Sri Puteri, pusat perlindungan dan pemulihan remaja perempuan di Kuching, atau Sekolah Tunas Bakti di Miri, untuk perempuan. Yang bawah 12 tahun dimasukkan ke rumah kanak-kanak (kanak-kanak yang dibuang, dijual atau anak-anak kepada remaja yang masuk TSP dan STB perempuan tu, atas persetujuan kalau tak nak anak mereka) . Timbalan Pengarah sekolah ni cakap, di TSP tu ''yang harga RM50 pun ada". Dia cerita, pernah dia tolong seorang remaja perempuan yang dijual oleh teman lelaki sendiri kepada along sebab dia tak mampu nak bayar hutang RM50 pada along tu. Kejam kan. Aku macam dengar pasal sinopsis drama tipikal di tv, tapi tu la realitinya sebenarnya. Dan even masa nak failkan kes ke mahkamah sebab nak masuk ke pusat perlindungan pun, remaja ni kena cover, takut 'penjaga' dia -along tu- nampak. Kalau tak memang kena culik balik la perempuan tu. Seram loh, hidup macam kena hantui je. Kesian.

Memang sekolah ini sekolah untuk budak jahat, tapi budak jahat yang masuk sini nak berubah. 

Aku tak nak katakan mereka ni innocents semua, yang tu wallahua'lam. Tapi dari cerita-cerita mereka, kita tahu, mereka dah insaf. Cerita mereka berwarna-warni walaupun coraknya lebih kurang sama. Ada yang pecah rumah, mencuri beramai-ramai, merempit, memiliki harta curi, mengedar dan menghisap gam, merempit dan merogol. Tang merogol tu aku sentap sikit. 

Kami duduk dalam halaqah dengan 4 orang fasi (kami) dan 5 orang dari mereka. Kami tanya bagaimana mereka end up berada di sini, dan apa perasaan mereka. Rasanya bagi mereka soalan itu agak tipikal dan mungkin sudah beberapa kali diungkit dan ditanya, namun getaran tu masih ada. Bila mereka bercerita, takde yang nak bertentang mata dengan kami; semua tunduk, kuis kuku kaki, kuis lantai, garu telinga... Kadang-kadang suara mereka tenggelam timbul, tapi mereka sedar itu adalah pengalaman silam yang tidak boleh dan tidak mungkin mereka dapat lupakan. Dan tidak boleh mereka nafikan, sebab mereka ambil iktibar daripada kesalahan mereka tu. 

Aku sebenarnya tak ingat lagi nama mereka (dik, sorry...huu~) tapi aku ingat cerita mereka, aku ingat muka mereka. Aku ingat ekspresi dan bagusnya mereka. Adik #1 pecah rumah dengan member dia sekali namun kantoi. Adik #2 ikut abang dia hisap gam dan edar, tapi kantoi, abang dia tak. Adik #3 pecah rumah tapi kantoi jugak. Bezanya yang ni buat sendiri sorang2 dan dah beberapa kali buat baru kantoi. Adik #4 memiliki harta curi yang sebenarnya perbuatan kazen dia. Adik #5 lari dari rumah dan tinggal rumah kawan, pastu mak ayah dia mintak dia dimasukkan ke sekolah ni. Range umur diorang yang dalam kumpulan aku dari 15 hingga 16 tahun. Kira baya2 la diorang sekumpulan ni.

Bila ditanya apa perasaan mereka bila dah datang sini, bila dah diletakkan dalam kawasan yang berpagar macam dawai elektrik je aku tengok tu, mereka kata mereka suka. Sebab mereka diberi peluang yang terang untuk berubah. Mereka hidup dalam bi'ah di mana semua orang nak berubah, jadi dorongan tu ada. Selama ni dalam fikiran aku, mereka yang ada di sini duduk dalam asrama je, belajar,belajar,belajar. Rupanya mereka tidak semua sekolah. Ada yang masih sekolah masa dimasukkan ke sini, mereka akan teruskan persekolahan di sekolah terbabit, tapi tinggal di sini. Yang tak bersekolah lagi, mereka akan diberi didikan kemahiran, Sekolah Tunas Bakti merupakan sekolah yang diiktiraf dengan SKM untuk menjalankan kursus-kursus ini. Timbalan Pengarah tu cakap 3 kemahiran, antaranya pertanian, memasak dan menjahit. Kitorang fasi perempuan semua 'wow' bila cakap pasal menjahit dan memasak. Haha kantoi ada yang tak pandai masak dan menjahit. hehe. 

Dan kalau mereka menunjukkan kelakuan yang baik, mereka akan diberi cuti 14 hari setahun. Biasanya cuti hari perayaan Tapi kalau dalam tempoh sebelum nak cuti tu mereka buat hal, cuti tu cancel. T_T~ Kalau rekod mereka baik, ada peluang yang cerah untuk mereka keluar awal. Macam ada yang 1 tahun setengah dah dibebaskan. Sedangkan tempoh maksimum tinggal di sini ialah 3 tahun.

Ok, sekarang nak cerita tentang Asrama Akhlak dan bilik pengasingan.

Mula-mula Timbalan Pengarah sebut asrama akhlak, kitorang semua, 'ha?' . Asrama Akhlak terletak bersebelahan dengan  Sekolah Tunas Bakti Kuching ni. Even Timbalan Pengarah ni merupakan bekas warden di sana. Memandangkan Asrama Akhlak tu dah diwartakan untuk digabung dengan STB Kuching, dan jawatan Timbalan Pengarah di STB kosong, jadi automatik dia jadi timbalan pengarah. Muka timbalan pengarah ni type muka datuk aku. *tetiba* tapi serius sejuk tengok muka dia. Ada tegas seorang bapa di situ =)) 

Ok aku mengaku aku tak ingat nama dia. *mintamaafmintamaafmintamaaf*

Asrama Akhlak ni tempoh maksima dia 12 bulan. Mana2 budak STB boleh dimasukkan ke Asrama akhlak atas sebab-sebab tertentu dan boleh juga budak Asrama Akhlak masuk STB. Ada yang to and fro, atas sebab-sebab tertentu jugak. 

Bilik pengasingan pulak is literally bilik yang kosong dengan dinding 4 muka, 1 lantai dan siling. Dengarnya begitulah, sebab budak2 ni tak nak cerita macamana rupa sebenar bilik tu. Seram sungguh kot. Duduk situ, makan situ, nyahtinja situ, tidur situ, paling sekejap sebulan. Memang terasing dari apa-apa yang kat luar. Apa yang tak bestnya lagi ialah, bila dimasukkan ke bilik pengasingan ni mereka terlepas dari mengikuti pelbagai aktiviti menarik, antaranya berkelah, berkhemah, jemputan makan2 dan makanan harian yang mereka makan dalam bilik tu dikurangkan jadi separuh. 

"Oh mereka ada berkelah?" Yup, aku dengar pun macam nak masuk STB je. hehe. Diorang ada berkelah, dan upcoming event ialah perkelahan di Matang Wildlife pada 6 Ogos ni nanti. Mereka guna sistem rotation, yakni per batch, jadi akan ada giliran masing2. untuk join semua aktiviti tu. So, kalau dah masuk bilik pengasingan, dan kebetulan giliran dia pergi berkelah ke makan2 rumah CM ke apa, automatik dia akan hilang peluang yang biasanya sekali seumur STB tu... 

Oh penat menekan keyboard. Inilah kelemahan bercerita dengan tangan. Ok, entri ini sangat panjang lebar dan upcoming entri pun sangat panjang jugak. InsyaAllah ada masa saya akan sambung. =)

nota kaki | *mintamaafmintamaafmintamaaf* terdapat banyak penggunaan 'aku' dan kadang2 'saya', 'mereka' dan 'diorang', 'kami' dan 'kitorang'; yakni kekeliruan identiti bahasa dalam entri ni. Dan susunan isi dalam entri ni agak berterabur, sebab banyak benda saya nak cakap. Maaf banyak2..

Share:

1 comment:

  1. salam... thank you...! banyak input dapat. banyak bantu saya buat penulisan pasal pemulihan. tq again :)

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....