Friday, August 3, 2012

Kisah pisang dan tuan pisang

Salam alaykum =)

Semalam kitorang ada tazkirah masa tutorial. By kawan sekelas that is the ustaz2 of IPBL. Sebentar ada rasa sentap bila giliran Ustaz Hilmi bagi tazkirah.

Katanya, kita ni mungkin terlalu malu atau tak berani nak tegur secara depan-depan. Khuatir kritikan orang kalau berdakwah secara face-to-face. Datang stage fright ke apa. Jadi di sinilah datangnya kebaikan media-media sosial sharing seperti FB, Twitter dan blog. Aku cukup janggal bila orang sebut pasal blog. Takut betul aku kalau diorang discover blog aku. Limaza? Malu.

Hilmi cakap lagi, di bulan Ramadhan ni, kita boleh buat banyak macam amalan. Antaranya menyebarkan dakwah ataupun ilmu via media2 sosial ni kan. Kalau satu hari kita pi post satu link ilmiah kat FB, insyaAllah akan bagi manfaat. Tak perlu nak mengharap ada orang like ataupun komen, yang penting tugas kita semua orang Islam, untuk menyebarkan ilmu dan dakwah tu, dah terlaksana.

Sentap di situ. Aku ni la spesies paling malas nak reshare brg2 kat Fb mahupun blog. Twitter apatah lagi, asyik nak merapu je. Nasib baik aku dah buang twitter yg pakai henpon tu. 

Bila member cakap macam tu kan, agak sentap tau sebab yela korang tengok kiri kanan blog ni. Aku nama je budak PA, tapi entri ilmiah dan dakwah boleh bilang pakai jari. Sidebar blog takde doa-doa mahupun selawat. Dan background song itu... =_="

Jadi kalau bukan sekarang. Bila? Kalau bukan kita, siapa? Mungkin aku terlambat nak melangkah, Setengah Ramadhan dah lepas baru aku nak manfaatkan laman sosial ni, tapi tak salah mencuba.

Bah...bila lagi kau mau cakap pasal itu pisang..?

Oh . lupa .

Ustaz Salleh punya tazkirah selingan pagi semalam.

Seorang lelaki menghantar buah pisang untuk disedekahkan ke masjid, kemudian dia pulang ke rumah. Kemudian pisang itu pun masuk syurga. Lelaki tadi hairan lalu bertanya, kenapa kau masuk syurga, aku tidak?

Pisang tu pun jawab, "Sebab aku pergi ke masjid. Sedangkan engkau pulang semula ke rumah setelah menghantar aku."

Kisah ini kisah jenaka semata-mata, tapi pengajaran dia tu penting. Aku selalu buat ni huhu sebab malam Jumaat hantar sedekah gi surau kampung pastu pulang terus. Takde niat nak berjemaah pun, tau nak lari cepat sebelum jemaah sedar aku datang ke surau. Apalah salahnya alang-alang terus solat jemaah kan. Tu la pengajaran cerita ni, alang2 dah melawat masjid, kita imarahkan terus rumah Allah tu. =)

nota kaki | Buat cerita ni jadi komik strip bagus ni...
Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....