KLIK SAYA!

Lawatan Ilmiah ke Sekolah Tunas Bakti | #3 : Makan-makan di Serapi Corner

Salam alaykum =)

Oho. Ini entri sudah semacam tiada kaitan dengan progam. Hehe.

Program dengan anak-anak STB berakhir pada pukul 5.30 petang, dan lepas kami keluar dari bilik program tu dijalankan, kecoh mereka kemas sejadah lepas solat dan berlari entah ke dewan makan kot, nak ambik makanan berbuka puasa. Untuk pengetahuan, anak-anak STB yang beragama Islam di sini ialah seramai 54 orang, dan alhamdulillah ada beberapa orang yang muallaf baru convert. =) See, they're not bad inside and out. 

Dan ya, sebelum lupa. Untuk adik-adik yang dah nak konvo hujung tahun ni insyaAllah, tahniah! Finally adik dapat bebas berlesen, dan jangan lupa, perubahan kena konsisten dan adik kena kuat di luar nanti. Adik tak boleh sia-siakan masa 3 tahun adik di sini dengan beralah dan kembali masuk ke lubang yang sama. Doa kakak mengiringi hijrah adik, Amin...

Dan ya, pasal makan. Hihi.

Pensyarah kitorang cadangkan kami berbuka di Serapi Corner, dan dah book satu ruang 4 meja untuk kami. Wee~ bahagia takyah cakap. Makanan pun sodap2. Dan terkenang adik2 tadi makan apalah ye untuk berbuka. =(

Kami sampai kira-kira pukul 5.40 petang, terus naik dan duduk dan tenung meja makan dan semua kutleri, bunga dan alas meja yang putih bersih, gelas dan pinggan dessert dan tengok jam balik.

Huyy sejam lebih lagi!

Jadi kami pun menghabiskan masa sejam lebih tu dengan mengambil gambar selca *haha.bajet*, gambar meja makan, gambar-gambar kami, gambar selca, gambar makanan, gambar pemandangan dan gambar selca. hihi. Pengulangan menunjukkan betapa giatnya kami bergambar.. selain berkongsi cerita dan pengalaman dengan anak-anak STB tadi. 

Dan menu berbuka kami semalam ialah:
- Kerabu mangga (?)
- Telur masin kukus
- Nasi putih
- Daging Masak Lada Hitam
- Ikan kerapu tiga rasa (?)
- Tofu masak macam yang kafe punya cuma lebih sedap
- Gulai lemak rebung dan pucuk ubi
- Ais krim jagung dan beras coklat dan...
- Ais krim oreo dengan buah-buahan kering dan beras coklat.
- Sirap ceri
- Kuih karipap, take (?)
- Kurma
- Tembikai dan tembikai susu.

* (?) maksudnya aku xsure

Dan apa yang bestnya dinner ini ialah...member semeja yang seperut. haha. semua besar nafsu makan. Kira kami ni coed la, sebab satu meja tu lelaki semua, satu meja lagi Siti, Fyqah, Sal dan Kak Ros dan pensyarah kami. Tapi di meja geng2 perut ini ialah Saha, Azri, Wey, Syahir, Atiq, Nisah, Qeelah dan aku. 6 daripada 8 ialah insan kuat makan. muahahaha~

Mula-mula kan waiter yang tuangkan air dalam gelas, dan lepas tu kalau nak ambil refill sendiri dari tangki air di meja buffet. Tapi untuk meja kami, kami ambil jag untuk air masak yang dah habis diminum, dan refill air sirap dalam tu, jadi kami tak perlu ulang-alik ke depan untuk ambil air. haha. bijak nombor 1.

Oleh sebab pinggan untuk kuih-kuih tak dikemas dan dialih dari meja kami, jadi kami manfaatkan pinggan-pinggan itu untuk kaut lauk banyak-banyak dan letak di meja kami. haha. bijak nombor 2.

Asal waiter refill bekas buffet, kami pun refill makanan atas meja. Tak sampai beberapa minit waiter tu refill bekas buffet, kami dah kasi licin, Geleng-geleng kepala dia lepas check memang takda tinggalan langsung. haha. bijak nombor 3. 

Sempat pulak role-play di meja makan heheh. Aku tak tahu siapa jadi siapa sebab berubah-ubah je, tapi yang aku tau, role bapak dari mula sampai habis makan ialah Saha, dan Atiq menantu dia, Azri suami dia, dan aku satu-satunya anak perempuan dia yang masih bujang. haha. lepas tu datang Harman (jiran yang bujang dan selalu buka puasa dengan biskut dan air teh dan selalu datang makan dengan muka tak malu) bawa aiskrim dan makan sekali atas meja tu, habiskan ikan kembung. Lepas tu datang Hafiz (jiran baik yang selalu ajak pergi solat jemaah) tapi dia tak makan sama.

Hmm aku cerita kat blog macam tak best pulak. Tapi serius best semalam. Bermula dari program di STB sampai ke dinner di Serapi Corner, yesterday I'm in high spirits! =) huk! huk!! level up.

Btw. hari ni nak beli kain raya. Wish me luck. Sungguh aku alah dengan tugas2 membeli kain ni...haish.

1 comment:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....