Tuesday, July 24, 2012

Once Upon A Time...menu Ramadhan hari ke-4 yang sangat simple.

Salam alaykum =)

Hari ni aku give up. 3 hari sebelum ni kitorang berbuka ramai2, jadi menu pelbagai. Hari ni masing-masing malas dan bawa haluan sendiri dan baru aku perasan, aku xde masak apa-apa pun sebelum ni. Haha. Tau makan dan spon kurma dan makanan tin je. Aiya. Patutlah orang fed up ngan aku. Tau memarasit je. Hihi. Thanks geng.

A'ah hari ni aku give up. Nak berbuka makan megi telur je. Aku tak kira, apa nak jadi, jadilah. huu~ Macam suicidal note je entah. Nak masak nasi, tadi diorang cakap kalau aku nak makan megi telur je boleh..diorang tak kisah, tapi lepas tu diorang masak nasi pulak. Haiya. Xpe2 aku boleh licinkan seperiuk megi.

macam ni la kot. nak buat murtabak megi tapi aku xrajin.

aku teringin nak makan ni. xpela lebih kurang je ngan megi telur -mee jawa

xpe rezeki. Janji ada sesuatu untuk dimakan, kan? Hidup xboleh merungut. Rezeki Allah yang bagi. =)

Btw, bought new dvd. Once Upon A Time : The Hope Season 1 = RM30 6 discs. Baru bulan May 2012 ditayangkan di Diva Universal & Channel FMV kat ASTRO. Kat ABC channel tahun lepas. 

Aku xtau berapa episod, yang pastinya bila aku tertengok ni kat SPEEDY, aku tak fikir lama2 terus beli. huu~ Lepas habis tengok nanti, aku nak jual la. Siapa yang nak? 

Apa yang bestnya? Series ni pasal sebuah kingdom yang mana semua watak fairy tale ada kat situ - Snow White, Pinocchio, Jiminy Cricket, Red Riding Hood etc - dan cerita dia start dengan Snow White punya ending cerita. Yang dia kena kejut oleh Prince Charming lepas termakan epal tu. Tapi masa dia kahwin, evil Queen datang, dan sumpah kingdom. Semua orang dalam negeri tu kan, akan terperangkap dalam sebuah pekan pada zaman moden ni, namanya Storybrooke, Maine; dan masing2 akan hilang ingatan. Cuma ada seorang je yang boleh selamatkan mereka semua, Emma Swan, anak Snow White & Prince Charming tu. 

Aku tak pandai nak cerita bagi menarik. Tapi serius jalan cerita dia menarik. Cerita Cinderella digabungkan dengan Rumpelstiltskin etc. Bukan sekadar dongeng biasa. 

Tengok trailer ni | Klik sini.

Baca sinopsis | Klik gambar bagi besar.



nota kaki | melantak maggi kembang sambil tengok episod 1. kembang anak tekak.



  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....