Thursday, July 12, 2012

Nak beli aku??!

Salam.
Aku tengah berapi-api ni.

Tak. Bukan ada kebakaran.

In 2 weeks. 5 unknown numbers. More than 10 miscalls. Load of useless messages. 
I wonder if my number was up in some community board challenging if anybody would ever got my attention or what??!!
Go get a life. 
Y U NO GIVE UP???

Aku rimassss~~!!! Tu la kau, lain kali jangan sembarangan letak nombor online. Aku pun xingat mana nak trace balik. Tapi tak la sembarangan sangat pun, aku letak kat dua tiga tempat je. sebab nak security or whatsoever. Security la sangat. 

"Kenapa layan?"

Ok. I answer. Aku sekarang tengah sibuk bjual2 Kamus Rofiqi dan uruskan tapak gerai untuk karnival jualan Festival Kesenian Islam nanti, jadi aku letak number kat status FB dan iklan tampal kat noticeboard. So, kalau ada unknown number, aku angkat je. Mungkin customer atau klien kan? Tapi, instead...

"Hyee....."
"Nama saya Clinton. Awak apa nama?"
"Awak dari mana?"
"Boleh kenal?"

Nak makan bapak penyepak. Masa tengah kuliah pun diorang sibuk2 call. Dahlah aku kena alert dgn hanpon , sebab takut lecturer call ke apa, *aku kn penolong kumpulan*, jadi aku xletak mode silent. Tapi kalau dah selalu sangat berdering, aku kasi off...

Ada pulak yang banyak kali call, mula2 aku angkat, xde suara. 
Esoknya aku angkat lagi, tanya siapa, xde jugak. Aku bengang, aku bagi kat member, pastu dia cakap caller ni nama dia Fuad.
Huh? Aku tak pernah bertembung ngan sapa2 nama Fuad.
Esoknya call lagi. aku bagi kawan aku angkat. Kawan aku ajak cakap Cina. Rupa2nya yang call ni pasang geng. Dengar ramai yang gelak. On speaker kot. Haiya. Geram tak terkata dah. Aku rasa macam nak send mesej berhantu je kat diorang banyak2 biar dorang haunted. Buat la lagi...

Dan selepas tu makin banyak number xdikenali call dan msj aku. Ei rimas. Aku terfikir jugak, dari orang yang sama ke? Dari geng yang sama ke? Ke dari online community board yang sama? Under tajuk forum, 'Tease this number 0xx-xxxxxxx' ??

Kalau penumbuk boleh dikirim pakai SMS, dah ramai orang masuk hospital.

Kes yang tadi:

Kelas SDP kat bilik muzik. Satu unknown number call aku. Punyalah urgent bunyi. Aku angkat tapi xdengar sebab masing2 tengah tiup melodion. 
Jadi aku mesej dia balik. Ingatkan customer. Baik sungguh aku husnudzhon sampai la ni. 

"Maaf sy masih kelas. Kelak sy call balik. Siapa tok kh?"

Tapi xreply pun. Aku fikir, ok, mungkin mak bapak org, sibuk kot. 

Petang tu aku call balik, dia angkat tapi xnak bercakap. Pastu putus. Dan datang mesej dia.

"Mesej jak boleh?"

Aku cakap, ok. Siapa tok kah? Ada apa?

"Sy Clinton. Awak siapa nama?"

Aku pelik. Hah, ni mesti main2 tembak2 number je ni. Heii...mamat ni... *ntah2 minah

Jadi aku pun send : "Clinton, awak kenal saya kah? Ni hubungi sy ni sebab nak beli Kamus Rofiqi atau nak tempah tapak gerai untuk karnival jualan Festival Kesenian Islam nanti?"

Dia reply pastu :
"Sy nak beli awak boleh?"

Ko ingat aku apa??

Sepanjang kuliah petang tu aku rasa macam nak makan orang.

Jadi moralnya ialah, jangaannn letak nombor waima kat iklan papan notis apatah lagi online. Letak emel je. 


nota kaki | Wahai caller2 misteri sekalian, semoga Allah dapat balas 'jasa' kalian dengan setimpal-timpalnya. Amin.
Share:

1 comment:

  1. kwangkwangkwang...hahahahaha...... tu la, laen kali berjaga-jaga.pasal ni la ko tkr num? ..hahaha... kalau dlu orng ckp skali petik 10 dtg, skrng ni guna skali klik 10 dtg..hahaha...XD

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....