Monday, July 16, 2012

Cinta anda sama dengan harga nasi lemak di kantin?

Salam.
Entri ini dimulakan dengan senyuman  _________
A. Geli hati
B. Geli - geleman
C. Sinis
D. Kosong
anda tentukan.  
whoasheh. bajet la aku nak buat intro mcm ni. apa2 pun kita teruskan. Aku nak cerita satu kisah benar.


Ada sorang lelaki. Ada sorang perempuan. Diorang pernah bercouple, tapi putus sebab si gadis ni cakap dia tak nak bercinta sebab tak nak duakan cinta dia pada Allah. Jadi mereka berkawan. Tapi dalam tempoh berkawan, si lelaki asyik hantar sms, call2 konon tanya khabar tapi asyik berkias nak ajak gadis ni bercouple balik. 

Jadi si gadis ni minta mereka kurangkan perhubungan sebab dia rasa tak selesa dengan lelaki ni. Mintak cara baik la, tak nak singgung lelaki ni. Tetapi lelaki ni tiba2 develop perangai baru yang sangatlah annoying.


Minta si gadis ni promotekan diri dia pada kawan2 si gadis. Selalu sangat mintak.


Jadi si gadis ni cuba tegur, via SMS jela. Geli anak tekak nak menegur secara lisan dengan lelaki ni kot. 


Tapi ini dia kasi balas:


"...sy tahu awak nak cakap saya ni gatal kan. Awak nak cakap saya asyik nak cari couple sebab saya gatal. Habis takkan nak tunggu perempuan datang melutut kat saya? Tak mungkin la. Saya nak cari calon isteri, salah ke? Tak kenal maka tak cinta. Lagipun saya tak cakap nak couple, sy nak berkenalan je. Takpela awak, saya tahu Allah tahu niat saya. Allah nak uji saya dengan pertemukan perempuan macam awak. Saya tahu saya tak sebaik, tak sealim dan sewarak awak, tapi saya juga punya hati dan perasaan. Tergamak awak calar maruah saya. ..."
*ya, ini ialah sms, dan ianya sangatlah panjang, lebih2 ada lagi tp ak xingat dh.


Mari kita kupas isi sms yang sebenarnya panjang tetapi telah diambil isi penting sahaja..ini.


1. Baiklah. Lelaki mana tak gatal? Itu fitrah mereka, cuma bezanya, ada yang pandai kawal, dan ada yang tidak. Ada yang kadang2, ada yang jarang2, dan ada yang selalu. Yang xpernah, mustahil ada. 


So my point is? Lelaki yang ini terlalu sibuk mencari cinta, terlalu risau takut tak dicintai. Jadi dia sibuk mencari perempuan untuk buktikan bahawa ada orang yang mencintai dia. Wahai brother, kejarlah cinta Allah dulu, dan Allah akan carikan yang terbaik untuk kita. Tak semua orang kahwin sebab bercinta dan bercouple dulu. Ada tu ada, tapi kuraaangg sangat manisnya.


"Serahkan hatimu pada Allah, nescaya Allah akan bagi cinta yang terbaik untukmu."


2. Tak kenal maka tak cinta? Islam menganjurkan sebelum kahwin tu kita berkenal-kenalan dengan bakal pasangan, dengan syarat ada pihak ketiga yang mengetahuinya. Dan tidak perlu kenal lama2. Bercouple lama2 pun xjamin akan kahwin akhirnya. Jom baca denyut kasih medik; cara Dr Muslih meminang isterinya memang sangat2 thumbs up!


3. Kerana itulah Allah pertemukan gadis ini dengan dia. Kerana gadis ini tetap dengan pendiriannya tak nak menduakan Allah kerana cinta manusia. Kerana Allah tahu niat sebenar lelaki tadi iaitu nak bercinta. Nak bercinta lama2 bagi kenal hati budi dan perangai sampai nak jemu pastu terpaksa kahwin sebab dah berjanji nak sehidup semati. Pergh. Nak romantik pun agak2 la, ajal kan di tangan Allah. 


Sebab setiap perempuan itu milik Allah, yang ada walinya; jadi kalau nak pinjam barang, kena mintak dari penjaganya, barulah pemiliknya izinkan.


4.   Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bukan nak cakap 'kita tak layak untuk dia', dan berputus asa macam tu je. Ada baiknya berubah jadi lebih bagus, supaya tak perlu nak menunduk dan mintak kesian kat perempuan tu. 


Kami perempuan perlukan suami sebagai imam, bukannya sebagai makmum. 


5. Ya lelaki punya hati dan perasaan. Dan kalau tak silap, lelaki juga punya EGO kan? Masa nak pikat perempuan tunjuk macho dan gentleman. Tapi bila bercinta asyik memujuk rayu je. Mana ego antum semua? Mudahnya mengalah demi senyuman perempuan yang xkompom pun akan dikahwini. Sanggup reka lagu jiwang2 nak tambat balik hati si dia yang dah suka kat orang lain. Sanggup beli barang mahal2 sebab nak minta dia pulang semula ke pangkuan. Lebih baik kumpul duit pastu masuk meminang. Kalau isteri takpela jugak...ni dengan gf bagi macam2, habis duit je. 


Hmm. aku xla pandai sangat nak menegur2, jadi mana2 personal review di atas, sila jangan ambik bulat2. Refer pada yang pakar. 


Aku cuma nak berkongsi pengalaman je. Pengalaman mematangkan. Ia mengajar aku yang cinta kita ni tak murah.


nota kaki |
Biar cinta kita mahal, jangan kita yang menyesal sebab tak balik modal.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....