Friday, July 20, 2012

Menyambut ketibaan Ramadhan...dan aksesori baru!

Assalam alaykum! Salam Ramadhan 1433H! 


Kita mulakan tengahari (?) Ramadhan hari pertama ini dengan senyuman syukur. Alhamdulillah...akhirnya bangun jugak dari lena yang panjang selepas subuh. heh.

Mari check video baru ni. Serius bagi boost semangat. |klik gambar.

semedang je ak pakai gambar stockphoto. xedit lak tu. hehh..


Jom pakat ramai2 join sekali race ni. berbaloi-baloi... Sertai pelbagai majlis agama sekitar Selangor! |klik di sini.

Dan berbalik pada tajuk entri kali ni...aku juga meraikan kedatangan 2 sayangs yang baru. Ala aksesori murah je pun *muka xnk terima kenyataan*, tapi aku rasa bahagia sebab dah lama nak.

Aurora Changing Light Alarm Clock

Harga : RM12 + postage RM8
*korang boleh jumpa kat pasar2 malam dengan harga serendah RM10...huhu tp apasal kalau aku pegi pasar malam aku xpernah jumpa pun. 

Ok. Jam ni aku dah lamaaaa dah nak beli, tapi xjumpa2 kat kedai pasar etc. kat on9 je jumpa. mengada kan. Jam 4 segi ni boleh bertukar-tukar lampu; ada thermometer & date / time display. tu je. =)

oh. heh. barang2 lain yang interframe - mug xda tangkai, 'almari' kotak aku, tabung & mug free dari shokubutsu. Cameo - Indahnya hidup bersyariat & imam2 yang benar. sekian.

Sony Ericsson Txt Pro CKi15

Tengok gambar kat atas tu pun dah perasan kot, box henset baru. Finally bapak approve untuk aku beli henset baru. wuwu...TT_TT. Tapi aku xmampu nak beli SIII ke Lumia ke etc sebab bajet RM400 je. Ni harga asal RM260 tapi aku beli SD Card & Screen Protector, jadi RM350. ok la tu. nanti dah kerja aku beli yang lebih advance dari galaxy note. =))

er. ni gambar ambik dari google. =)

Setakat ni masalah dia satu je, xdapat detect wifi walaupun berada dalam zon wifi. Nanti la aku bawak balik kedai tu / Sony Centre kasi check2 sikit. Hari tu kat kedai aku lupa nk check.

Alhamdulillah lepas ni boleh la mula berjimat. Hehe. =p


Share:

1 comment:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....