Wednesday, May 23, 2012

Tulisan Korea [Hangul]

Salam.


Bukan main lagi gelak bila tengok variety show Korea tapi bila takde subtitle, diam pulak. 

Jadi, jom tengok kejap. Tulisan Korea a.k.a Hangul. 
Tak salah belajar benda baru kan.




dan ini ialah hangul pada QWERTY keyboard laptop anda. 

dan kalau nak try taip guna online keyboard, bukak SINI

nota kaki | Boleh la baca sikit-sikit. Tak perlu nak sit paper pun.


Share:

Sunday, May 20, 2012

A watch and a pouch

Salam.


Aku beli voucher kat milkadeal. Beli jam tangan dari couplelovetee, 50% off jadik RM25; dan pouch dari Beyonce Fashion, 54% off jadik RM27. 

Jam tu free delivery nationwide, tapi pouch tu ada shipping price untuk East Malaysia. aduh musykil. gimana gue mau bayarin nihhh... yang aku dah bayar guna voucher tu tak termasuk shipping. Jadi...?

Lagi satu, kan aku bayar voucher guna maybank2u si AN, duit dah kena deduct, tapi ada emel datang cakap transaksi melalui FPX gagal. Aik? Aku dah dapat voucher, milkadeal cakap aku dah bayar, aku siap emel lagi dua2 kedai online tu, siap sms lagi (memang naaakk sangat la nih), tapi kenapa? kenapa?

Sebelah hati aku cakap tak perlu risau, tunggu barang sampai je sebab aku dah lulus semua peringkat pembelian, cuma tang shipping price tu yang aku kena tunggu apa kata pihak kedai. Email tu ... salah send kot. hehe. 

Sebelah lagi hati aku cakap, aku kena usaha sungguh2 nak hilangkan kekonpiusan dan kerisauan aku nih. nanti duit ilang, rm52 tu kira banyak doh. beli mcdelivery pun tak sampai rm50 aku makan. boleh beli baju bundle lagi. tu yang mendorong aku untuk siap emel dan sms milkadeal, couplelovetee dan beyonce skali. hambek.

Risau takut kena cheat. tu je. kalau abis stok tapi duit aku kambektomama, xpe. kalau milkadeal tak nak bagi balik, tak ke hangus duit aku tu? well...just look and see.


Share:

Saturday, May 19, 2012

Find your name meaning! ...and many other quizzes!

Salam... ^^

Ok. Entri kali ni tak nak cakap panjang2, cuma nak kongsi beberapa laman sesawang yang best untuk:
1. sesiapa yang suka main2 game personaliti.
2. sesiapa yang suka korek rahsia orang (atau rahsia sendiri).
3. sesiapa yang sesaja suka ambik kuiz / test 'What your name tells you?' atau 'What ghosts are you' dan sebagainya pastu post dan share kat FB atau tweet.

Ini dia.... 

1. Blogthings.com 
Prepare for a day off because you got 1926 sets of quizzes to answer!

It's hard to believe, but yes, most of the answers are totally true! These quizzes are serious ones.

Peringatan
Ambil yang jernih, buang yang keruh. Ambil yang baik, jangan manfaatkan untuk kejahatan. Mungkin apa yang kita tahu dari kuiz2 ni semua boleh digunakan untuk kita perbaiki kelemahan, atau kawal diri pada masa-masa tertentu, atau menjaga perlakuan di depan orang berkenaan supaya kita tak menyinggung mereka (...lagi. mungkin). Tak salah mempelajari ilmu psikologi, asalkan tidak melanggar syariat Islam dan melalaikan. Sekian. Wallahu'alam.




Share:

Tuesday, May 15, 2012

Maru and the box gifs

Salam

Still remember Maru, the Youtube cat who loves boxes so much?
Here are some gifs I just  created a few minutes ago. 

Mintak maap sebab tak HD. heheh. Gif ni slow sebab aku letak potongan video panjang sangat. huhuh. sayang nak cut2.. 

ok. tadaaah.





aku: mata, kau tak nak tidur ke?
mata: tak. sebab aku tak tengok nota lagi ni.
otak: ha'ah. aku tak ingat pun apa yang kau baca tadi...

err...


Share:

Tahun ke-3 aku menyambut Hari Guru

Salam...

Alhamdulillah sekarang bila tarikh 16 Mei je, aku bukan setakat bagi wish Hari Guru, tapi dah terima wish dah. ^^ Both feels different. Fluttered, maybe. Tapi masih dalam IPG lagi ni, belum merasa sambutan hari guru di sekolah betul. Mesti best kan?

Tapi aku masih seorang anak murid. Kalau kira 15 tahun belajar ni, dah berapa ramai guru aku - semua la, guru kelas, guru subjek, guru sandaran, guru sit-in, guru praktikal, guru KAFA, guru kelas tambahan etc etc. Tapi tak semua aku mampu nak wish, sebab ada yang tak ingat nama dah sekarang. heheh. Ada yang dah takde, boleh wish dengan al-Fatihah dan Yassin, tapi yang takde contact number ni, cuma dapat sampaikan di angin lalu je la ye. huhu. cigu, minta maap...

For that, aku dah cipta gif lagi. nyahahaha~ yang ni pakai GifMake, sebab aku pakai gambar2 je. yang imgflip tu untuk tukar video jadi gif. 


SELAMAT HARI GURU untuk semua warga IPG, khususnya IPG Kampus Batu Lintang, Kuching; guru-guru yang pernah mengenali budak bernama Murni Afiqah bt Usop, yang pernah mengajar di :
1. Tadika Kemas Kampung Dato' Kuala Lawas
2. Tadika Kemas Ulu Merapok
3. SK(B) Agama Lawas
4. SK Agama (MIS) Lawas
5. SMK Agama Miri

.... Mr. Usop bin Buntak & Cik Murni Salwani bt Usop. heheh~ 
serta semua guru-guru yang pernah mengajar budak problematic ini. Sekarang dah ok, don't worry~

Moga Allah merahmati usaha kalian dan mengasihi kalian sebagaimana kalian mengasihiku; dan semoga ilmu yang disampaikan padaku itu akan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak. InsyaAllah..amin....





Share:

Monday, May 14, 2012

NASA's pictures of the day.

Salam..


I've been spying on astrological pictures; galaxies, stars, black holes and everything out there, ever since I was a little girl. It was when I was 7 or 8 years old, Dad used to bring us - my sisters and Mum - to watch the stars outside at our balcony after dinner. My home was far from the city, and there's not even any road lamps to disturb the blinking stars from our view. It was spectacular, really, and I miss that moment dearly. We couldn't do that nowadays ever since we move into the village - I mean literally, because we've lived at the entrance, literally the entrance of the village - and we got neighbors, which means it's bright, and we can hardly see the stars.


That's why I love it when they cut the electricity. heh.

I remember that round constellation chart, you know, the one that they use as a reference for which stars appear at the north sky and which one on south's. Dad used to refer to that chart -it's just a small round paper - to tell us which is which. We even quizzed about which stars the brightest, and how many stars in the Orion. Such a good time. Totally missed it. 

Then I would read books about Stars and Galaxies and all that science facts about astrology (and I love Archaeology, too) in the school library. I can't write it in NILAM though, because I thought it's hard to write about that in the small page of the book. Even until I'm in the secondary school, that love never quits. 

Now thanks to NASA, I can view my beloved 'outside world' more briefly. Truly, there's always something new to discover, something new to marvel at, something new to prove how beautiful Allah's creation are; out there, in that black blanket of mystery. 

How I wish I was an astronaut. or an astro-photographer maybe? ^^

Now, take a peek at some beautiful pictures I found on NASA's website. A picture a day. Find some more on www.nasa.gov.

And btw, Kids can play games on NASA's website too, here

The Swan Glowing In Flight ; a part of Constellation Cygnus. SubhanAllah! 


Horizon
Flying at an altitude of about 240 miles over the eastern North Atlantic, the Expedition 30 crew aboard the International Space Station photographed this nighttime scene. This view looks northeastward. Center point coordinates are 46.8 degrees north latitude and 14.3 degrees west longitude. The night lights of the cities of Ireland, in the foreground, and the United Kingdom, in the back and to the right, are contrasted by the bright sunrise in the background. The greens and purples of the Aurora Borealis are seen along the rest of the horizon.


Aurora Borealis Over the Midwest
In this image taken on Jan. 25, 2012, the Aurora Borealis steals the scene in this nighttime photograph shot from the International Space Station as the orbital outpost flew over the Midwest. The spacecraft was above south central Nebraska when the photo was taken. The image, taken at an oblique angle, looks north to northeast.

Pink Opaque
An extraordinary outburst produced by a black hole in a nearby galaxy has provided direct evidence for a population of old, volatile stellar black holes. The discovery, made by astronomers using data from NASA's Chandra X-ray Observatory, provides new insight into the nature of a mysterious class of black holes that can produce as much energy in X-rays as a million suns radiate at all wavelengths


Isn't it beautiful?
Picture was snipped from this video: Sad Piano Song


You know, star gazing is such a great hobby =)






Share:

Sunday, May 13, 2012

Aku dan exam

Salam.

Alright. Hari ni ahad. Esok Isnin. Kalau tengok papan notis aku yang melekat kat dinding dan diperbuat dari transparencies je ni...esok paper EDU 3104 pukul 2.30 petang.

Hmm. 

Kalau kira umur aku sekarang dah masuk tahun ke 21 (bukan 21 tahun). Which means aku dah masuk tadika masa umur 6 tahun pada tahun 1997. Jadi dalam tempoh 15 tahun ni, agak-agak dah berapa kali aku exam? Semua exam besar, exam kecik, exam penentuan masuk sekolah mana etc etc, semua exam tu lah. Jadi...agak2 apa yang aku rasa?

Sedikit malas la kot. 

Apa2 pun... debaran yang sama menghentak lagi. Belajar kena belajar. Kita tak boleh mengaku kalah, kau tengok lecturer2 yang dah berumur tu pun masih belum serik lagi dengan BELAJAR. Kau muda lagi..tak boleh give-up macam ni..ni...(self-hypnotize)

Allah permudahkanlah bagiku exam kali ini. Amin...  

Allah takkan bagi sesuatu ujian yang tidak mampu untuk hamba-Nya pikul. 


Tapi kan, baru sikit nota aku revise.. aduh~ 


Share:

Sejarah Solat 5 waktu


SUBUH


Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s, iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahnyang 2 rakaat.
Bagi Rakaat pertama tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Bagi Rakaat Kedua, tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga: tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibasy.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus dan bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah Yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacitanya terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

(Dipetik dari Diari Islam 1431 -1432 H / 2010, At-Taqwa Series)


Share:

Saturday, May 12, 2012

Today's Mother's Day!

Salam...

Check out today's Google doodle on Mother's Day. I managed to make gif image of it, using imgflip. Check it out!


HAPPY MOTHERS DAY, mama!

Sincerely,
your gorgeous daughter.


Share:

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!


Share:

Friday, May 11, 2012

Selamat Hari Ibu!



Sedikit titipan renungan buat anak-anak yang sedang berada jauh dari mak ayah, tak kisah la tengah study overseas atau bekerja atau mungkin yang tengah lari dari rumah kot. heheh.

Ingatlah ibu anda.

To my mom, Ruhaya Matyassin yang sedang berada di rumah. I know you would never bukak this video, neither the Internet. so, apa2 pun ma, Selamat Hari Ibu!

...everyday!


Share:

Kesiannya mereka bila dah cuti nanti...


Salam...

Hari ni Kukie duduk bilik aku sehari suntuk, dari pagi sampai ke pukul 8 lebih tadi. As usual dia duduk depan pintu bilik. Bila aku buka pintu baru dia masuk pelan2. Pastu duduk baring makan jela kerja dia. Ni tadi baru keluar. Nak jumpa awek la tu. heh. Takpe syg I faham u...


Kesian tau kat kucing tu. Dan semua kucing-kucing yang lain. Sebelum ni aku tak risau sangat la kot tapi sejak cleaner baru yang kejam dan suka membebel ni datang, aku rasa macam tak nak cuti pulak. Entah2 masa kitorang cuti 3 minggu kat rumah, diorang kerjakan kucing2 kat sini...cukur bulu ke..sepak ke...tuang asid ke...huishh. tinggi imaginasi aku. Seriau. 

Nilah Kukie. My dream cat. Tak kesah la korang mungkin panggil dia ni kucing tong sampah @ stray cat @ kucing buangan, I won't mind. Go on. Asalkan aku tak dengar sudah. 

Kat rumah aku takde kucing. Kat sini baru aku dapat merasa perasaan mempunyai seekor kucing. Aku tak bela kucing ni, aku tolong jaga je. Bagi makan, kalau dia kotor aku mandikan, kalau dia sakit aku jaga...etc. Tapi kalau dia berak kencing merata aku marah dia. pastu buat dunno kat dia. Tp kdg2 aku cuci or jirus hasil saham dia tu... ^^"

Jadi bila dah selalu aku buat macam tu kat dia, dia pun rasa macam bertuan la kan. Setiap pagi akan duduk depan bilik aku, atau bilik N atau bilik A. Kami tiga orang ni la yang suka sangat bagi makan kucing. Sampai cleaner tu ntah pape kutuk2 dengan reasoning yang tak masuk akal. Hari tu dia tengok aku mandikan Kukie kan, dia cakap:
"Ya Allah...dia mandikan kucing? Patutlah kucing berak. Nanti taik diorang kita (rakan sejawatan)  jugak yang kena cuci."
...and I was like...huh? Gara-gara aku mandikan kucing, kucing ni berak? Makcik, kucing berak sebab dia nak berak. Bukan sebab dia kena mandikan. 


Dan lepas kejadian tu asal je jumpa aku dia akan ungkit benda yang sama.
"Kau tau, ni lah budak yang mandikan kucing hari tu. Kucing tu berak kita juga yang kena cuci."
Aku dah penat berdebat pasal benda ni dah. Dah keluar segala hujah dalam FB. Malas dah nak ulas. Nanti korang pulak sakit hati baca kan.


Well, tadi masa tengok Kukie tidur, aku terfikir pulak. Masa kami takde nanti mesti diorang tunggu depan pintu bilik macam biasa. Pastu tunggu punya tunggu takde yang bukakkan, diorang lari pergi tunggu kat tong sampah. 


Tunggu punya tunggu takde yang bagi makan, diorang pun merayau-rayau pergi tingkat atas dan foyer Santubong Bawah. Takde orang pulak, jadi diorang pergi foyer depan dan duduk melangut tunggu kitorang, sorang pun tak datang2. Jadi seharian diorang berlapar. Pastu esok ulang benda yang sama. Siap mengiau-ngiau tapi pintu bilik kitorang tak jugak bukak2. 

Sampailah satu hari tiba2 KKWA ni riuh rendah. Diorang ingat kitorang dah balik, tapi bila tunggu depan pintu bilik, orang lain yang sedang kemas2 barang. Bila tengok diorang, of course kakak2 KDC tu halau kan. Lepas tu diorang pun pergi tepi tong sampah lagi, tunggu kena bagi makan. 

Tapi satu sisa makanan pun takde. Semua orang makan maggi. Tak pun makan kat restoran luar kampus, atau masak sndiri pastu hapuskan bahan bukti dengan membuang sisa makanan di luar asrama atau takde bahan bukti langsung! (makan licin)

Sekali lagi diorang akan berlapar. Dan tertanya-tanya...mana mereka yang selalu bagi makan tu?

=(

3 minggu je. Sekejap bagi aku yang seronok spend time dengan keluarga, tapi cukup lama bagi makhluk Allah yang tak bertuan dan terbiar ni...

Sedih. 





Share:

Saturday, May 5, 2012

Rage Comic: Jangan pandang rendah pada exam!


# storyboard, mine. Maaf lupa cakap, saya orang Sarawak, and this comic is in native Sarawak language. ^^" Rage characters on board 1 and 2, credited somewhere in the Internet and the last board was mine. (except for that Stephen Chow's picture.)

Walaupun mungkin bahasa dia lebih kurang mudah difahami la kan sikit2, tapi aku nak buat translation jugak:
A: Rilek je la. Esok kuiz je, 15 soalan. Objektif pula tu. Macam exam lepas2, senang je...
B: Betul ke?
B: Tak payah la baca sangat, scan je...
....



Share:

Bagusnya kahwin muda =)


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...

Kenapa tetiba nak bercakap pasal kahwin muda ni ye? Ok, to be honest, this is among my wishes when I was little. I want to get married at the age of 21, but now I only have 6 more months to make it happen and there's nothing going on. Takde apa2 petanda pun yang hajat aku tu akan tercapai. Aku tak salahkan takdir sebab Allah yang pegang jodoh dan ajal aku. Siapa tahu mungkin aku akan jumpa ajal dulu dan pasangan aku berbai'ah kat Loh Mahfuz dulu menanti aku kat syurga. Atau mungkin lain. Allah lebih mengetahui, wallahu'alam, siapalah kita hanya makhluk-Nya cuba hendak berteka-teki perihal yang tidak patut dipersoalkan.
Kenapa nak kahwin awal? Satu, fitrah manusia hendak mencintai dan dicintai. Dan perkahwinan menghalalkan perkara itu. Aku dulu pernah ber'couple', which at that time, just out of curiosity. Aku tak tahu beza cinta dan nafsu; dan realiti cinta itu takkan mungkin terzahir dengan ber'couple'. Trust me. Bila dah lama bercouple you'll realize that you're doing the same thing. Bila dia merajuk, pujuk. Sms bertimbun tanya dah makan ke tak, etc etc pastu sebelum tidur bergayut dulu , esok bangun lambat, mak tanya kenapa eye-bag timbul cakap xcukup tidur, xdpt tidur. padahal semalam dah mnghabiskan kredit berapa ringgit sedangkan bercerita benda yang almost the same je. Skop yang sama yang membosankan. Saya dah terjebak lebih jauh ke dalam, tapi Allah selamatkan saya. Allah sedarkan saya yang cinta saya itu sia-sia. Allah bagi saya peluang bertaubat. Pastu saya masuk balik lubang yang sama, sengaja menjatuhkan diri dan berharap cinta ini akan membawa saya kebahagiaan. Bagai nak rak konon. Budak tak cantik ni nak bercinta..ooh sangat tidak molek. Akhirnya saya sendiri yang meruntuhkan pegangan saya sendiri masa sekolah dulu - "taknak couple". Sekarang taklah. Saya dah bangun balik. Mudah2an Allah kentalkan hati saya sekental hari ini atau lebih baik, untuk tidak menerima cinta lelaki selain suami...

Kedua; Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi).

Hati remaja ni masih muda, masih membara. Bila bercinta bukan main lagi hangatnya sebab syaitan dah tiup pelbagai macam tipu daya. Tengoklah dari mana...majalah...TV...remaja kan up-to-date, dan syaitan punya medium sebar fitnah pun up-to-date. Pakai FB pun boleh..tweet2 tengah dating kat mana. etc etc. Siap tiup rasa cemburu bila tengok org ada caple kita tadak. MasyaAllah... Jadi bila dah diikat awal-awal dengan tali perkahwinan, wanita itu sudah terjaga, sudah terjamin tempatnya di syurga HANYA apabila dia berlaku baik dengan suaminya, si suami pun takyah nak playboy lagi, dah matang di usia muda. Dapat anak pun cepat...

gambar dari blog Dena Bahrin @ Nur Dianah yang berkahwin pada usia 20 tahun pada 28 April 2012. Barakallahumma! ^^

sekali lagi nak ucap tahniah pada Farah Lee yang berkahwin pada usia 23 tahun...^^

Sekarang sangat jeles bila mendengar khabar orang kahwin dah. Apatah lagi yang lebih muda dari kita. Sekarang junior saya ada yang sedang hamil 6 bulan, alhamdulillah...^^...

Dulu masa mula-mula dengar berita budak sama batch (tapi lain IPG) nak kahwin, bukan main terkejut. I was like "What? Dah nak kahwin dah?" padahal tak salah pun. Tak sedar diri ini sudah tua. Dan bila dapat news junior pulak yang kahwin, lagilah terkejut. Sejak itulah saya selalu jeles bila dengar khabar orang dah kahwin. Dulu takrif kahwin bagi saya ialah makan-makan, orang bersanding dan gifts. Sekarang seolah-olah terpanggil hendak jadi orang yang tertera namanya pada kad jemputan kahwin, yang berbaju putih di hari akad nikah, yang disarungkan cincin dan yang menyambut tetamu semasa walimah. Dan pada usia muda, tak payah nak susahkan mak ayah. (aa..masa nak kahwin tu ada kot susahkan sikit. heh. tapi lepas kahwin kan kita ni tanggungan suami) Teringat beberapa bulan lepas saya ada tengok al-Hidayyah topik dia tentang kahwin muda # ada pasangan yang belum pernah tinggal sebumbung, belum pernah bersama la maksudnya tapi dah kahwin, perempuan tu masih di bawah tanggungan ayah dia, tapi kalau suami nak bagi nafkah mcm sara diri tu kan, boleh jugak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada yang lebih arif ye..

Tapi kemudian terfikir pulak kan...hal mentua, hal tak dapat tinggal ngan mak ayah (perempuan kena ikut suaminya), hal masak-memasak, urus kewangan rumahtangga, jaga perhubungan dengan suami. Macam semua benda masa zaman bujang - friends, freedom, family semua kena tarik bila lafaz akad nikah  Amboih aku cakap macam orang dah merasa kawen. haha.

Walaupun sekarang dah datang naluri nak berumahtangga tu kan tapi aku kena fikir jugak. Sabar tu kan tanda adanya iman. Allah tak sampaikan jodoh aku lagi mungkin sebab aku belum pandai masak, aku tak pandai lagi nak urus diri (muka pucat je, badan tak slim lagi nih, kewangan pun kontang-kanting asyik nak mintak duit je ujung bulan, mekap pun tak pandai macamana nak lawa2 depan suami), aku tak berapa bijak dalam pergaulan dengan orang-orang tua...dan banyak lagi..dan ...dan..bila fikir ni aku sedar aku belum layak, belum bersedia untuk kahwin. Allah lebih tahu terlalu banyak kekurangan yang mesti difixkan sebelum aku bergelar isteri orang.

Bukan desperate nak kahwin. Tapi kahwin itu membawa rezeki, bawa kebahagian, membuka jalan menuju rahmat Tuhan... Insya Allah...Jadi siapa2 yang rasa hesitate nak kahwin sebab macam kes Dena Bahrin tu kan arranged marriage, solat istikharah pastu Allah akan tunjukkan. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar... Bagi kes macam saya ni pulak...give our heart to Allah, and He'll give it to our other half. =)

Insya Allah...


Share: