KLIK SAYA!

Kesiannya mereka bila dah cuti nanti...


Salam...

Hari ni Kukie duduk bilik aku sehari suntuk, dari pagi sampai ke pukul 8 lebih tadi. As usual dia duduk depan pintu bilik. Bila aku buka pintu baru dia masuk pelan2. Pastu duduk baring makan jela kerja dia. Ni tadi baru keluar. Nak jumpa awek la tu. heh. Takpe syg I faham u...


Kesian tau kat kucing tu. Dan semua kucing-kucing yang lain. Sebelum ni aku tak risau sangat la kot tapi sejak cleaner baru yang kejam dan suka membebel ni datang, aku rasa macam tak nak cuti pulak. Entah2 masa kitorang cuti 3 minggu kat rumah, diorang kerjakan kucing2 kat sini...cukur bulu ke..sepak ke...tuang asid ke...huishh. tinggi imaginasi aku. Seriau. 

Nilah Kukie. My dream cat. Tak kesah la korang mungkin panggil dia ni kucing tong sampah @ stray cat @ kucing buangan, I won't mind. Go on. Asalkan aku tak dengar sudah. 

Kat rumah aku takde kucing. Kat sini baru aku dapat merasa perasaan mempunyai seekor kucing. Aku tak bela kucing ni, aku tolong jaga je. Bagi makan, kalau dia kotor aku mandikan, kalau dia sakit aku jaga...etc. Tapi kalau dia berak kencing merata aku marah dia. pastu buat dunno kat dia. Tp kdg2 aku cuci or jirus hasil saham dia tu... ^^"

Jadi bila dah selalu aku buat macam tu kat dia, dia pun rasa macam bertuan la kan. Setiap pagi akan duduk depan bilik aku, atau bilik N atau bilik A. Kami tiga orang ni la yang suka sangat bagi makan kucing. Sampai cleaner tu ntah pape kutuk2 dengan reasoning yang tak masuk akal. Hari tu dia tengok aku mandikan Kukie kan, dia cakap:
"Ya Allah...dia mandikan kucing? Patutlah kucing berak. Nanti taik diorang kita (rakan sejawatan)  jugak yang kena cuci."
...and I was like...huh? Gara-gara aku mandikan kucing, kucing ni berak? Makcik, kucing berak sebab dia nak berak. Bukan sebab dia kena mandikan. 


Dan lepas kejadian tu asal je jumpa aku dia akan ungkit benda yang sama.
"Kau tau, ni lah budak yang mandikan kucing hari tu. Kucing tu berak kita juga yang kena cuci."
Aku dah penat berdebat pasal benda ni dah. Dah keluar segala hujah dalam FB. Malas dah nak ulas. Nanti korang pulak sakit hati baca kan.


Well, tadi masa tengok Kukie tidur, aku terfikir pulak. Masa kami takde nanti mesti diorang tunggu depan pintu bilik macam biasa. Pastu tunggu punya tunggu takde yang bukakkan, diorang lari pergi tunggu kat tong sampah. 


Tunggu punya tunggu takde yang bagi makan, diorang pun merayau-rayau pergi tingkat atas dan foyer Santubong Bawah. Takde orang pulak, jadi diorang pergi foyer depan dan duduk melangut tunggu kitorang, sorang pun tak datang2. Jadi seharian diorang berlapar. Pastu esok ulang benda yang sama. Siap mengiau-ngiau tapi pintu bilik kitorang tak jugak bukak2. 

Sampailah satu hari tiba2 KKWA ni riuh rendah. Diorang ingat kitorang dah balik, tapi bila tunggu depan pintu bilik, orang lain yang sedang kemas2 barang. Bila tengok diorang, of course kakak2 KDC tu halau kan. Lepas tu diorang pun pergi tepi tong sampah lagi, tunggu kena bagi makan. 

Tapi satu sisa makanan pun takde. Semua orang makan maggi. Tak pun makan kat restoran luar kampus, atau masak sndiri pastu hapuskan bahan bukti dengan membuang sisa makanan di luar asrama atau takde bahan bukti langsung! (makan licin)

Sekali lagi diorang akan berlapar. Dan tertanya-tanya...mana mereka yang selalu bagi makan tu?

=(

3 minggu je. Sekejap bagi aku yang seronok spend time dengan keluarga, tapi cukup lama bagi makhluk Allah yang tak bertuan dan terbiar ni...

Sedih. 





No comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....