Sunday, October 7, 2012

Program Rehlah dan Amali Fardhu Ain di Kem Alapong, Lundu | #1 First Day

Salam alaykum =))

Kali ni entri bergambar . ^____________________^

2 jam yang lepas aku baru balik dari Kem Alapong, Lundu. Eksaited dan kegembiraan masih belum hilang! haha . giler best. Serius best. Terpadam memori buruk masa BIG 1 kat tempat yang sama. tehehehe~

Program ni under PISMP PA Jan 2009, yakni kelas senior aku yang paling senior sekali. Tinggal 2 bulan lagi pastu diorang akan graduate jadi nak huhahuha sikit la kan sebelum tinggalkan IPG lagipun kitorang tak lama lagi nak exam so release tension la sikit. Memang release tension pun. Serius best!! 

Yela kan nama pun pergi kem, rasa macam ada jadual ketat dan padat padahal tak pun. hehe

Hari pertama, kami bertolak dari IPBL dalam pukul 8 pagi. Aku punyala malas nak packing barang tapi eksaited nak pergi. Besar beg aku sebab bawa set baju spare hehe tapi bagus apa sediakan payung sebelum hujan kan. Dengarnya ada aktiviti air jadi aku ready2 jela. 

Terjadi fenomena gegaran pada gambar-gambar berikut. Harap maaf.

itu bas IPBL. Kami dah nak bertolak. Go go Alapong!

Bas aircond untuk akhawat dan bas angin untuk ikhwan. Sengaja betul dah agak dah diorang budak laki nak cop bas aircond bila nak balik IPG sebab sedap tidur bila dah penat. Tak kisah kot sebab aku berjaya tidur dengan enak dalam bas angin. Lagi sedap. 

Oleh sebab perjalanan ke Lundu ambil masa kira-kira 2 jam kalau bas bergerak santai, maka kami pun singgah di pekan Lundu untuk sejam. Pastu pukul 11 kitorang gerak ke kem. Pada masa tu masing-masing dah aktif mengunyah makanan ringan dan biskut-biskut kering. =)

Otw ke ATM RHB Bank.

 Ini Pekan Lundu =) *y u take parking lot pnya gmbr...=S

Dan first priority apabila turun dari bas ialah...

heh. Terima kasih Hotel *** Lundu. Tak sanggup nk masuk queue panjang kat stesen minyak.

Kami sampai ke Kem Alapong kira-kira nak dekat pukul 12 tengahari, jadi kami proceed kepada aktiviti penyembelihan. Oh ya, selain kami tiga batch, rombongan kami juga terdiri daripada 30 ekor ayam daging yang masih hidup =)) Lepas parking bag di bawah pondok makan, Ustaz Mahadi pun bagi penerangan tentang cara-cara menyembelih yang betul, rukun sembelihan dan perkara-perkara wajib dan sunat semasa penyembelihan. Syarat sah sembelihan ada 3; Penyembelih, Haiwan yang hendak disembelih dan alat sembelihan yakni pisau yang sudah ditajamkan. Jangan tumpul, menyiksa kang. Lepas tu masa nak menyembelih paling2 simple baca Basmalah, urut-urut tengkuk ayam tu bagi rasa mana 2 urat yang kena diputuskan dan sembelih. Jangan sampai putus kepala dia, kalau putus dia akan jadi bangkai. Bangkai tak boleh makan melainkan haiwan di laut, so membazirlah kalau salah cara sembelih. Jadi untuk maklumat lanjut sila tanya pada yang pakar. Saya cuma pernah sembelih ayam sekali je. huhu

Lepas tu kami bawa barang peribadi ke bilik penginapan masing-masing. Aku dan kawan sekelas 8 orang dapat bilik Manggis. Comel nama buah-buahan. Bilik tu ada 2 katil double decker je, tapi dah bersyukur dah sebab better lagi dari aku tidur bergelumang pasir dalam khemah. hehe. Tapi ikhwan semua duduk khemah, sebab lecturers diberi keutamaan untuk menginap di bilik penginapan lelaki, which is, sebelah dorm kitorang je. Dengar je suara Ustaz Mahadi dan Ustaz Salleh kat sebelah. heh

Jadi prospek tugasnya begini : super senior masak dan perap ayam untuk BBQ, senior sembelih ayam dan cabut bulu dan junior sediakan ayam, yakni belah buang isi potong-potong dan bersihkan. Aku kerja sesungguh hati sebab nak main puas2 petang tu. Alhamdulillah enjoy. Balasan setimpal ye =) Tapi kami tak la stick too rigid pada tugasan yang dah dibahagikan, saling membantu kan mengeratkan ukhuwah. Tak best la kalau goyang kaki tunggu orang hantar ayam untuk dikerat, dah la cabut bulu ayam bukannya sekejap...jadi kami tolong la mana yang patut sebelum kerja kami sampai..


...ni masa senior sorang-sorang sembelih ayam. Hati-hati jangan sampai jadi bangkai...

Sedia bahan memasak...

Suasana penyembelihan. Macam kenduri kan? Oh yang pakai blouse maxi kaler coklat tu isteri Cikgu Khai, Kak Lidya. Anak-anak dia tiga orang yang pakai singlet putih tu. Comel.

Dan ini tempat memasak. Memang macam suasana kenduri sebab ada 'pakcik'2 yang tengah melepak. =D

Pakcik aku ternak ayam daging. Jadi masa cuti pertengahan tahun dulu aku ada ikut tolong dia bersihkan ayam dan sedia untuk dijual. Kami bangun pukul 3 pagi dan bersihkan ayam dalam lebih kurang 30 ekor setiap hari sebab dia biasanya satu batch ayam nak disembelih kira-kira 200 ekor. So lebih kurang seminggu la bangun 3 pagi dan terus tengok ayam. Tapi aku kerja dalam 3 ke 4 hari je. Tapi sekurang-kurangnya aku ada pengalaman. Jadi kira eksaited la aku sebab benda ni aku pernah buat. Heh bangga.

Jadi aku tolong belah ayam dan keluarkan organ dalaman. Lepas tu bersihkan ayam yang dah dipotong kecik2. Hilmi sebelah aku tukang belah dan potong ayam. Fyqah bersihkan ayam sama dengan aku. Atiq, Kak Lidya, Kak Ros dan Hanisah bersihkan organ dalam ayam macam buang hempedu, bersihkan bladder dsb. Berapa kali Cikgu Khai pantau kitorang sebab dia in charge sup ayam. Lepas tu kantoi kitorang buang kulit ayam, sayang dia kata dan dia pi ambik balik. hihi. Nasib boleh makan lagi, kalau bagi semua kat kucing memang hapus licin semua bahan bukti.

 Kami semua saling berkongsi pengalaman jadi memang best sebab masing-masing tak kekok nak mengajar dan tak malu nak bertanya. Harmoni je. Hihi <3 Dalam tiga jam je kami dah siap prepare nasi, sup ayam, sambal mangga, sayur kacang dan kobis tumis dan kerabu kaki ayam dengan su'un oleh guest chef special Kak Lidya. Sedaappp...

Oleh sebab kami makan pukul 3 petang, jadi dalam pada tu ada yang solat jamak taqdim. Lepas Asar, lepas kenyang dan kemas-kemas tempat memasak, kami berehat-rehat. Aku pasang telinga dengar kalau-kalau ada yang nak gi pantai. Aku, Nisah dan Kak Ros la eksaited giler mandi laut, yang lain malas sebab nanti baju berpasir susah nak cuci. Pastu terserempak dengan Kak Hanis dan Kak Mar tengah pakai jaket keselamatan terus kitorang lompat katil dan pergi ambik sorang satu dan off to the beach! Gle best hihi. 

Sebab aku tak pandai berenang la aku suka mandi macam ni sebab jaket keselamatan disediakan secara percuma. Boleh la belajar berenang sekejap-sekejap kan. Lepas tu main apung2 hanyut sambil bergelak ketawa dengan riang. Kami siap pinjam kayak BIG dan aku berkayak dengan Kak Hajar. Best. Sebelum ni masa BIG 1 kitorang berkayak pakai rakit paip, jadi perasaan tu tak sama. Yang ni smooth je. Nak naik pun senang. =) Ramai kami yang mandi masa tu jadi asyik berlanggar dengan kayak lain dan orang yang tengah terapung-apung. Aku pun terjerit-jerit "Ada keta depan! Keta kat depan!" Haha. Tak perasan pulak aku ingatkan aku sebut kayak. Emo takut kena saman kalau eksiden heheh. Belum lagi kena tahan dengan 'lanun2' yang berenang ramai2 tu. Annoying sungguh haha. 

Sorang-sorang masuk ke dalam air jadi makin bertambah komuniti duyung2 kat Pantai Pandan tu heheh. Even Cikgu Kamaruzzaman dan Cikgu Khai turun padang sekali dengan anak isteri diorang. Aku sempat berguru renang dengan Ustaz Mahadi lagi. Ada yang main bola tampar konon tak nak basah tapi last2 masuk laut jugak. =)) Jadi kami pun bersuka-ria main sampai hari hujan tapi ada yang dah sebati dengan laut sampai tak nak naik walaupun hujan makin lebat. heheh. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....