Showing posts with label Photo time. Show all posts
Showing posts with label Photo time. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Monday, October 14, 2013

Karnival Festival Kesenian Islam

Assalamualaikum. =)

Dah 10 Zulhijjah dah!! Allahuakbar! Salam Aidiladha 1434H, Maaf Zahir Batin. Esok pakat ramai2 sembahyang Raya ye...sembahyang Raya dan dengar khutbah Raya ye. Kesian tau tengok khatib bersungguh baca khutbah sedangkan jemaah sorang2 keluar masjid. Bukannya benda tak berfaedah pun yang dia bacakan tu. Dapat pahala lagi.

...dan akhirnya aku berjaya renovate blog. Seperti biasa aku tak tau konsep apa aku nak pakai dalam deko2 kali ni jadi aku main redah je dan eureka...pastel lagi. Lagi lagi pastel. ah lantak janji tak menyakitkan mata (angguk2 puas hati dengan diri sendiri. haha). Aku banyak ambil tutorial dari Qazeh Hafizah dan Nys Anis jadi banyak2 terima kasih pada blogger berdua ni. Bila blog dah diubahsuai baru ada feeling nak taip entri. 

Alhamdulillah lepas habis praktikum (last day at SKMJ : 20.9.2013) maka berlangsunglah Festival Kesenian Islam IPGKBL dari 26 - 29 September 2013. Ada Musabaqah Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan, Festival Nasyid, Karnival dan sebagainya. Aku AJK Karnival (bahagian jualan dan pameran) jadi seminggu sebelum karnival aku dan Atiq duduk tepi DKA, call wakil agensi dan pihak yang kami jemput untuk pastikan dorang ikut ke tak. Kitorang siap tulis skrip pastu peluk tiang sambil cakap haha naves punya pasal. Ketaq tangan bhai...cakap pun formal. (pastu muka bajet pro padahal phone call je pun. heh)  Tapi agak sedih sebab ramai yang tak dapat surat jemputan tu lagi dan kata tak dapat pergi sebab lambat sangat inform. Adoh. Takpela. pengajaran.

Anyway walaupun karnival kami kecik tapi sekurang2nya IA BERJALAN LANCAR dan LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS. Aku yang urus tahun lepas dan ianya nightmare. Pasal tu la aku takut sikit tahun ni sebab karnival tahun lepas tak berapa menjadi. 

Tahun ni best sebab murid-murid sekolah datang, pastu banyak aktiviti sampingan bukan setakat jualan dan pameran, antaranya
Spell it right versi Jawi
Pertandingan Karaoke Lagu Nasyid
Peragaan Busana Muslim dan Muslimah Kanak2
Pertandingan Khat
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Memasak
Memanah
Menunggang kuda

Kuda datang awal pagi. Mula2 sampai bising dia meringkik..."aku kat mana ni?". Jadi ramai yang eksaited dan tanya, kuda boleh tunggang ka? Boleh, kitorang cakap, tapi tunggu instructor dia. Boleh tangkap gambar dulu, kami cakap. Pastu instructor dia blah, orang kata nak ambik kuda sekor lagi. Jadi makin eksaited orang, tanya lagi, kami cakap, tunggu instructor sampai. Sampai ke tengahari kuda tu berpanas, kami pindah bawah khemah. Kesian, dia panas dan lapar, pastu semua orang berkerumun tengok dia ambik2 gambar dan sua2 lalang. Petang pukul 5 baru instructor dia datang, rupanya dia bukan ambik kuda sekor lagi. Katanya tak nak bawak orang naik kuda sebab tadi panas, biasanya orang naik kuda petang. Oo..kami cakap, padahal karnival dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Orang dah makin kurang ramai yang pulang. Jadi yang merasa naik siapa lagi...kalau bukan warga ipbl, ajk sendiri dan wakil agensi yang berjual dan buat pameran (abang dan kakak MPH naik kuda dengan eksaited. ;3)

tengok jela kuda tu ye dik. kesian.

Tapi petang tu aku sempat naik. First time tau. Kesian. RM5. Tapi jalan round padang jela, takde nak lari. Kalau reti kontrol kuda boleh la kot. Instructor tu cakap kuda tu bosan sebab asyik berjalan je. Kesian. 

Kenapa ada memanah dan menunggang kuda? Sebab tu sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pun anjurkan berenang tapi kami tak mampu la nak bina kolam renang indoor sebuah ^_^". 

maaf back profile. adik2 pakai baju oren ni dari Sekolah Sukan, ambik Archery. Malu malu jugak sebab dorang expert. Tapi malu tu tak lama, aku main sampai 3x (1 kali = RM3 = 4 panah) dah la tak malu mintak belanja Nisah bahahaha. Dan dari 12 panah aku berjaya sangkut hitam 2, biru 2 dan satu kuning. Yang lain melencong ke tanah.

haha. aku gelak sorang2 tengok orang2 kat belakang tu. priceless.

Pertandingan Memasak pun ada. Atiq pun join sekali dengan Azri dan Maya. Dari 6 kontinjen (?) dorang dapat no.3. Terer gitu. 



Menu utama belut. Diorang pelbagaikan jadi masak lemak, kari etc. Nama kemain fancy, aku tak ingat langsung. 

peserta-peserta lain.

pemenang2 Kids Fashion Show. Tahniah!

Lepas Majlis Perasmian oleh Tuan Pengarah, kami berebut belon helium dengan budak2. Pasal pa? Nak makan helium. nak buat suara comel. nak buat gwiyomi. haha. nak makan penampar sungguh. tapi banyak yang terlepas jadi dia terbang ke atas dan tersangkut. Sekarang tak tau apa jadi. Kempis dah kot.

...masa orang dah ramai balik, ajk sendiri yang berkaraoke. tehee.

Last2 aku post gambar je haha. Sekarang dah pukul 12 malam sebenarnya. Esok nak bangun sembahyang Raya. Gilos aku tak tidur lagi ni. Anjing dah menyalak2 kat luar. Kucing dah menangis-nangis dah. Brr seram.

Sebab blog dah renovate setelah sekian lama tak post entri maka ada baaaanyaak cerita aku nak update ni. Tentang Program di SK Buntal dan Raya esok insyaAllah.

Till then, Salam Aidiladha!

Share:

Wednesday, July 3, 2013

Demam Keychain Plushies

Assalamualaikum. =)

Lepas beberapa hari tak dapat connect wireless maktab sebab adapter rosak.

Lepas beberapa hari tak bukak emel dan FB.

Maka aku menemui hobi baru - buat keychain plushies.


Apa tu?

Ni.


credit to the owner. 

Tapi aku buat tak secantik ini. Yelah kan, amatur. Sekali cuba terus gian. (^^")

Sebenarnya ni salah satu aktiviti usrah. Buat keychain untuk dijual, nanti boleh salurkan untung untuk badan kebajikan Palestin. Kain pun bukannya aku beli. Jadi tukang buat je.

Masa mula-mula dapat kain felt pelbagai warna + key chains + kapas yang macam dalam patung teddy bear tu, aku buntu nak buat apa. Rajin tidak, kreatif pun tak. Jadi aku buat yang ala kadar je....


Dan yang wajib - bendera Palestin.

Kemudian lepas buat eksperimen sikit, aku pun reti buat bentuk love...


Dan kakak aku turut menyumbangkan idea. "Bag Gucci..." katanya. Dan dia pun buat handbag hitam pink. Lepas tu aku pelbagaikan idea dia...


Kemudian aku mintak ihsan butang dari Nisah (barter dengan riben). Dan google design keychain. Pastu ubahsuai sikit dan jadilah...


Lepas tu aku terfikir nak buat huruf dan ikon-ikon yang tengah in sekarang. Macam wechat, Play Store, Blogger, FB, RSS Feed etc, tapi ni je yang aku mampu buat...


...dan give up apabila merasakan ia agak kurang lawa. 

Lepas ni aku nak beli kain felt, buttons, riben dan benang lagi. Baru semangat buat bila pakai barang sendiri, ye tak? =)


Kalau tengok dekat memang nampak tak kemas heheh. Tapi aku suka buat dan practice makes perfect, right? Jadi...

siapa yang yakin dengan aku, dan nak mintak buatkan benda-benda macam ni, bolehlah hantarkan design yang anda nak (atau nyatakan saja. e.g.: logo Instagram) ke emel akuskalo@gmail.com atau di ruang komen di bawah. Harganya...boleh nego, dan tengok saiz. Rasanya takdelah sampai lima ringgit kot. Lagipun kalau korang rasa tak kemas ke apa, boleh je kurangkan harga. Dan aku buat sekadar suka-suka.

Or perhaps I should do a Giveaway? ;)

Tapi kena tunggu aku beli barang dulu baru boleh mula buat. So for the time being, bolehlah hantar request keychain / phone strap pilihan anda =)

Thanks for reading.

Share:

Thursday, March 28, 2013

Bejalai ~

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah cuti seminggu ni aku tak terperuk dalam bilik je (as I always did before). Puas berjalan-jalan...

Ahad |
Pergi Kg Atas, Bau jadi cikgu kelas Fardhu Ain sekejap ajar anak-anak muallaf =) Bersama Atiq, A.Jepi, A.Adul dan A. Ikhwan.

"Eh ustazah baca doa makan ke?" 


Selasa|
Pergi Rainbow Stationeries dengan Atiq & A.Jepi. Baucar buku habis... =_=" Then beli roti kat Taka dan makan kat Taman Sahabat. Round taman dan ambik gambar puas2 pastu balik. Best =) Walaupun agak awkward dengan A. Jepi (sampai aku ngan Atiq xnak duduk sebelah seat driver. Kesian A. Jepi mcm drebar pulak..) tapi jalan2 mcm ni best, santai je. Jeles tengok makcik pakai topi ahjumma bagi makan labi-labi tapi hajat nak mintak perhatian ngan ikan dalam kolam xjadi sebab pakcik jual makanan ikan tak datang hari tu. hm.

Rabu |
Pergi Satok dengan Atiq sebab nak beli pembalut fancy2 untuk portfolio dan buku RPH. Otw nak naik bas Ada dan Aten kutip kitorang dan tumpangkan sampai Satok. Jimat RM1. Beli Friskies dan pembalut buku dan tunggu waktu Zohor di surau Wisma Satok. Made new friend, Kak Fynas and chitchat like an old friend. It's fascinating to talk freely to strangers! Lepas tu duduk Herbalife diam2 main Bubble Shooter dan jumpa dengan Harman. Makan Nasi Goreng Bakso + Air Limau Kasturi kat Iqram Station dan jumpa Syafiq. Pastu naik bas gi India Street. Then masuk One Stop beli sudu untuk masjid dan terserempak dengan Ustaz Ali dan anak dia jalan2 cari headphone handset (heheh). Jadi kami balik ke mktb balik dgn Ustaz Ali. Jimat lagi RM1. So interesting this life is. *detail gle. haha maaf*

Khamis |
Pergi Sweet Memory kat Tabuan dengan Zul, Azri, Sya dan Atiq (dia ni lagi! haha) Memandangkan baucar buku dah habis jadi aku gigit jari bila tengok alat tulis fancy yang menggamit jiwa...huhu. Lepas tu kitorang gi The Spring tengok2 buku kat MPH, makan kat Sugarbun dan beli Pretzel. Best sebab kali ni keluar dengan geng jadi borak dan bergelak ketawa tak ingat dunia dalam kereta.

Jumaat | 
InsyaAllah dari pukul 6.30-11.00 malam akan ada event 'Kuching Berselawat' dengan Maulid. Banyak lagi pengisian lain, jadi jom datang ramai2! Maaf, sila google untuk dapatkan iklannya ya heheh.

Sabtu |
InsyaAllah pergi kenduri kahwin saudara Qeelah. 

Ahad | 
Pergi lagi ke Kg Atas untuk ikut program yang sama. Semangat seh sebab nak bawa BBM dan worksheet. Mudah2n pljrn kali ni lebih efisien sebab ada BBM...amin.

Dan Isnin, 1 April 2013 aku akan start praktikum Fasa I. Doakan segalanya berjalan lancar..insyaAllah..

a little skit

that girl holding an iPad is 7 years old. 

  Budak-budak zaman sekarang...aku dulu umur macam korang ni, lepas habis kelas main batu seremban je dik, tak pun main sep sep bom bom (dan permainan tangan yang lain. heheh) atau tengteng atau zero point. Dahsyat kot game bebudak sekarang....


ini Abang Ikhwan. 

hehehehe praktis buat labu sayong ke bang? =D

maaf entri kali ni agak lagha. hoho

Share:

Sunday, March 3, 2013

Kursus, Makan Doa Selamat, Diskusi Buku, dan buku baru


Salam alaykum =)

Semacam nak buat summary.

KURSUS PEGAWAI TEKNIK GRED 3|

Alhamdulillah Rabu - Jumaat lepas aku dah ikut Kursus Asas Pegawai Teknik Olahraga supaya bila dah jadi cikgu nanti aku boleh terlibat dalam jawatankuasa sukaneka / sukan sekolah. 

Aku suka. 

2 hari sesi ceramah menghabiskan 91 muka surat buku peraturan Olahraga KOM 2012-2013 yang tulisannya mungkin menggunakan font Times New Roman saiz 8 dengan spacing 0. Adalah beberapa ketika aku pancing ikan tapi sedaya-upaya nak fokus sebab nak habiskan buku tu sorang-sorang kompom tak mampu. 
Share:

Friday, February 8, 2013

Wednesday, February 6, 2013

Monday, January 14, 2013

Gambar Bercerita (27 gambar)

Salam alaykum =)

Entri ini saja dipublish untuk lepaskan rindu buat entri walaupun sekarang tak ada idea. Layannn...



Pekan Lawas yang lengang pada waktu tengahari. TENGAHARI ya.


Oh si Putih yang suka tidur di atas dekoder ASTRO. Kalau terer cuba teka channel apa nih. Dapat jawab aku bagi set ASTRO Njoy free heheh.


Kucing kat rumah nenek aku. Cuba kira berapa ekor. =D


Kenangan Bengkel Add Math 2008. Takde pen merah pun kan heheh. Aku tak bagi tunjuk kat cikgu pun =D. Segan.


Pavlova Mangga by Murni Salwani. Fresh cream yang enak dipadu dengan mangga epal yang manis dan empuk (??) . nyamnyam...


Yeah ini dia Si Handsomeku. Tapi sorry back profile je dapat bagi. Punyala susah nak ambik gambar dia ni, because my grandmama is watching...


Anak arnab dan anak tupai. Back profile lagi haha. Anak tupai ni bapa aku jumpa masa dia nak mesin rumput, terjatuh dari pokok kot. Nak letak balik tak tau mana sarang dia jadi kami adik-beradikkan dia dengan anak arnab yang lain. Tupai yang minum susu arnab. 1 Malaysia.


Lalala my best picture! Anak-anak arnab yang berumur 2 minggu di dalam poket baju adik aku. haha. 


Ok ini masa fly ke Miri. Pakai twin otter. Dan macam biasa, saya bersauna di dalam kapal terbang berkenaan. =)) Cantik kan awan?


SubhanAllah! Hari nak hujan!



Ok meh test ilmu Geografi sat. Kenapa sungai tu bentuk macam tu dan apa yang berbentuk seperti ladam kuda itu? (aku macam terbagi jawapan terus...)


Ya kalau anda fly dari Lawas ke Miri, mostly view yang anda akan dapat dari tingkap Twin Otter *takda plane lain* ialah ladang kelapa sawit, hutan dan again, sungai.


High heels for take-aways!


Pesanan cleaner. *senyum kambing*




Kucing-kucing Puan Dayang Putri. Standard kan bulu dia. Sikit lagi nak masuk breed Snowshoe.


Langit Ilahi. SubhanAllah... 
*masa ni kami sekelas JALAN pusing padang. =D*



Jelly. =D


Wangi dan anak-anak sedang bersiar-siar.


Wangi dan anak-anak sedang bersiar-siar. [Part 2] =D


The Beatles =D


Putih sedang menikmati Friskies perisa baru Ocean Platter. Kucing anda pula bagaimana?


Tadi Jelly. Ini Panjang =D Kucing saya yang suka meniarap tu..


Dan ini Wangi dan anak-anak =D 


Masjid al-Muallimin, IPBL dari Blok Pentadbiran Baru.


...dari Blok Pentadbiran Baru.


Piknik! Ada orang bagi tikar. =D


"Ok itu saja."

Share: