Sambungan #1 First Day, kali ni nak cerita perihal aktiviti di sebelah malam pulak.
Oh ya lupa nak mention, yang pakai baju merah masa hari pertama tu super senior kami yang diraikan; yang pakai baju biru tua tu senior 2010 dan yang baju oren2 tu batch kami, junior yang dah tua bangka huhu. Baju2 lain tu ialah lecturers dan family members diorang serta pakcik driver bas dan pemilik kem serta pekerja beliau =)
Jadi kem kami ni bak kata Ustaz Mahadi, separa santai. Kami tak ada jadual, melainkan "lepas ni kita ada ni..lepas tu kita ada tu...". Pandai-pandai sendiri disiplin diri sebab program ni program rehlah bukan nak memeningkan kepala kan.
Lepas mandi laut sakan, kami naik ke darat lepas kena pujuk "esok kita mandi lagi". Tapi lepas tu tunggu turn mandi punya la lama sebab kami bertembung dengan kakak2 KPLI dari IPTAR yang turut sama berBIG *mungkin*, . Dalam pada tu ada barbeku, tapi tak perasan pulak bila mula sebab bila aku turun nak tolong rupanya dah siap. Tinggal nak makan je. Kesian pulak tak tolong.
Terjadi fenomena gegaran pada gambar-gambar berikut. Harap maaf.
Terjadi fenomena gegaran pada gambar-gambar berikut. Harap maaf.
Makan-makan! Maaf bukan pencahayaan yang malap, tapi piksel kamera aku yg xsteady ~_~
Jadi lepas makan ada Malam Senandung Ukhwah. Tak lengkap la rehlah kalau tak ada persembahan kan?
Persembahan 1st dari super senior...lagu Sahabat by Padi. =) shommeeelll heheh
Persembahan 2nd haha budak kelas aku. Nampak je dari jauh kannn . XD Btw persembahan ni spontan je xsmpat nk berlatih. In fact malam tu baru decide nak buat apa. Kitorang pmpuan goyang kaki je sebab kami xjoin dgn alasan nanti jadi lopek huhu. Jadi diorang mula2 buat nyanyian lagu je dulu. Maaf Zul aku tak ingat heheh.
...dan tiba-tiba malam jadi gamat sebab diorang suddenly buat dikir barat. Semua join lak tu. hihi best.
Ini persembahan ketiga dari senior 2010. Medley 12 lagu kalau xsilap; yang 11 lagu last tu individually chosen, edited and sung by each and every of the ikhwan. Akhawat datang pada lagu yang last dan bagi2 keychain souvenir untuk super senior kitorang. Terkilan jugak sebab batch kami yang junior yang sepatutnya lebih banyak memberi ni yang xbagi apa2. langsung.
Dan ini persembahan surprise! Tutor super senior kitorang ialah Ustaz Mahadi. Stail la diorang...konon buat sketsa. Dalam 'skrip' sketsa ni kononnya diorang nak bincang nak buat apa untuk persembahan di Alapong kelak. Sorang cadang buat sesuatu sampai tutor diorang nangis. Ustaz Mahadi bukan sembarangan ustaz tau, bekas mejar. Tentera mana nangis. But they succeed in making him sebak. =) One by one keluar ke depan kononnya cakap dengan 'model' ustaz dan luahkan apa saja yang diorang nak ucap pada ustaz. Terharu la jugak dengar, sweet jugak ustaz dalam kasar2 dia. =)
...dan bersambung...
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....