Friday, May 3, 2013

Renovate Blog Lagi

Assalamualaikum =)

So I've been spending 3 hours straight to change this blog. Decorating had never been this hard! 

Bila jeles dengan orang punya blog comel semacam, maka aku pun sinsing lengan mula godam blog edit situ edit sini. Tapi pandai pulak rimas heheh jadi aku balik ke plain...biasanya tak alang-alang, aku terus revert ke Simple. 

Dan rasanya pelan asal aku ialah nak hias simple dan plain je. 

Bila aku dah tukar template...header menyenget ke kiri, tulisan semua menepi, leaderboard nuffnang dah jatuh ke bawah header, jadi macam tak best so aku bagi touchup sikit.

Edit HTML untuk blogger dah tukar baru. Gila mencabar interface dia...sampai aku rasa macam xda guna CTRL + F untuk cari kod, dan tutorial2 lama macam tak membantu sangat. 

But giving up is too early. Jadi aku baca artikel2 online tentang interface baru ni. Alhamdulillah ia membantu. =)

Here.

1. Expand widget template dah tak ada, TAPI anda boleh klik ni untuk fungsi yang sama. Dan semua kod yang biasa kita jumpa untuk edit blog tu, akan expand.




2. Aku tak tahu ni mungkin masalah laptop aku ke apa tapi bila CTRL+F untuk cari kod digunakan (contohnya 'h2' ), biarpun search result dia cakap "ada, ada ni..ada lima kod h2", tapi dia tak highlight pun kod tu dalam papan edit html berkenaan. Sebal aku. Terpaksa cari pakai mata sendiri. 

3. Untuk centerkan header, cuma cari kod 'header' (lepas expand widget) dan letak atas kod tu, kod ni : <center> dan cari kod 'header' yang seterusnya dan letak kod ni : </center> di bawah kod 'header' yang kedua itu. Macam ni:





Basic knowledge di sini ialah untuk sesuatu arahan, contohnya italic-kan tulisan, kodnya ialah 'italic', jadi taip <italic> pastu tulis ayat korang, kemudian tutup balik dengan taip </arahan>. Ini nak elakkan masalah xml kod tak lengkap. (p.s: perkataan 'arahan' tu tukar la dengan command yang sesuai...)



sample : kalau nak bagi bold ayat yang anda tulis pada ruang komen blog =


<bold>Hai apa khabar?</bold>

dan hasilnya akan jadi:

Hai apa khabar?


4. Untuk letak leaderboard nuffnang pergi atas header balik ... aku copy kod iklan nuffnang tu dan tempek atas kod 'header'. Yang ni aku tak perlu expand widget.




5. Untuk buat border bagi post title dan sidebar widget title (sebagai langkah penegasan), aku rujuk blog ni : Shafiqah Rashid untuk dapatkan kod. Alter sikit sebanyak dan jadilah macam yang korang tengok ni...

(p/s: Kod 'h2 {' ada pada bahagian '/* Headings'. Dan ya, paste kod berkenaan di bawah kod 'h2 {' untuk border sidebar widget title dan 'h3.post-title' untuk border tajuk entri.)


Untuk sidebar widget title

paste kod border yang anda nak di bawah kod 'h2 {' , jadilah macam ni


Untuk post title

paste kod border yang anda nak di bawah kod 'h3.post-title' , jadilah macam ni (kod ni ada di bawah bahagian /* Posts )



6. Dan sebab mata aku dah berpinar-pinar sebab cari kod , jadi aku guna font Calibri untuk Sidebar Widget Title dan Trebuchet untuk Post Title. Font yang biasa saja, dalam Template Designer. 

Font pada header ialah TimeBurner untuk nama blog dan Dosis untuk description. Tapi aku buat siap2 header ni dalam Powerpoint dan save as picture baru upload jadi header. Maksudnya font tu diinstall dalam komputer bukannya diedit dalam edit html ^_^. Tapi kalau anda advance, dan rajin, boleh edit tulisan dalam blog walaupun dalam Template Designer xda listkan pun font yang anda nak tu. Caranya ialah buka edit HTML dan edit font. Tapi kena faham coding dia.


Kalau nak download font best-best, boleh buka ni | FontSpace |

Jadi... ini tinggal kenangan =)




Share:

3 comments:

  1. Kamek pun bruk edit blog jwak. Masalah macam kitak lah. Betuk2 depan mata. Sik dihighlight nya. Panas t mewk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. smua bnda bpusing2 dtangga kmk knek..

      Delete
  2. Saya pun dah lamak x update dekorasi blog saya...mala jak design sama...sedih™

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....