Alhamdulillah Praktikum Fasa 1 di SK Tabuan Hilir, Kuching sudah tamat. Kali ni sebulan saja. Sem 6 nanti 2 bulan, lepas tu Sem 7 3 bulan. Yang masa 3 bulan tu yang nak kena buat AR (Action Research) tu.
So I was like
trying to wake up.
This practicum was like a package of shocking nightmare + sweet memory + fatigue + funny moments, and I have this cringing feeling that it's still not over yet.
Biasalah kan 1st timer.
Mengajar budak betul di sekolah TAK SAMA dengan mengajar 'budak sekolah' (classmate yang berlakon jadi budak kecik) masa makroteaching dalam bilik kuliah. Persediaan dia lain. Respon dia lain. Kesan dia lain.
Shocking nightmare sebab kali pertama jadi cikgu dan budak2 terus nak pijak kepala. Aku sedaya upaya nak ingat memori aku dengan 'guru-guru sementara' masa sekolah rendah dulu tapi satu apa pun tak ingat (macamana cara aku layan dorang) sebab bagi aku cikgu dulu semua aku layan macam sama. Curiosity terhadap cikgu baru .. tu je yang aku ingat.
Jadi aku buat refleksi diri la sebab orang selalu cakap...'ko buat ni kat cikgu nanti anak murid pun buat ni kat ko'. So life has it's karma jadi aku fikir ooo...mungkin aku pernah buat ni dulu kot. Sabar jelah kan.
Kita ambik yang baik dari yang buruk. Ini pengalaman. Budak2 tak dengar cakap aku, sebab cara aku approach salah..jadi masa ni la nak guna ilmu EDU yang dari sem 1 dulu..murid & alam belajar...pengurusan bilik darjah etc. Menjerit takkan selalu bagi diorang diam. They did, but seconds after that they got noisy again. Ada masa mereka perlu bercakap, dan jadi tugas guru sebagai 'MC' untuk kawal supaya 'berbincang' tu tak jadi 'buat bising'.
Bagi budak-budak buat kerja lain macam ni kasi senyap. sikit.
ni masa KBS (Kem Bestari Solat) dan aku sedang buat penilaian individu. Yang ni senang dikawal , jadi tak ada masalah kalau bagi mereka main punch2 ni. Budak2 suka seni. Tapi jaga2 bersepah.
Dan shocking nightmare #2: It's hard to be understanding.
Dulu masa kuliah pensyarah pernah cakap, ada masa kita kena turun level jadi macam kawan murid, ada masa kita kena tunjuk who's the boss. Masalah aku ialah...aku tak tahu bila nak jadi boss, bila nak jadi friend. Sebab aku tak reti nak melayan budak, jadi for most of the time, aku tak serius. Ha! Ni macamana nak jadi cikgu ni....Bila serius sangat aku pun seriau...sebab feel 'ha aku tak main2 ni' tu tak ada jadi bila tengok muka murid2 macam 'eh cikgu marah ke' buat aku rasa nak tergelak. Dan sesi nak marah tu pun tak menjadi. hehe. Bila kena observe oleh pensyarah dan guru pembimbing, dua2 cakap masalah utama aku ialah kawalan kelas dan pengurusan masa.
Hoh cakap pasal pengurusan masa...
kes #1 | aku terambik 15 minit masa Matematik cikgu seterusnya sebab lambat sangat bagi budak keluar kelas. Kelas di surau di Blok C. Budak2 ni pakai kasut pun dah sekian 'cepat'nya...lepas tu berlenggang pulaaaakkkk balik kelas. Sedangkan aku dah hampir meroyan suruh diorang cepat jalan. heii...
kes #2 | aku terlepas dua kali kelas sebab salah tengok jadual. Membazir kan...
Yang sweetnya kan. Aku cakap 'ustazah tak lama kat sini. Sebulan je.' masa hari pertama masuk kelas 5O, dan reaksi mereka ialah
Dan masa minggu terakhir aku cakap, 'ok ustazah dah minggu last kat sini.' konon nak ugut bagi diorang cepat siapkan kerjalah kiranya. Tapi semua buat dunno. Eh tak semua, ada seorang yang jumpa aku di meja guru dan tanya "Ai kenak ustazah nak pindah? Kenak xmok ngajar kmkorang lagik kah?" Thanks. Ustazah terharu. Ada jugak yang dengar. Sobs.
Dan pada hari terakhir, yakni Jumaat 26 April 2013, aku diobserve oleh guru pembimbing, Ustaz Suaib Zainudin untuk PdP Jawi (haha kelas yang aku terlepas tu. Sepatutnya hari Selasa tapi beliau cakap..xpa awak polah Jumaat tok kelak. Sebab aku dah buat bbm bagai huhu). Lepas edar lembaran kerja aku cakap dengan diorang,
"ok (aku suka pakai ok. entah) ustazah nak lembaran kerja ni..hantar sebelum kamu balik nanti."
*bising sbb xpuas hati*
"alah. minggu depan la ustazah...susah tok.."
"ai. cmni saya nak semak. minggu depan saya dah xda kat sitok gk..*sambil tersengih."
*abrupt silence. semua muka 9gag terkejut. haha ok i gurau diorang cuma terkejut je*
"tok kelas terakhir saya dengan awak." aku tambah lagi.
agak sayu sebab diorang memang..diam. Dan beberapa saat lepas tu baru ada yang tanya kenapa? aku tak suka mengajar diorang ke? pindah sekolah mana? jauh ke? kenapa sekejap sangat? dan sebagainya. aku cuma senyum.
'heiii kan hari ya saya dah madah', aku cakap lagi.
'Bila??' diorang tanya. Adoh2... kuali2 ni...haha.
Tapi tak adalah yang sampai berdrama, alhamdulillah. Kalau diorang nangis aku rasa aku pun tak tau nak buat apa. But the mood is good, since aku kata aku nak bagi hadiah sebelum balik nanti. Hadiah tak banyak pun...
kump no5 dapat wafer zess + pemadam Angry Birds.
kump no 4 dapat wafer zess + pemadam Angry Birds + Vico 3 in 1
kump no 3 dapat wafer zess + pemadam Angry Birds + pembaris Angry Birds
kump no 2 dapat wafer zess + pemadam Angry Birds + pensel tekan
kump no 1 dapat wafer zess + pemadam Angry Birds + colour memo pad. (sebab aku tengok diorang sangat fond dengan kertas berwarna)
Dan aku agak ragu2 nak bagi sebab dengar cerita member dari sekolah lain ada yang merungut sebab dibagi hadiah pensel...ada pulak yang bagi buku tapi budak2 tak suka.
Tapi alhamdulillah. Diorang tak macam tu. Aku cakap, 'iboh tokrg mengharap gilak..hadiah diberik ustazah tok xla besar ne.' Dan diorang cakap, 'xpa ustazah.kmkorg terimak jak.' Dan bila aku keluarkan paperbag semua menjerit teruja. Berebut-rebut nak ambil.
Jadi...sebagai seorang guru, aku dapat pengajaran. 1st impression is not the whole picture. Mula2 mereka memang bising dan degil yang teramat, tapi lama kelamaan bila kita ajar suruh hormat, diorang akan hormat. Dan jangan sekali-kali lost faith dengan anak-anak murid kita, sebab SEMUA ada potensi. =)
Cikgu dan murid ni...walau sehebat mana pun perang dingin antara keduanya, tetap akan bertemu di sekolah jugak. tetap kena mengajar jugak. sebab tu tanggungjawab kita, dan Allah akan tanya kelak.
Seorang senior pernah cakap, jadi cikgu ni kerja yang senang masuk syurga dan senang masuk neraka. Sebab ilmu yang kita sampaikan tu mungkin akan jadi bermanfaat dan berterusan disampaikan, tapi tak mustahil kita akan terajar benda yang salah, dan bahayanya kalau ia berterusan disampaikan. Bak kata orang, kerana cikgu, satu bangsa berjaya, dan kerana cikgu, satu bangsa runtuh.
Dan satu lagi yang manis masa praktikum ni ialah...rela berjaga malam sebab buat RPH (rancangan pengajaran harian) dan BBM (bahan bantu mengajar). Dalam kepala tak berhenti fikir...best ke bbm aku ni? senang ke diorang nak faham..senang ke nak main? Sampai tak apa yang aku nak ajar melalui BBM ni? kalau diorang tak suka macamana? Tiba2 aku merasakan diri ini sangat sweet haha. Ada masa rasa macam tak rela pun nak buat ni, tapi kuatkan semangat sebab kalau tak buat, nanti macam sia-sia diorang masuk kelas aku. Yup, semuanya sebab students.
Tipu kalau aku cakap aku tak kira tarikh nak habis praktikum. Tapi aku tipu kalau aku cakap aku tak sabar nak tinggalkan budak2 yang aku ajar tu. Tak nak jadi mushy la kat sini tapi...day by day, aku rasa seronok mengajar diorang. Sebulan itu terlalu singkat. =)
Dan selepas dipujuk beberapa kali oleh budak2 akhirnya aku give up dan bagi jela nombor henpon ehem. Tapi FB aku tak bagi mueheheh.
sama-sama =)
Overall, alhamdulillah pengalaman masa Praktikum Fasa 1 ni agak marvellous. Macam turning point bagi aku sebab lepas praktikum ni baru aku sedar yang aku ni dah nak jadi cikgu. haha pelik kan?
ni budak2 5O, tapi tak semua ada sebab masa ni ramai yang dah balik.
Terima kasih korang =)
tttteeeeetttt.. Ustazah murni ...esyemen... proud of u.. keep it up.. me got internship lg ..no more penilaian fr lec n guru pmbmbng.. p, sbln jak... neway, congrats.. dh lepas 1 fasa ^^
ReplyDeleteFirst time kamek masuk kelas, kenak buli miak. 3 masa gik ya.
ReplyDeleteyooohhh ya lamak 3 masa kena buli. xpa kmk pbs dolok pun prnah kena buli juak haha tp sgek masa jak la. ktk xmbak daknya main ka? main perkataan ka..
DeleteAda ngembak cdak ya main. Main perkataanlah, kuizlah, origamilah. Tapi sekejap glak cdak ya mowk renah. Lepas 4 5 minat kedak ya, alu molah perange baru, berekotlah, kelaelah, berebut kerusilah. Kamek ngan kawan kamek sontok hilang sora nalo bala cdak ya. Time kamek nyuroh cdak ya molah origami teruk gik, cdak ya madah mak cdak x nyuroh misak buku kelak buku nipis kotan sik malas glak nak ikut aktiviti.
DeleteBudak2 kelas 5 Orkid mcm geng2 bas sekolah jak...hehe nice!
ReplyDeletewah!!!!!!!! seronok baca..fiq plak, fiq guna sistem token... klu budak tu bising, tak siap kerja, markah kumpulan mereka TERUS JADI KOSONG!!! mereka alhamdulilah ikut sbb mreka nk piala pusingan..setiap minggu, kumpulan terbaik, fiq bg piala pusingan... ada 1 hari tu,. ada sorang budak ni dia mmg budak pandai, tapi tak siap kerja plak masa tu.. fiq terus tolak markah kumpulan dia jd kosong!padahal masa tu kumpulan dia markah dah tinggi... terus dia diam sbb rasanya budak kumpulan dia salahkan dia.. masa tu fiq rasa serba salah jugak..hahahaaha...
ReplyDeletepart buat BBB mmg penat gler..rela tidur lmbt..masa mlm sblum observe bersama, fiq buat pentas penglipur lara.. pentas ni guna utk langkah 3 (pertandingan bercerita).. alhamdulilah menjadi..lepas ni kita boleh kongsi2 cerita dan tips tntg praktikum.. smoga sama2 dpt manfaat.. in shaa Allah.. :)