Hari ni belek-belek buku Furu' al-Masa'il lagi. Kalau belek sekejap baca dua tiga pages je tu agak mustahil. Sebab buku ni best sangat. Very interesting.
Jadi ni nak kongsi sikit tentang bidaah.
Bidaah ialah perkara yang ada hubung kait dengan agama, yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan juga pada zaman para sahabat tetapi dilakukan selepas wafat Rasulullah SAW.
Memang terdapat bidaah yang WAJIB iaitu sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW tetapi dituntut dan diwajibkan supaya kita lakukan.
Contohnya, kita diwajibkan mempelajari ilmu nahu dan saraf sebagai alat memahami al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, kerana mempelajari ilmu-ilmu seperti ini adalah wajib.
Memahami hukum syariat adalah WAJIB dan kita tidak dapat memahami hukum syariat melainkan terlebih dahulu memahami ilmu nahu dan saraf. Ini bererti jika kita tidak dapat menyempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia juga dikira sebagai wajib.
Adapun jenis bidaah yang HARAM ialah seperti fahaman Qadariyyah, Murjiah dan Mujassimah. Mereka ini terang-terang menolak adanya bidaah yang wajib.
Adapun bidaah yang SUNAT ialah seperti membina madrasah, menyediakan tempat mengikat tali kuda, bersolat Tarawih berjemaah di masjid dengan dua puluh rakaat seperti yang biasa dilakukan, dan begitu juga tiap-tiap suatu yang mempunyai kebaikan atau kebajikan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.
Antara bidaah yang HARUS pula contohnya berjabat tangan setiap kali selepas solat berjemaah, memakai songkok atau ketayap, meluaskan tangan baju dan berbagai-bagai lagi.
Adapun bidaah yang MAKRUH ialah seperti menghias bangunan masjid dan sekolah-sekolah.
Adapun bidaah yang TERCELA (mazmumah) ialah perkara yang menyalahi syarak kerana setiap bidaah yang termasuk dalam kategori ini adalah dikira sesat. *terang-terang menyalahi Islam.
nota kaki |
Dalam Islam, semua perkara diletakkan dalam kategori hukum-hukum tertentu. Hukum-hukum berkenaan ialah:
Wajib : Mesti dilakukan. Jika dilakukan akan dapat pahala dan jika tidak dilakukan akan dapat dosa.
Sunat : Digalakkan untuk dilakukan. Jika dilakukan akan dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak pula mendapat dosa.
Harus : Sesuatu yang boleh dilakukan. Tidak pula digalakkan dan tidak pula ditegah.
Makruh : Sesuatu yang digalakkan untuk ditinggalkan. Meninggalkannya akan mendapat pahala dan jika dilakukan sekalipun, tidak mendapat dosa.
Haram : Sesuatu yang ditegah dari dilakukan. Jika dilakukan juga akan mendapat dosa namun jika ditinggalkan, akan mendapat pahala.
Wallahua'lam.
Tentang Buku Furu' al-Masa'il wa Usul al-Wasa'il. |
- Karya terjemahan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.
- Terjemahan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu oleh Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, seorang ulama Mazhab Syafi'i yang berasal dari negeri Fathani, sangat alim lagi dihormati di Kota Makkah dan telah banyak menterjemah kitab-kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Semoga Allah merahmatinya, di samping kita mendapat manfaat daripadanya dan keberkatan ilmunya. Amin.
- Disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz, mantan Pegawai Agama Istana Negara dan Penasihat Agama kepada DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.
- Terbitan Telaga Biru, Cetakan Pertama Jun 2010.
a must buy!
Copyright infringement not intended.
nice sharing dear...memang semenjak dua menjak asyik ternampak perkataan bidaah ni... ^_^ great piece of info...
ReplyDeleteBagus betul buku ni...ianya merungkai ketidafahmaan serta kecelaruaan pada pengertian sebenar maksud Bidaah tersebut...nice read...at least ianya bermanfaat utk menaiktaraf iman dan khusyuk kita kpd setiap ibadah yg kita lakukan.
ReplyDeleteperkongsian yang bagus .. nice sharing .. :)
ReplyDeletebtw
done follow awak ..
terima kasih sebab kunjung blog saya :)
Info yang berguna untuk muslim seperti saya =]
ReplyDelete