Wednesday, March 13, 2013

Budak berat lari 400m

Salam alaykum =)

Kehkeh tajuk entri itu. Jangan nak buat muka 9gag ffuffufu sebab aku bukan nak menghina sesiapa. In fact, I'm talking about me.

Here's the truth. I'm a plump girl ('fat' is just too cruel). But I won't tell you what's my weight *smiley*.


gambar hiasan =)

Semalam Kejohanan Olahraga Tahunan ke-63 IPBL dah langsai. 


simbolik perasmian.


Alhamdulillah tinggal exam KOM je lagi Sabtu ni insyaAllah. Lepas tu subjek Olahraga dah setel. Ni subjek wajib untuk PISMP Semester 5. Sebagai projek / praktikal, kami jadi penganjur / pegawai kejohanan kali ni dan markah diambil. Aku dan classmate perempuan 7 orang lagi, jadi runners dan kelas kami jadi AJK Kebersihan. Macam remeh je kan kerja runners. 

"Macam takde kerja sangat je, mesti sikit markah kita nanti.", kami fikir, tapi hei kerja ni cukup relaxing dan best. Jadi runners sangat sesuai dengan jiwa aku yang 50-50 rajin. 

Kami dapatkan senarai nama peserta acara tertentu dari penyelia peserta dan kumpul diorang lepas tu bawa ke tempat pertandingan / lorong masing-masing. Lepas habis acara balapan, kami kutip borang hakim penamat dan penjaga masa dari garis penamat dan bawa ke bilik statistik. Senang. =) Dalam masa yang sama aku terus buat revision;  tengok mana garis cut-in, garis mula untuk acara jalan kaki 1500m, 3000m dan 5000 m, zon pertukaran baton, kawasan lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, lompat jauh, lompat tinggi, lompat kijang etc. Dan berurusan dengan pegawai teknik, penolong pelepas, hakim penamat, hakim penjaga masa dan penyelia peserta. dsb. Dan memandangkan kami tak berada di 'tempat duduk penonton', jadi for the first time aku dapat meneliti kesalahan-kesalahan umum peserta balapan dan apa yang membuatkan mereka disqualified atau cuma diberi amaran. Pendek kata, dua hari tu dah kira ulang kaji dah bagi aku. Lepas ni baca balik buku KOM tu je lagi.

Macamana aku boleh ikut lari 400 meter?

Suatu hari Cikgu Puspa (Cikgu Olahraga aku) kata, 
"Siapa yang ambik acara saya bagi markah bonus."

Oooh golden ticket!

Exam KOM sering menyaksikan ramai calon tersungkur dan gagal, paling2 dapat C. Jadi markah bonus ialah seperti bantal yang disorong ketika rasa mengantuk! 

Dah 4 kali aku join KOT sebagai penonton, apa salahnya kali ni aku jadi atlet pulak, kan? Jadi hari Khamis (hari ketua rumah sukan kena submit nama atlet. heheh) aku pun mesej ketua rumah sukan aku, Rumah Cormick. 

"Salam *****. Kmk Kak Murni PA. Ktk dah hantar nama atlet? Mun belum kmk nak ikut. Mana2 yg kosong."
"Waalaikumslm...sy dh hntr dh kak..MaAf..tp sedia jak...mana tahu ada last minute changes...=) "
"...kalau dpt, akak nk acara apa?"
"Asal bukan lompat." 

.....beberapa minit kemudian...

"Salam kak, akak masuk 400m, cakera dan rejam lembing...esok LAST TRAINING kat stadium.."

Wah wah wah...aku tergelak tak percaya. Budak ni kenal ke tak ngan aku, senior yang bulat ini? Dia percaya aku boleh lari?

Lama aku tergelak sensorang sambil belek balik mesej tu.

When I came back to my senses, aku cakap kat kawan aku. Dan mereka sangat supportive dan kata sebab kaki aku kecik, I could be a fast runner. Aku garu dagu tak yakin. Tapi whatever, at least I'm not afraid to try. I didn't hold back, I just say "I'll try my best."

Ada ramai lagi yang slim2 tapi tak nak ambik acara tu sebab...
- takut sakit kaki.
- nanti sunburn. hitam.
- "aku bukannya atlet. kompom kalah nanti."
- malu.

So a merit for me to be daring, right? =) 

Jadi pada hari kejohanan, aku dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa nama aku tak ada dalam senarai peserta rejam lembing dan lempar cakera sebab pemain simpanan automatik disqualified. Oh my. Jadi satu-satunya acara aku kena ikut ialah 400m! Kalau tak takde markah bonus.

Acara aku pukul 2.00 petang. Saringan 2. 

Tengahari masa rehat tu aku tak senang duduk. Macamana, aku kena pecut dulu ke, atau pecut kemudian, atau cuba maintain je sampai habis? Yang aku fikir aku tak nak semput dan pengsan. 


suasana balapan yang sunyi. 


Makin lama aku makin nervous. Sampai masuk trek, lorong aku nombor 5; cair. Melekat getah merah tu kat seluar. Masa pelepas cakap 'sedia' aku angkat kaki macam tarik selotape kertas. Habis la seluar aku. 

Sebab aku lorong nombor 5, jadi bila aku pecut sikit dan pintas member yang kat lorong 6,7, dan 8, nampak macam aku yang first. Kemain orang sorak. Tapi bila lepas 100 meter...shiuungg pecut sorang-sorang member yang lorong 1,2,3 dan 4. Yang lorong 6 ni pun dah ganding2 dah...dan last2 pintas aku jugak. Aku kasi speed sikit takut jadi nombor last. Sorakan pun lama2 jadi senyap.

Lepas 300 meter, Ya Allah ni la yang aku tak nak - aku dah semput. Kaki ni automatik nak berhenti, jadi aku berjalan. A move I shouldn't make. Masa tu depan kawasan penonton rumah aku. Haiyo. Aku tiba2 rasa sayu dan jalan sambil tunduk muka dan take a bow. Shiiiunnng pintas seorang lagi. 

"Cormick, lari jak!" aku dengar suara seseorang dari kawasan rumah kitorang. Ya Allah malunya, jadi aku lari balik. Hasrat hati nak pecut. Otak dah hantar signal suruh lari laju2 tapi kaki refuse tak nak dengar. Sambil terkumat-kamit cakap 'lari, lari' pada diri sendiri, aku jogging sampai ke penamat. Aku dengar orang mengeluh. 

Bila kenang balik, sedih + geram + menyesal + bangga.

Sedih sebab aku dah terimagine aku boleh sampai penamat dengan muka bahagia. Overestimate diri sendiri, aku boleh imagine aku pakai medal. haha takleh blah.

Geram dan menyesal sebab kenapa aku tak push diri sendiri sampai ke limit? Aku rasa aku tak berusaha sungguh-sungguh. I can do it, but I didn't do it.

Bangga sebab sepanjang larian aku dengar orang jerit nama aku, 
"Kak Murni!!"
"Murni, go!"
"Murni..."
"Go Cormick!"
Walaupun masa lari tu aku masih tak percaya yang aku tengah lari. 

Sebab aku yakin orang tak sangka aku yang gemuk ni akan ikut acara larian. Masa lepas garisan penamat sorang member aku cakap,
"Xpernah kmk nangga ktk ambik acara balapan!" sambil gelak. haha. ya aku pun xpercaya dengan diri sendiri.

Sekurang-kurangnya aku merasa jadi atlet balapan. Which is very different from atlet padang. Sebab acara balapan orang tengok. Rasa gabra tu lebih lagi. No offense tapi acara padang orang tak tengok sangat, orang tak sorak sangat. Aku dulu ambik rejam dan lempar jadi aku tahu. Dulu masa jadi penonton aku kemain geram tengok pelari yang semput lepas 300m lari. Tengok sekarang aku pun buat benda yang sama, dan baru aku tau mcmana perasaannya. heheh. 

Jadi mereka yang berlari di balapan ni tak mudah. Ada yang merangkak ke garisan penamat, walaupun sebelum tu diorang lari macam senang je. Ada yang pengsan sebelum sampai, walaupun masa lari nampak macam normal je. 

Sekurang-kurangnya aku dah merasa jadi atlet balapan. Better than never kan. Dan dapat markah bonus hihi.

Apa-apa pun, aku nak ucap tahniah pada diri sendiri. Dan maaf pada Cormick. Kali ni kitorang dapat nombor 5 huu..


tilam berjalan. heheh.

kulit sunburn. 


nota kaki | 
beras Faiza Basmathi 7 bungkus yang diikat bersama berlari.


Share:

1 comment:

  1. tahniah kerana berjaya dlm cabaran berbentuk fizikal ini

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....