Friday, March 22, 2013

Kucing-kucing IPBL

Assalamualaikum =)

Hari ni jeling2 luggage baru...gatal tangan nak kemas baju2 masuk dalam tu tapi masalahnya aku takde sebab pun nak buat tu kerana...

cuti mid-sem ni aku tak balik. ya...untuk tempoh satu minggu akan datang, aku akan mempekasamkan diri di dalam bilik asrama dan jadi umang-umang (??).

Umang-umang yang akan praktikum straight away after the holiday. (=_=")

Sekali lagi nampaknya, aku akan berkampung dengan kucing-kucing Blok A yang chumill chumill *trying to make a cute face that calls for a slap* dan member aku yang xtra chumill, Atiq. She's getting slimmer though, so less cuter nowadays =p

Aku agak bias kalau dengan kucing sebab yang bersih2 je dibenarkan panjat katil aku ngehngehngeh tapi kalau ada yang masuk bilik sebab nak makan it's ok i'm cool aku bagi je makan tapi dengan syarat aku kena perati diorang habiskan makanan tu pastu letak balik diorang kat luar bilik. Sebab takut ada yang tinggalkan sisa kumbahan kat bilik aku nanti huhuh leceh sungguh nak bersihkan.

Jadi nanti aku letak gambar kucing-kucing yang lain. Kali ni aku nak introduce tiga ekor kucing. Ketiga-tiganya dari mak yang sama tapi lain2 batch (paham2 jela ye. kucing. haiwan.) iaitu anak Dang Wangi.



Ini Gendut. Dia jantan. Tapi badan lembik, suara langsing, dan very the manja! Kalau angkat badan dia, dia takkan melawan, dan langsung takda usaha pun nak berpaut kat kita. Literally lembik haha. Bulu dia lembut dan cantik sebab abang dia Birman, selalu mandikan! Nanti aku update gambar Birman.

Lagi gambar Gendut.


hamboi. aku yang berjaga sepanjang malam buat esei EDU dia yang lebih2 penat.

dan yaaaaa inilah gaya fevret Gendut! Tidur mencium dinding.


dan here's adik-beradik Gendut yang lain2 generasi. Yang pakai tuxedo dan stokin dan stongan putih tu ialah Jelly, lebih tua dari Gendut. Dan Jelly pun sangat adorable dan manja. Why 'Jelly'? Entah. Mungkin sebab bulu dia sama dengan kucing Nisah kot. "Why kucing Nisah dipanggil Jelly?" Entah. Mungkin sebab dia kucing Nisah. "Siapa Nisah?" ......*semakin tenggelam dalam misteri*

Dan yang paling depan ni ialah Jojo. Bulu bahagian bawah muka dia warna putih, dan hujung kaki dan tangan dia ada sikit bulu warna putih. Ni paling muda antara anak-anak Wangi, dan umur pun tak sampai setahun lagi. 

Ha tu je gambar Jelly dan Jojo yang aku boleh tunjuk sebab yang lain diambil dalam keadaan tak senonoh heheh. 

...tak lama lepas gambar ni diambil, Gendut masuk loker aku dan tumbangkan baju. Kureng. hasem. 


Share:

4 comments:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....