Alhamdulillah cuti seminggu ni aku tak terperuk dalam bilik je (as I always did before). Puas berjalan-jalan...
Ahad |
Pergi Kg Atas, Bau jadi cikgu kelas Fardhu Ain sekejap ajar anak-anak muallaf =) Bersama Atiq, A.Jepi, A.Adul dan A. Ikhwan.
"Eh ustazah baca doa makan ke?"
Selasa|
Pergi Rainbow Stationeries dengan Atiq & A.Jepi. Baucar buku habis... =_=" Then beli roti kat Taka dan makan kat Taman Sahabat. Round taman dan ambik gambar puas2 pastu balik. Best =) Walaupun agak awkward dengan A. Jepi (sampai aku ngan Atiq xnak duduk sebelah seat driver. Kesian A. Jepi mcm drebar pulak..) tapi jalan2 mcm ni best, santai je. Jeles tengok makcik pakai topi ahjumma bagi makan labi-labi tapi hajat nak mintak perhatian ngan ikan dalam kolam xjadi sebab pakcik jual makanan ikan tak datang hari tu. hm.
Rabu |
Pergi Satok dengan Atiq sebab nak beli pembalut fancy2 untuk portfolio dan buku RPH. Otw nak naik bas Ada dan Aten kutip kitorang dan tumpangkan sampai Satok. Jimat RM1. Beli Friskies dan pembalut buku dan tunggu waktu Zohor di surau Wisma Satok. Made new friend, Kak Fynas and chitchat like an old friend. It's fascinating to talk freely to strangers! Lepas tu duduk Herbalife diam2 main Bubble Shooter dan jumpa dengan Harman. Makan Nasi Goreng Bakso + Air Limau Kasturi kat Iqram Station dan jumpa Syafiq. Pastu naik bas gi India Street. Then masuk One Stop beli sudu untuk masjid dan terserempak dengan Ustaz Ali dan anak dia jalan2 cari headphone handset (heheh). Jadi kami balik ke mktb balik dgn Ustaz Ali. Jimat lagi RM1. So interesting this life is. *detail gle. haha maaf*
Khamis |
Pergi Sweet Memory kat Tabuan dengan Zul, Azri, Sya dan Atiq (dia ni lagi! haha) Memandangkan baucar buku dah habis jadi aku gigit jari bila tengok alat tulis fancy yang menggamit jiwa...huhu. Lepas tu kitorang gi The Spring tengok2 buku kat MPH, makan kat Sugarbun dan beli Pretzel. Best sebab kali ni keluar dengan geng jadi borak dan bergelak ketawa tak ingat dunia dalam kereta.
Jumaat |
InsyaAllah dari pukul 6.30-11.00 malam akan ada event 'Kuching Berselawat' dengan Maulid. Banyak lagi pengisian lain, jadi jom datang ramai2! Maaf, sila google untuk dapatkan iklannya ya heheh.
Sabtu |
InsyaAllah pergi kenduri kahwin saudara Qeelah.
Ahad |
Pergi lagi ke Kg Atas untuk ikut program yang sama. Semangat seh sebab nak bawa BBM dan worksheet. Mudah2n pljrn kali ni lebih efisien sebab ada BBM...amin.
Dan Isnin, 1 April 2013 aku akan start praktikum Fasa I. Doakan segalanya berjalan lancar..insyaAllah..
a little skit
that girl holding an iPad is 7 years old.
Budak-budak zaman sekarang...aku dulu umur macam korang ni, lepas habis kelas main batu seremban je dik, tak pun main sep sep bom bom (dan permainan tangan yang lain. heheh) atau tengteng atau zero point. Dahsyat kot game bebudak sekarang....
ini Abang Ikhwan.
hehehehe praktis buat labu sayong ke bang? =D
Pst.. Bejalai kini haaa?? Hehehe.. All the places you mention mmg Vee kenal sangat-sangat. Hahaha. One day, kita akan berjumpa :D
ReplyDeletehaha mun org kuching dkmpun xknl tmpt2 ya ng apalah. yala tek bila la nk bjumpa. sblh pgar jk koh heh
DeleteBagusnya byk berjalan, at least x duduk terperok dlm hostel kan? Hehe...
ReplyDelete