Thursday, February 14, 2013

Oh My God!

Salam alaykum =)

Alhamdulillah Jumaat datang. Selamat datang penghulu segala hari. Banyak sunnah Rasulullah SAW kita boleh buat hari ini, antaranya baca Surah al-Kahfi

Meh, boleh baca online di sini, sekali dengan maksud, dalam pelbagai bahasa lagi! Tengok sidebar, skrol ke bawah, pada box 'Other Languages' tu, cari bahasa yang anda nak, kalau nak Melayu, ada, Indonesia pun ada - dan tick. Tunggu beberapa saat tafsir dalam bahasa yang anda nak akan keluar. 

Selamat mencuba!

Baik, ni apa kes dengan Oh My God! ni kan. Sebenarnya semalam aku beli majalah al-Ustaz, isu no.10. Temanya ialah berkenaan dengan mualaf dan hukum-hakam yang sesuai untuk saudara2 baru kita. Jadi aku rasa nak kongsi satu portion dalam majalah ni yang agak menarik sebab aku pun terfikir benda yang sama...


"Salahkah sebut Oh My God instead of Ya Allah! atau Ya Tuhanku?"




Biasanya kadang2 lidah tu tak boleh nak tahan tersebut jugak Oh My God. Bukan niat nak mengada, bukaann. Lepas tu terkocoh-kocoh sebut 'Eh. Ya Allah...'

Doing that over and over again feels somewhat awkward.

Ini petikan dari artikel "Panduan Hukum Buat Saudara Lama.", karangan Ustaz Muhammad Luqman Makhtar. Credit diberikan kepada Majalah al-Ustaz.

Soalan :
Isteri saya seorang mualaf. Beliau seorang guru Bahasa Inggeris. Kami juga bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Selalu terkeluar daripada mulutnya kalimah "Oh my God". Beliau pernah ditegur secara baik oleh seorang ustazah di sekolahnya. Menurut ustazah itu, haram menyebut perkataan itu. Betulkah begitu?

Jawapan:
Tidak benar sama sekali. Sebagaimana tidak haram menyebut "Ya Tuhanku" dalam bahasa Melayu, maka tidak haram juga untuk dia menyebut "Oh my God". Bahkan bahasa pertuturannya bahasa Inggeris. Lafaz God itu sendiri merujuk kepada Tuhan Yang Esa iaitu Allah dalam Bahasa Inggeris.

Lainlah pula hukumnya jika orang Islam yang bertutur dalam bahasa Melayu tetapi mengada-ngada membudayakan sebutan "Oh my God" atau OMG. Jika asas perbuatan itu kerana meniru budaya orang kafir, maka boleh jadi haram hukumnya.
Wallahua'lam.

Tapi perasan tak kadang2 kan - akulah -bila dah semangat bercerita kalah makcik2, ada jugak sebut Ya Allah / Ya Tuhan tau. Macam

"Kau tauk x, adalah tadik miak ya main tepi longkang! Ya Allah, sik malu ka nya??"

hm. Now that's an awkward combination, it seems. Sebab nada ayat selepas Ya Allah tu seakan-akan menyindir.

Jadi ini peringatan untuk anda dan semestinya untuk SAYA juga. =))


Share:

3 comments:

  1. Perghh kena tepat di hati saya nasihat kali ini da....tapi make sense juak ooo sbb ayat Oh My God ya cuma expression dan xda maksud yg spesifik sebenarnya

    ReplyDelete
  2. Kamek towk autometik nyebut kedak ya. Memang kamek slalu nyebut. Mun kamek sedar baruk mewk sebut Ya Allah.

    ReplyDelete
  3. hello!,I like your writing very a lot! share we keep up a correspondence
    more about your post on AOL? I need an expert in this
    space to resolve my problem. Maybe that is you!

    Taking a look forward to peer you.

    Here is my page :: Miami weight loss centers

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....