Wednesday, February 6, 2013

BIG #5 | Lawatan Penanda Aras ke SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan [SKAIKS]

(Penafian : Entri ini ialah berkenaan SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan dan diterbitkan BUKAN untuk dikomersilkan. Namun jika terdapat kesalahan pada maklumat atau mana-mana gambar, pihak sekolah berkenaan boleh meminta penulis membetulkan / membuang mana-mana item berkenaan dari entri ini.)


Salam alaykum =)

Sekarang dashboard menunjukkan pukul 3.13 PM (masa aku tulis ni, bukan masa publish), lebih kurang 2 jam lebih selepas balik dari benchmarking / lawatan penanda aras ke SK (A) Ibnu Khaldun, Samarahan. Sekolah ni merupakan 'anak bongsu' dalam kalangan 8 buah sekolah agama di bawah pengurusan Majlis Islam Sarawak, sebab baru mula beroperasi pada tahun 2006. Teringat sekolah aku, SK Agama (MIS) Lawas yang sekarang cuma dikenali sebagai SK Agama Lawas, sebab dah jadi antara sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Sama macam SK Agama Ibnu Khaldun ni. MIS dah digugurkan dari nama sekolah.

Kenapa kami buat lawatan ni? Ini adalah salah satu siri Bina Insan Guru (BIG) yang merupakan item wajib bagi mana-mana guru pelatih yang mengikuti kursus Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Lawatan benchmarking ni dijalankan dalam Semester 5 PISMP dan rombongan siri ke-2 kali ni  terdiri dari kami, kelas Pengajian Agama bersama-sama kelas Bahasa Malaysia dan kelas Pengajian Sosial .Tujuannya ialah menimba pengalaman melalui lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah cemerlang di seluruh Malaysia (terpulang pada penyelaras BIG IPG masing-masing). Jadi, ya, SK (A) Ibnu Khaldun ni merupakan sekolah kedua terbaik di seluruh Sarawak, dan menurut Guru Besar sekolah ni, Encik Rosli bin Terhim, sekolah ni pernah memenangi Anugerah New Deal 2 kali berturut-turut dan untuk tahun ni juga insyaAllah sebab sekolah ni termasuk dalam senarai yang dah disenarai-pendek, dan mencapai kecemerlangan 100% dalam UPSR 2011 dan 92.5% dalam UPSR 2012 dengan bilangan calon 5A seramai 19 orang dari 57 calon pada 2011, dan 25 orang dari 93 calon pada 2012. 

Bagi enrolment sekolah pula, sekarang jumlah murid ialah seramai 567 orang, guru seramai 44 orang (17 lelaki, 27 perempuan) dan 9 orang staf sokongan (3 kerajaan, 6 swasta). 

Amboih entri ni dah boleh jadi laporan aku dah ni haha. Jom tengok gambar =D




Selepas habis taklimat, hujan pun turun lebat mencurah-curah. Sekali-sekala flash kamera bersilih ganti dengan kilat. Tapi lawatan tetap diteruskan, dan PdP di dalam kelas berjalan seperti biasa.

Tahun 1 Saidina Umar =) 



Tandas murid perempuan yang sangat ceria. Dinding dihias dengan sticker menarik dan info-info berguna, sabun disediakan dan lantai diletakkan tikar-anti-gelincir (aku sebenarnya xtahu apa nama benda tu heheh =)



Bilik Teater yang kemas dan tersusun.


Musolla yang kemas dan bersih. Doa Selepas Solat juga ditulis kemas dengan khat Nasakh (kalau xsilap) menggunakan permanent marker. 


Tempat mengambil wudhu yang terletak bersebelahan dengan musolla. Selipar disediakan jadi kasut murid yang putih bersih tu takkan basah.

Bilik Rawatan yang terletak bersebelahan musolla (sebelah kanan). Masa gambar ni diambil ada dua orang murid perempuan sedang baring di atas katil pesakit jadi saya tak ambil gambar keseluruhan bilik =)



Hiasan dan spesimen bahan bantu belajar (BBB) di Makmal Sains di Tingkat 1.


Bahan sumber multimedia di pusat sumber. Tapi ni jelah gambar DI pusat sumber yang aku ambil rupanya aku tak ambil gambar keseluruhan bilik. Tapi ruang ni luas, ceria dan bersih.

Oh maaf gambar ala-ala 3D gitu sebab menggeletar masa snap gambar haha. Anda perasan tak cat kelas ni warna hitam? Tapi nampak ceria kan.

Kantin sekolah yang kemas


Ruang di bawah tangga dimanfaatkan untuk sudut mini pusat sumber. Masa kecik-kecik dulu aku pun suka duduk di sini baca buku. wah student nerd haha.


Bak kata Guru Besar, setiap sekolah ada lorong PPDa (Program Perangi Dadah). Tapi ni kali pertama aku tengok. Tali gantung dan kubur. Seram.



Bilik Bahasa yang bersambung dengan Bilik j-QAF dan Bilik Pemulihan. Someone did mention one of these attached rooms are Bilik Kaunseling but which one?

Jadual waktu induk di Pejabat Am

Papan notis yang kemas dan terkini.

Hampir setiap ruang hatta tempat bakul sampah di Pejabat Am pun ada benda ni. Pada setiap ruang dan sudut tertentu ada guru /  staf yang bertanggungjawab bagi ruang berkenaan dan ini dipamer bagi memudahkan murid melapor sebarang masalah berkenaan ruang berkenaan.

Sistem 5S di Pejabat Am. Dokumen diletakkan pada petak yang disediakan...

...termasuklah penyedok sampah dan baldi-baldi bagi setiap kelas. =) Setiap barang ada petaknya sendiri.

Dan kereta guru / staf SEMUANYA reverse park! =D I mean ALL OF THEM, REVERSE PARKED! Aku bawak keta pun tak reti.

This is nice. 

Dan ya, gambar random. Haruslah bagi mempromosikan diri ini. =D


Jadi itu sahaja pelaporan saya bagi BIG kali ni. Hoho mula2 kemain formal tapi last2 keluar jugak perangai haha ;)

Sila klik iklan nuffnang saya =) Terima kasih banyak!
Share:

6 comments:

  1. ngerinya gambar PPDa tu...siap ada batu nisan dgn tali gantung tu...perghhh meremang bulu roma hahaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih...sama-sama kita membuat refleksi kendiri BIG..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ni sekolah saye..saye sekolah kat situ..

    ReplyDelete
  4. Salam, menarik post ni n usefull. Mcmana nak masuk sekolah nih yer?

    ReplyDelete
  5. Nak masuk mcm mane tu? Utk lawatan ke? Oleh call pihak sekolah utk maklumat lanjut.

    ReplyDelete
  6. Ini sekolah yg saya suka !! Menarik

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....