Salam alaykum =)
Walaupun berita yang aku nak sampaikan ni agak menyedihkan tapi tak boleh masam-masam muka lepas bagi salam kan. Jadi silalah jawab.
And here goes the bad news.
Dia yang aku sayang dah koma. Dulu berapa kali tukar wayar nak sambung nyawa dia, tapi sekarang dia dah give-up dah. Sebenarnya masa new year tu, 1 Januari 2013 dia kata,
"Aku dah tak tahan dah. Aku rasa macam nak pass away."
Dan aku pun "Jangannnnn...." sambil menggapai2, dan "Tiiiddaaaakkkk!!!" sambil buat muka Haha yang dah gila.
Dan dia pun... *sigh*. Tapi aku belum jumpa doktor lagi. Tadak duit. Menyesal aku belikan adapter sebelum check level kesihatan dia dulu. Kalau aku tau dia dah nazak baik takyah belikan, membazir je. Masa cuti tu kemain bahagia aku bila jumpa bateri dia yang dah sekian lama hilang di dalam rumah yang sangat luas itu *rasa nak install Google untuk cari barang dalam rumah* tapi cehhh bateri dia pun sama rosak.
Jadi sekarang dia di bawah meja, bukan katil wad. Adapter baru tu aku dah jual ke roomate, tuan punya komputer tempat aku tumpang update entri ni.
Tsk tsk tsk laptop hai laptop, kerana engkau awal tahun lagi aku dah merana.
nota kaki | Dapat elaun nanti nak bawak dia check, kalau tak da harapan terpaksalah keluarkan hardrive dia dan beli laptop baru sebab sayang banyak kerja aku kat Local Disk :C dan :D. heh.
Ceh...buat nervous saja hahaha ingatkan manusia tadi.
ReplyDeleteMemang dah masa dia utk pergi utk selamanya Murni.. redhalah tepuk poket utk cari pengganti.
ReplyDelete==,
ReplyDelete