Wednesday, November 7, 2012

Menu Hari Ini

Salam alaykum =)

Alhamdulillah paper last, PQE3102 dah lepas. Fuu~ walaupun agak susah sebab soalan semua 'mahal-mahal', tapi aku rasa macam sit exam PSI masa SPM dulu balik. heheh tapi serius la susah. Aku tak ingat banyak dalil, nama tokoh pun serabut. Tapi xpe, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan...

Btw, sekarang aku lapar. Aku kena makan sebab dalam dua minggu exam ni aku makan tak menentu. Ada dua tiga hari aku tak makan langsung. Minum air RO je. wah hebat kan. Tapi xkurus pun. Bunyi macam tengah harsh diet kan heheh.

Jadi, sekarang nak makan apa eh? Kepsi, mekdi, pijahat dan sugeban tolak tepi ye, perut kata dah jemu.

Nak try makanan Korea? Aku paling terliur tengok ni....Ddukbokki / Spicy Rice Cakes.

uiiii macam sedap giler. Aku memang fond dengan benda-benda yang dimasak macam ni.

Ddukbokki ni kira macam makanan segera la kat Korea. Aku memangggg suka makanan segera haha hidup sihat konon. Tapi susah la nak dapat ni yang halal, jadi aku switch kepada Lok-lok. Apa persamaan ddukbokki dengan lok-lok? Dua-dua ada jual kat pasar malam. (Kat negara masing-masing la)

Indahnya pemandangan ni. Tapi kena jaga-jaga jugak ye kawan2 kalau beli lok-lok pastikan ia ditutup dan kawasan tu bersih, serta orang jual tu bersih. Dan harganya pun berpatutan...tak macam kat satu tempat tu, secucuk RM1.80. Kering darah orang beli benda tu. *muka sarkastik

Lidah aku fleksibel. Aku boleh makan semua benda seluruh dunia, asalkan halal. (penipu. puyuh ko tak makan pun.) Jadi sekarang kita travelling ke luar negara tengok pretzel. Baru-baru ni aku fall in love dengan rasa pretzel yang rangup beli kat My Pretzel hari tu. Sedappp...

Ini namanya Pretzel Bites with Spicy Cheesy Dip. Aku jumpa kat blog omputeh tadi. Rupa pretzel yang betul bentuk dia macam crown, yang ni bite sized je. Tapi nampak sedap kaannn..

Tapi selera aku tetap anak Melayu...ofkosla makanan Malaysia jugak paling sedap. Antara seasonal food (bagi aku) yang paling aku suka ialah Lontong. First time aku makan pada tahun 2010. Lepas tu terus gila bayang.

meleleh....

Dan aku sangat sukakan sotong. Tapi sebab sekali lepas makan sotong dengan banyak perut aku cramp. Terus takut nak makan konon sakit mak aku kena kat aku. Mak tak boleh makan sotong sebab perut dia akan cramp. Tapi aku tak dapat terima kenyataan lepas berpantang lebih kurang setahun aku try makan kat kenduri. Eh, nothing happened. Kenyang adalah. Jadi cakap pasal sotong, rendang sotong pun macam ok jugak kan?

Makan dengan nasi putih je pun dah cukup. Lama tak makan..

Tapi jarang la dapat makan ni kat rumah sebab mak tak makan kan. Jadi tak nak la bagi dia terliur. Kalau nak cari kat kedai mahal pulak (eleh kedekut). InsyaAllah nanti aku try masak...kat rumah sendiri. (bilakah? haha)

Jadi apa kata kita try delicacies yang senang dijumpai kat tempat aku. Ini dia...murtabak sayur. Area Sabah dan Lawas memang banyak ni...tapi lebih2 bahagian Sarawak dari Limbang sampai Kuching memang jarang sangat2 nak jumpa murtabak spesies ni. Kat Semenanjung tak tau, kawan aku cakap jarang jumpa jugak.

Dalam dia sayur kobis masak tumis dengan telur. Sedap. Senang je buat.

Tapi ni kitorang tak pernah buat kat rumah. Biasanya kalau pergi tamu kat Sipitang atau turun pekan je kitorang beli ni. Lagi satu item yang jarang dibeli dan aku pernah makan sekali je seumur hidup!! ialah ini Popia Basah. Meh kesian kat aku sebab susah sungguh nak cari benda ni. Tambahan lagi aku jarang turun kedai beli kuih pagi-pagi, apatah lagi buat sendiri. Susah jugak buat kuih ni.
.

Atas tu sambal dan bawang goreng. Dalam dia aku tak ingat apa...yang aku ingat rasa dia memang sedap..

Tapi kan aku tetap teringat yang ni...

Ayam goreng Krispy. Uish.



.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi kan menu aku hari ni ialah bubur nasi kosong perisa kiub pati ayam Knorr dan perencah sup Adabi + lada sulah.

Biasalah nak dekat nak balik ni poket pun dah kosong....

Share:

2 comments:

  1. aduh molah perut saya berkeroncong serta reggae sekali tok nangga pics makanan jak2...cia la hehehe

    ReplyDelete
  2. Alahai keciannya , tapie janji ada juga makanan nk isi perut ok dear...

    Nanti de duit boleh makan lagi byk mknan sedap2.

    Tkcare!

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....