Saturday, July 28, 2012

Yasmin J Hunwick

Salam alaykum =)

Entri kali ini kita mulakan dengan al-Fatihah.

Tengah berbw tadi aku terbaca entri berita tentang 3 remaja maut berlanggar dengan van di Langkawi.  Lepas habis baca aku skrol ke bawah dan jumpa satu wajah yang cukup laaawwwaaaa. Subhanallah!

gambar ni aku snip sendiri dari gambar kat blog dia. Aunty Sazlina, saya mohon izin ya.

Dan lepas sesaat baru aku perasan pemilik wajah tu dah arwah. Baca berita dari Metro, dengarnya dia terjatuh motosikal dan terus kena langgar. MasyaAllah...

*sob sob ='(

Muda lagi budak ni . 17. Tak lama lagi nak SPM. Dan lagi 5 hari genaplah sebulan dia meninggal dunia.

Budaknya normal je. Bukan jenis yang memberontak sampai tak pulang2 rumah. Tak keluar malam. Baik dengan mak dengan bapak, that type of family girl. Dan yang aku suka dia kelakar. 

Aku baca blog dia. Masalahnya asal aku tengok muka dia, aku terus terbayang *slot18sg* keadaan dia masa kejadian tu berlaku.

Allah...tak baik kan aku fikir macam tu. 

Mak dan ayah dia yang update blog tu sekarang dengan draf2 entri yang dia tak publish. Miracle tau, ayah dia jumpa buku nota yang ada password2 dia semua. Diorang tak delete blog tu. Sayu baca entri yang mak ayah dia publishkan, sebab di akhir entri tu mesti ada sebak2..

the awkward
keratan akhbar berita harian tu cakap nama dia Yasmin Suhari, sedangkan yang aku jumpa nama asal dia Yasmin Johan Eusoffe. Nama samaran Yasmin J Hunwick, sempena nama keluarga belah ayah dia. Jadi ralat nama ke tu, wahai metro?

nota kaki | sebut2 nama dia, jangan lupa sedekah al-Fatihah jugak.. 


*updated
khat aku kalah khat dia. honestly aku memang xpandai tulis khat pun. huu~nama je ustazah. lawa la tulisan dia. dah la pandai main piano. huu~ terer la arwah..
Share:

2 comments:

  1. al fatihah ..
    moga roh nya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  2. Innalillah...setiap yang hidup pasti akan mati..Al-Fatihah

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....