Thursday, July 5, 2012

Sungai Pengalih, Lawas.

Assalamualaikum =)

Tadi kakak aku datang. Instant visit, sebab dia nak pergi beli2 barang dengan member2 dia. Jadi jumpa aku sekadar nak bagi barang yang mak bagi [Chocolatos! Hoyeahh!] Jadi kitorang jumpa kat belakang kereta je.  Cuaca rilek2 panas je. Tapi bila kitorang berjumpa, tiba2 hujan turun. Hujan yang ala2 hujan batu tu, yang besar2 titis dia, turun jarang2, tapi bila kena pipi korang akan rasa macam kena baling kerikil. haha. Tragik sungguh. Kakak aku cakap macam kena simbah2. 

Oh, apakah kaitannya Sungai Pengalih dengan cerita aku? haha. maaf. ok kita teruskan.




Maaflah tak cantik sangat, snap dalam kereta. heh.

Sungai Pengalih ni sangat dekat dengan kampung aku. Dulu kecik2 bapak selalu bawak kitorang mandi kat sungai ni, bawah jambatan yang tinggi ni. Air dia best, sejuk. Tapi walaupun dah beberapa kali mandi sungai ni, aku rasa ada dua tiga keping je gambar kitorang masa kecik2 tu, posing sebelum mandi. Yela, masa tu takde kamera canggih2 lagi. Yang pakai kodak tu je. Habis filem, takde la nak bergambar.

Tapi masa aku tahun 3, kitorang pindah rumah, tapi sekali-sekala adalah pulang kampung, cuma tak mandi kat sini. Asal lalu jambatan ni, mesti kitorang rasa gatal2 badan nak mandi. Tapi Bapak cakap ada buaya, air hitam je, tak selamat. 

6 tahun lepas tu baru kitorang piknik lagi kat sini. Best... Tak la ada buaya kat tempat yang air dia laju je tu. Bapak bagi warning je, supaya kitorang tak suka2 hati mandi. Yela, sungai dekat kan.

Aku ingat lagi masa kecik2 *sampailah sekarang* aku memang tak pandai berenang. Macamana kakak aku dua orang tu pandai berenang, entah aku tak tahu mana diorang belajar. Aku main2 air dekat2 bapak je. Diorang boleh pulak berenang sampai ke seberang. Tapi walaupun aku jeles, aku tetap bangga.

Sebab aku terer menyelam. hahah. Walaupun hakikatnya tak la tahan lama dalam air. Bapak aku yang bagitau,

"Kakamu atu pandai beranang tapi kau pandai lagi menyalam." 

Jadi aku assume, aku lebih terer menyelam. Susun2 batu sungai buat kota sendiri. Memang kulit buaya la kitorang bertiga, tak nak naik walaupun bapak ugut tinggalkan kitorang kat situ. Ada sekali tu kitorang jalan kaki je balik rumah. Dengan basah kuyupnya. haha. 

Zaman kanak2 aku memang best. Semua zaman kanak2 best, sesiapapun akan cakap zaman kanak2 diorang best. Zaman carefree..sekarang xblh mandi sesuka hati kat mana2 sungai. Xblh jalan2 tak pakai selipar. 

=) Rindu kampung. Tapi lama lagi nak balik...
Share:

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Sya pernah tinggal kt Lawas dari tahun 1980 hingga 1987, lpas tu berpindah ke miri. masa kt lawas, sungai pengalih ni memang tempat ayah slalu bwak berkelah. leh x update kan gambar sungai pengalih terkini... rindu rasa masa zaman kt lawas dulu

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....