Kalau dah menghadap laptop, buat kerja dan online memanjang, tipu la kalau cakap kepala tak pening, telinga tak berdengung dan mata tak berpinar-pinar.
Tadi aku macam biasa membuang masa berlayar. heheh. Dan tengah sibuk belek2 hal ehwal IU lepas kat allkpop, pergi soompi dan ulang-alik kat Jetvidi dan FB...tiba2 aku terjumpa beberapa website best untuk hilangkan tekanan dengan ketenangan (??).
Nak cakap sikit la, kalau nak tenangkan perasaan dan tekanan, baca al-Quran la cara paling berkesan. Tapi ada sesetengah orang yang prefer menenangkan diri dengan bunyi-bunyi macam ni, kadang-kadang kan kalau nak belajar ke, nak tumpukan perhatian buat kerja ke atau saja nak relaks lepas dengar orang membebel....hehe~ so terpulang dengan cara masing2. saya cadangkan je.. =)
Buka dan cuba ya..
Ni jela page dia. Sebaik je dibukak website ni, bunyi hujan akan keluar automatik. Takde butang volume, pause, play, stop etc, kalau nak suruh dia berhenti, exit browser je. Bagus bunyi ni, kalau korang tengah rasa nak mello2 atau nak tidur tapi tak dapat; insyaAllah relaks. Tapi setakat ni aku tak tahu bunyi ni applicable atau tak untuk Android.
iSerenity ni sedang dalam proses memurnikan website dia, tapi masih ok, ada lagi bunyi2 whitenoise yang bagus2. Mostly, bunyi-bunyian alam la. Selain tu Guruh, White noise, bandar, hujan, bunyi kucing, bunyi mandi, burung-burung, air terjun, hutan hujan, bunyi taip, api etc. Bagus dan best. Sesuai untuk relaks dan hilangkan insomnia, insyaAllah...
Kadang-kadang kita rasa macam terlalu banyak kerja sampai susah nak berhenti sebab risau sangat. Restless. Jadi nah bukak website ni. Page ni aje yang ada. Website ni bertujuan untuk anda relaks selama 2 minit, tak payah sentuh keyboard dan mouse, SEBAB dia akan mengesan apa2 pergerakan mouse dan penggunaan keyboard; sekiranya anda degil, anda akan GAGAL!. *hakhak. macam apeda...* Tu yang FAIL tu sebab aku kena snip gambar kan. terpaksa gerakkan mouse. Sambil2 berehat tu anda akan dihiburkan dengan whitenoise -bunyi ombak.
Ok . Ini bukan website tapi applikasi. Belum cuba lagi tapi cuba anda cuba. ^^ .Kalau suka dan rasa tenang bila tengok ikan berenang-renang dalam akuarium, anda mungkin berminat memuat turun perisian ni.
Tapi...tu jela yang aku dah jumpa. Share2 la kalau korang pun jumpa website best2. sekian.
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....